Moh kita rehat jap dari kemelut politik di Perak. Maleh baca akhbar hari ni. Terperanjat tapi diduga bila buka Utusan Malaysia Rabu 13 Mei 2009 ruangan sisipan Mega mukasurat 18 dan 19 tengok iklan-iklan Mahkamah Syariah. Besar kemungkinan bicara kes perceraian.
Tajuknya IKLAN UNTUK PENYAMPAIAN GANTI. Iaitu memanggil pihak lelaki (suami atau bekas suamilah tu) biasanya liat nak pergi mahkamah syariah (kalau Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan mungkin subuh-subuh dah tunggu).
Ada 9 ruangan Iklan dari Mahkamah Syariah. Apo yang sodih ialah dari 9 iklan , 4 iklan dari Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan ( 44.44% ).
Kalau nak tahu punca gejala Mat Rempit, salah satu puncanya di sini. Institusi keluarga yang haru biru, pecah belah. Yang duk sibuk suruh Melayu bersatu tu, marilah kita sama-sama renungkan. Kalau banyak kes perceraian, bekas suami tak bayar nafkah macamana Melayu nak bersatu.
Tanpa mengambil kira apa parti politik sekalipun, kembalilah pada Islam. Hanya Islam yang dapat menyelamatkan umat Melayu. Hanya Islam yang dapat menyelamatkan pasangan suami isteri. Hanya Islam yang dapat selamatkan Mat Rempit Melayu. Hanya Islam yang dapat menyatupadukan umat Melayu.
Kes perceraian di N.Sembilan ini memang begitu membimbangkan. Kesian tengok kakitangan Mahkamah Syariah , kadang-kadang terpaksa bicara waktu malam kalau kes terdesak.
Boleh dikatakan setiap lorong, setiap jalan di mana-mana taman perumahan sekarang ini ada keluarga yang bermasalah rumahtangga mereka, yang bercerai dan sebagainya.
Tanya polis-polis yang nak banteras Mat Rempit macamana hubungan kekeluargaan mereka, tanya ahli-ahli politik yang berkobar-kobar nak bimbing Mat Rempit macamana hubungan kekeluargaan mereka ?
2 ulasan:
pendapat saya inisemua salah pemerehtah kerana pehak keselamatan melaksanakan undang pehak pemerentah membuat undang undang dabal standad kerana saya sudah berumur 87 tahun dan bayak ditengok corak kepimpinan kalau dahulu kelulusan tak berapa tapi hiri ini tinggi melangit tapi pemimpin hari cacamurba dalam pemerentahan maka selagi pemimpin yang berugama islam tidak kembali quaran selagi itulh akan cacamurba tengok contoh kerajaan singapura walau pun bukan islam yang memerentah
Salam Tuan,
Rasanya kita perlu melihat hasil kajian daripada kadar perceraian yang berlaku.
Daripada kajian itu, barulah kita bersama-sama mencari jalan atau kaedah yang terbaik, sememangnya kaedah melalui Al-Quran sahaja yang dapat memperbaiki gejala perceraian. namun perlu dilihat dari sudut yang tepat mengikut kesesuaian yang mana Islam itu sendiri adalah moderate sifatnya tetapi TEGAS pada dasarnya.
Pada hemah saya, kes perceraian berlaku disebabkan oleh kurangnya kefahaman pasangan yang berkahwin mengenai hala tuju perkahwinan mereka itu sendiri. Atau mungkin dalam kes Negeri Sembilan, kefahaman adat yang dilaksanakan menjadi salah satu faktornya.
Maaf jika dakwaan saya agak melulu, namun dari pemerhatian saya, ramai yang kurang memahami peranan 'adat' dan ada juga berlaku penyelewengan atas nama adat.
Saya sendiri bernikah dengan orang Negeri Sembilan dan saya bercampur dengan orang-orang Negeri Sembilan, pada pandangan saya yang cetek ini, ramai orang Negeri Sembilan yang kurang memahami 'adat' dan ada yang merasakan ia membebankan mereka..daripada situ ia membawa dalam perkahwinan sehingga berlaku ketidakpuasan hingga berlaku perceraian.
Saya bukan penentang adat, bagi saya adat yang ada di Negeri Sembilan adalah bersendikan syarak. Malangnya kefahaman itu tidak diaplikasikan mengikut syarak dan lebih kepada pemahaman individu sahaja.
Mengenai kurang fahaman mengenai Islam yang menjadi faktor perceraian pasangan Islam bukan hanya berlaku di Negeri Sembilan sahaja...negeri lain pun mengalami masalah yang sama.
Saya pernah menuntut di Terengganu dan berkawan baik dengan seorang kawan dari Kelantan. Menurutnya saya perlu mencari orang Negeri Sembilan jika mahu bernikah, bila ditanya mengapa, dengan yakin dia menyatakan yang orang di Negeri Sembilan masih lagi tahu dan mahu mengaji...itulah kelebihan yang ada pada orang Negeri Sembilan pada hemah kawan itu.
Kenyataan itu adalah 10 tahun lepas...tapi kini? Saya tak nak berlaku 'bias'...saya rasa kefahaman mengenai agama Islam di kalangan penganutnya terutama Melayu makin terkikis dan terhakis.
Sejauhmana pihak pemerintah memandang tinggi institusi agama negeri pun masih samar. Ia lebih kepada mengikut kesesuaian dan mood pemimpin itu sendiri. Jangan terperanjat jika pemahaman Islam dikalangan rakyat pun akan turut mengikut kesesuaian dan mood mereka sendiri...
Isu agama adalah isu bersama, namun pemerintah dan pemimpin perlu CELIK mengenai kepentingannya demi memimpin rakyat ke arah kesejahteraan yang dituntut ALLAH.
Jika Pemimpin dan rakyat bersama mempunyai pemahaman Islam yang kukuh, maka akan kuatlah jati diri bangsa dan akan sejahteralah tanah air...
Wallahualam
Catat Ulasan