KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080921

Tak sia-sia anak Leftenan Kolonel

Tak sia-sia anak Allahyarham Leftenan Kolonel (B) Syed Abdul Aziz bin Syed Razak iaitu Kickdefella http://kickdefella.wordpress.com/2008/09/21/i-found-al-ghazali-in-dang-wangi/ . Almarhum ayahnya dari Rejimen Renjer Di Raja , platun ayahnya di serang hendap oleh komunis. Semua askar tahu sejarah ini.

Sebagai seorang anak tentera , kita begitu cintakan negara ini. Dan kita faham bagaimana ayah kita dulu , juga ayah saya Leftenan Kolonel (B) Malakan bin Kamarudin dari Rejimen Askar Melayu Di Raja , Rejiman dimana datuk dia iaitu Datuk Abdullah , Undang Rembau ke 18 adalah salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu Di Raja , mempertahankan negara ini dari ancaman komunis bersama ribuan tentera lain ketika itu. Ramai telah kita perhatikan pakcik-pakcik tentera kita dulu terkorban , jenazah mereka diterbangkan oleh pesawat Karibou. Kita melawat pakcik-pakcik tentera kita di hospital yang kudung tangan , yang kudung kaki , yang buta mata mereka terkena jerangkap samar ( booby trap ).

Oleh itu pasukan keselamatan di Malaysia ini haruslah dihormati dan disanjung pengorbanan dan jasa mereka iaitu pasukan tentera dan polis. Semoga anggota keselamatan kita sentiasa dalam keadaan siap siaga dan berada dalam keadaan moral dan spiritual yang tinggi untuk mempertahankan dan mendaulatkan negara.