KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090507

Jom Boikot 7 Eleven , sayangkan bangsa


Atas dasar sayangkan bangsa Melayu yang beragama Islam , saya menyeru kepada semua yang prihatin agar kita memboikot 7 Eleven selagi mereka menjual arak seperti yang dilakukan oleh penduduk Taman Melati , Kuala Lumpur.

Buatlah sepanduk, sebarkanlah risalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam terutama mereka yang ada anak-anak yang meningkat dewasa.

Kisah penduduk Taman Melati boikot 7 Eleven pada pautan berikut http://dppwp.wordpress.com/2006/05/22/penduduk-bantah-7-eleven-jual-arak/

Sayangilah generasi pewaris kita. Boikot 7 Eleven kerana Allah. Demi Agama , Bangsa dan Negara.

9 ulasan:

RIZZAL berkata...

salam..saya kurang faham dgn cara umat yang mengaku islam dalam menangani masalah yg ada.Kenapa hendak di sekat penjualan arak di 7evelen?Adakah dengan menyekat semua kedai dari menjual arak akan terjamin anak-anak islam genarasi masa hadapan?Apakah yang sepatutnya diterapkan kedalam jiwa anak2 ini dan siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab menerap jati diri ini agar anak2 terus menjadi islam yang sebenar dan bukan sekadar islam pada kad pengenalan?Ini sekadar pendapat saya.Dengan cara kita menghalang segala yang haram pada islam dari dijual,kita hanya bersifat mementing kan diri sendiri tanpa memikirkan kehendak mereka yang bukan islam?Bagaimana cara kita untuk berdakwah kerana islam pada hari ini jatuh kerana umatnya..sedang kan islam adalah agama yg terlalu mudah dan indah...salam

akhie zam berkata...

sy kurang phm dgn tindakan jahiliah ini..
knp mesti sekat arak yg d jual hanya utk non-muslim? agama mereka membenarkan minum arak.. knp kita nak ganggu?

cuba non-muslim pertikai laungan azan guna speaker, bukan main marah lg kita..

biarlah 7e nak jual arak.. buka hak kita nak halang non-muslim jual arak..

yg kita mesti buat adalah terapkan kpd umat islam tentang keburukan arak, dan knp ia haram d sisi islam.. sebelum itu kita bg faedah2 jika kita x minum arak..
kan itu lg indah..

ni x, haram sini, haram sana, sekat sini, sekat sana, itu x boleh, ini x boleh tp xde penerangan dan dakwah..

Tanpa Nama berkata...

saya agak bersetuju dengan pendapat rakan2..

ya kenapa kita perlu boikot sesuatu produk?

KFC COLGATE DSBnya..

dan kenapa kita melenting bila ada yang suruh perlahankan azan dan mahukan wang zakat di agihkan
kepada non muslim? begitu jugalah kalau kita stop penjualan arak nanti apa kata non muslim.. sepatutnya kita didik anak bangsa kita tentang sesuatu yang lebih optimis untuk mas hadapan, bukannya mengajar berprotes dan ekstrem..

-saya tidak menentang atau menyokong BOIKOT ni..
cuma umat islam juga perlu buka minda dan mata, KALAU KITA TAK HORMAT ORANG LAIN, MACAM MANA ORANG LAIN NAK HORMAT KITA.
KITA JANGAN TAKUT KEPADA MUSUH2 ISLAM DAN JANGAN TERLALU MENGHORMATI MEREKA.
(fikir dan selamat beramal)

sCom berkata...

Saya ada berbeza pendapat sedikit berkaitan dengan perkara ini.

Saya rasa saudara-saudara kita perjuangkan ini ada benarnya . Kebanyakan pekerja premis tersebut adalah anak-anak melayu islam . dan kebanyakan premis mereka adalah berada dalam kawasan majoriti islam . Saudara mesti tahu hukum seseorang yang terlibat dengan arak dari pembuatan arak sehingga menghidangkan arak .Saya rasa saudara-saudara kita ini berjuang atas dasar tersbut untuk mengelakkan anak2 melayu kita terpalit dosa hanya kerana terpaksa bekerja . Saya juga merasakan mereka takkan mengganggu syarikat ini jika pekerja yang terlibat dengan penjualan arak adalah orang bukan islam dan premis yang menempatkan mereka juga mesti bukan majority penduduk islam . Salam

Tanpa Nama berkata...

Salam...maaf sy nak mencelah sedikit. Bagi sy pokok utama perkara ini bkn pasal menjual arak kerana takut anak melayu Islam minum arak. Kalau 7e tak jual arak pon byk lg sumber lain mereka boleh dapatkan arak. Sy sendiri ada rakan2 sesama muslim yg minum arak. Bila ditegur mereka kata dah biasa dan akan berhenti bila sampai waktunya. Agaknya dah tggu nak nazak baru berhenti kot.

Bagi sy tak salah kalau 7e nak menjual arak kepada non-muslim kerana sebagai negara majmuk kita kene hormati kehendak agama lain. Yang menjadi masalah adalah pekerja 7e ni kebanyakannya melayu Islam dan apabila mereka dah bekerja menjual arak maka hukum bersubahat tu kene pada mereka. Bermakna mereka mkn gaji bkn dari sumber yg halal. Itu sebenarnya yg kita kene elakkan. Sy rasa ada baiknya 7e tak membenarkan pekerja muslim bekerja di premis yg menjual arak. Kalau nak jual arak juga guna pekerja non-muslim.

Tanpa Nama berkata...

Sebaikya arak dijual dikedai yang tertutup dan tertentu aje. Arak ni bahayanya bukan pada orang yang mengaku Islam aje tapi semua terkena tempiasnya. orang mabuk kalau buat kacau atau bunuh orang semasa mabuk, nanti bila dibicarakan, silap ari bulan lepas atau direngankan dengan alasannya "mabuk dan tanpa niat"

Tanpa Nama berkata...

hormat hormat jugak...non muslim ada hormat kat kita ker...nak cari makan halal susah , surau shopping komplek bawa bangunan setaraf dgn parking kete ...non muslim nak minum arak banyak tempat lagi yg jual arak.7e kedai pelbagai barang , arak kategori barang x nomal org kat malaysia .ko nak hormat cina ke nak hormat islam..klu islam kata arak haram ...haram patutnya nama islam ,sembahyang dan sebagainya menyokong tindakan sekecil ni...dari tak buat aper ...ni negara cina ke negara malaysia ...kalau malaysia negara islam kata PM masyarakat lain kena hormat pantang larang dlm agama islam . siapa nak mengajar islam kepada non-muslim nak menunjuk kuasa muslim kalau bukan kita , ini non-mulim naik toncang suka hati depa nak buat aper .

Tanpa Nama berkata...

Oklah pasni untuk menghormati non muslim kedai runcit hj samat boleh jual arak..yea yea..

dinbradpitt berkata...

yang bebal je sokong jual arak.ko ingat non muslim 2 suka sangat ke minum arak.yang banyak minum arak kat disco 2 orang melayu kita.ape kata kite surun je semua kedai runcit jual arak.pernah dtg kelantan tak.kat sini budak melayu tak minum arak mcm kat sana 2.