KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090528

Bila Ustaz Selipar berceramah, berdesing telinga


Pada hari Sabtu 23 Mei 09 yang lalu Ustaz Zakaria Talib seorang pendakwah bebas yang juga penulis komik motivasi telah berceramah di Surau Taman Alamanda , Senawang.

Berdesing-desing telinga bila dia ceramah. Semuanya kena pada diri sendiri dan para jemaah. Memang susah nak dapat penceramah macam ni. Ustaz Zakaria kata kalau nak dengar dia ceramah yang sedap-sedap dia tak pandai.

Tapi kita sepatutnya mesti dari masa ke semasa diperingatkan, didesingkan telinga kita barulah kita tahu bahawa amalan kita selama ini tak adalah seberapa sangat.

Bab selipar sahaja dia bersyarah lebih setengah jam. Dia kata kalau nak gelar dia Ustaz Selipar lepas ni, dia tak kisah.

Ustaz Zakaria pesan kalau masuk masjid atau surau , susun elok-elok selipar di luar, semacam mana kita susun saf dalam sembahyang. Tanggalkan selipar kaki kiri dulu, kemudian kaki kanan. Mereka yang datang kemudian susun selipar sebelah mereka yang datang awal.

Banyaklah pesanan Ustaz Zakaria antaranya :

Janganlah perasan kita ni daie atau pejuang agama Allah kalau tidak cukup solat sunat 40 rakaat setiap hari , tidak termasuk solat sunat kobliah dan ba’diah.

Janganlah perasaan kita ni pejuang Islam kalau kita hisap rokok.

Sembahyang tu hendaklah imam beri isyarat pada bilal dahulu untuk iqamah, bukannya iqamah dulu baru tercari-cari imam.

Pastikan saf rapat semasa solat jemaah.

Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Cara pakai kain pelikat, yang kanan atas yang kiri. Macam masa kita solat, tangan kanan atas tangan kiri. Butang baju pun sepatutnya yang kanan atas yang kiri. Saya perhatikan Ustaz Zakaria punya baju memang yang kanan atas yang kiri. Lepas ni kena tempah baju Melayu baru supaya yang kanan atas yang kiri.

Masuk rumah sendiri mestilah beri salam walaupun tiada orang di rumah. Juga sekali lagi susun selipar atau kasut elok-elok sebelum masuk rumah.

Sesiapa yang berminat nak panggil Ustaz Zakaria Talib berceramah bolehlah hubungi beliau di 019-2865129 , boleh dia bawa sekali komik-komik dakwah yang terkini.

Ustaz Zakaria juga menguruskan Madrasah Pondok di Rembau, sesiapa yang ingin menyumbang untuk memakmurkan, membesarkan Madrasah Pondok ini bolehlah menghubungi beliau atau saya sendiri Rozmal bin Malakan 012-2267406 rozmal@yahoo.com http://waghih.blogspot.com/


Nota kaki : Mungkin kita ni belumlah sampai tahap pejuang agama Allah. Menjadi pembantu pejuang agama Allah pun jadilah, dapat bersama dengan ulama yang zuhud pun jadilah.

Tiada ulasan: