KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090528

Beli baju kanak-kanak secara online di MANJAKU

Kepada mereka yang ingin membeli baju kanak-kanak secara online sila ke laman web berikut http://manjakuhappy.blogspot.com

Menjual pakaian kanak-kanak yg sangat comel dan berkualiti. Terdiri daripada jenama Carter's, Sonoma, Mothercare, Oilily dan sebagainya.

Diusahakan oleh Mak Ammar , anak jati N.Sembilan. Beroperasi di Taman Tenaga, Kajang.

Maklumat lanjut e-mel ke manjakuhappy@yahoo.com atau sms 012-4533780

Bila Ustaz Selipar berceramah, berdesing telinga


Pada hari Sabtu 23 Mei 09 yang lalu Ustaz Zakaria Talib seorang pendakwah bebas yang juga penulis komik motivasi telah berceramah di Surau Taman Alamanda , Senawang.

Berdesing-desing telinga bila dia ceramah. Semuanya kena pada diri sendiri dan para jemaah. Memang susah nak dapat penceramah macam ni. Ustaz Zakaria kata kalau nak dengar dia ceramah yang sedap-sedap dia tak pandai.

Tapi kita sepatutnya mesti dari masa ke semasa diperingatkan, didesingkan telinga kita barulah kita tahu bahawa amalan kita selama ini tak adalah seberapa sangat.

Bab selipar sahaja dia bersyarah lebih setengah jam. Dia kata kalau nak gelar dia Ustaz Selipar lepas ni, dia tak kisah.

Ustaz Zakaria pesan kalau masuk masjid atau surau , susun elok-elok selipar di luar, semacam mana kita susun saf dalam sembahyang. Tanggalkan selipar kaki kiri dulu, kemudian kaki kanan. Mereka yang datang kemudian susun selipar sebelah mereka yang datang awal.

Banyaklah pesanan Ustaz Zakaria antaranya :

Janganlah perasan kita ni daie atau pejuang agama Allah kalau tidak cukup solat sunat 40 rakaat setiap hari , tidak termasuk solat sunat kobliah dan ba’diah.

Janganlah perasaan kita ni pejuang Islam kalau kita hisap rokok.

Sembahyang tu hendaklah imam beri isyarat pada bilal dahulu untuk iqamah, bukannya iqamah dulu baru tercari-cari imam.

Pastikan saf rapat semasa solat jemaah.

Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Cara pakai kain pelikat, yang kanan atas yang kiri. Macam masa kita solat, tangan kanan atas tangan kiri. Butang baju pun sepatutnya yang kanan atas yang kiri. Saya perhatikan Ustaz Zakaria punya baju memang yang kanan atas yang kiri. Lepas ni kena tempah baju Melayu baru supaya yang kanan atas yang kiri.

Masuk rumah sendiri mestilah beri salam walaupun tiada orang di rumah. Juga sekali lagi susun selipar atau kasut elok-elok sebelum masuk rumah.

Sesiapa yang berminat nak panggil Ustaz Zakaria Talib berceramah bolehlah hubungi beliau di 019-2865129 , boleh dia bawa sekali komik-komik dakwah yang terkini.

Ustaz Zakaria juga menguruskan Madrasah Pondok di Rembau, sesiapa yang ingin menyumbang untuk memakmurkan, membesarkan Madrasah Pondok ini bolehlah menghubungi beliau atau saya sendiri Rozmal bin Malakan 012-2267406 rozmal@yahoo.com http://waghih.blogspot.com/


Nota kaki : Mungkin kita ni belumlah sampai tahap pejuang agama Allah. Menjadi pembantu pejuang agama Allah pun jadilah, dapat bersama dengan ulama yang zuhud pun jadilah.

20090527

Hotel bercirikan Islam kini di Rembau

HOTEL AS SOFA
Hotel As Sofa menawarkan harga promosi sempena pembukaannya, dengan harga istimewa :
i. Abnak Deluxe Room ( King Size ) ~ RM 80 ( air cond ) 1 mlm
ii. Ikhwan Special Sharing ( 4 pax ) ~ RM 100 ( air cond) 1 mlm

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi :
Encik Mohd Hanif : 019 663 7785
Encik Norizam : 013 380 7785

Maklumat lanjut di http://yayasansofa.blogsome.com/2009/05/24/hotel-as-sofa/

Kursus Tahsin Solat Remaja 4 Jun 09 Rembau

KURSUS TAHSIN (MEMPERBAIKI) SOLAT MUSIM CUTI SEKOLAH

PERINGKAT KANAK-KANAK ( Umur 13 tahun ke bawah )
Tarikh : 4 Jun 2009 ( Khamis )
Masa : 8:30 pg – 5 ptg
Tempat : Yayasan Sofa , Kota , N.Sembilan

PERINGKAT REMAJA ( Umur 13 tahun ke atas )
Tarikh : 20 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : 8:30 pg – 5 ptg
Tempat : Yayasan Sofa , Kota , N.Sembilan

Yuran RM 50

Kursus satu hari ini akan dipenuhi dengan siri kuliah serta praktikal, khas bagi memperbaiki kualiti solat kita dan akan dibekalkan dengan beberapa kertas kerja mengenai ibadat solat, bacaan al Quran (fatihah) dan akan disampaikan oleh qari dan pemudah cara ( fasilitator ) berpengalaman.

Tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Encik Norizam 013-380 7785 atau Encik Mohd Hanif 019-663 7785.

Maklumat lanjut di http://yayasansofa.blogsome.com/2009/05/26/kursus-tahsin-solat-musim-cuti-sekolah/

Forum Perdana Tmn Desa Melor Senawang 30 Mei 09

FORUM PERDANA
Tajuk : Membina Generasi Al Quran

Ahli Panel :
1. Ustaz Abdul Hakim Othman ( Bekas Pensyarah UIA )
2. Ustaz Abdul Mutalib @ Lukman Hakim

Tarikh : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Isya
Tempat : Padang Permainan Taman Desa Melor , Senawang , N.Sembilan ( sebelah Balai Bomba )

Anjuran : KRT Taman Desa Melor

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut pada pautan berikut http://alqhisti.blogspot.com/2009/05/forum-perdana.html

20090526

Kezuhudan bekas Mufti N.Sembilan, Dato Hj Murtadza

Penampilan dan kata-kata hikmat Mantan Mufti jelas menyokong dan membuktikan bahawa keikhlasan perjuangan dan keagungan kasih Allah swt merupakan hakikat motivasi unggul setiap daripada kita dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Dalam peribadi SS Dato Haji Mohd Murtadza Haji Ahmad juga terjelas terpancar didikan tinggi ayahandanya mengenai zuhud.

Serupa sahaja baginya sama ada menjadi Mufti atau Mantan Mufti, karismenya tetap unggul.

Cerita lanjut pada pautan berikut AMKNS

20090525

Laman Web GAHARU LENGGENG

Kepada mereka yang berminat dalam industri pokok gaharu sila ke laman web GAHARU LENGGENG pada pautan berikut http://gaharulenggeng.blogspot.com

Program Remaja Bijak 13 Jun 09 Nilai N9

PROGRAM ANDA BIJAK JAUHI ZINA
Tarikh: 13 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tgh
Tempat: KPJ International College, Bandar Seriamas, Nilai, N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut pada pautan berikut http://wjimns.blogspot.com/2009/05/anda-bijak-jauhi-zina-kini-di-kpj.html

ASAP ROKOK PUNCA MIGRAINE, SAKIT KEPALA

Kepada perokok-perokok di Malaysia ini, terutamanya perokok bangsa Melayu. Bertimbang rasalah bila anda merokok , asap yang dikeluarkan dari mulut anda adalah lebih bahaya dari asap rokok yang anda hisap.

ASAP ROKOK INI BOLEH MENYEBABKAN SAKIT KEPALA KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH MIGRAINE.

Kepada remaja-remaja sekolah rendah dan sekolah menengah, kalau rakan sekelas atau satu sekolah anda hisap rokok, jauhi mereka. Kerana ianya boleh mendatangkan SAKIT KEPALA , DEMAM, SELESEMA, ASMA kepada anda dan lain-lain penyakit walaupun anda tidak menghisap rokok.

Bayi yang terdedah pada asap rokok boleh membawa kepada maut yang dipanggil Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Bayi Mati Mengejut.

Kepada orang dewasa yang merokok, janganlah merokok depan anak-anak dan isteri-isteri. Kepada guru-guru yang merokok janganlah tunjuk pada murid-murid, yang anda merokok walaupun di luar sekolah. Kepada pemimpin-pemimpin politik yang merokok janganlah tunjukkan anda merokok dihadapan penyokong anda. Kepada penyanyi dan artis yang merokok janganlah tunjukkan anda merokok depan peminat anda.

Terlalu banyak kemudaratan merokok ini. Remaja kita di sekolah rendah dah ramai hisap rokok, yang di sekolah menengah tak payah ceritalah.

Kalau nak sangat merokok, pastikan asap rokok itu ditelan terus dalam perut atau dibuang dalam beg plastik.

KEMUDARATAN ASAP YANG DILEPASKAN OLEH PEROKOK AKAN BERTAMBAH BURUK KETIKA CUACA PANAS DAN KERING.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

This is because it has now been conclusively proved that smoking or inhaling even second hand smoke may lead to a headache http://www.headacheupdates.com/migraine/causes-of-headache/stress/cigarette-smoking-can-cause-severe-headaches.htm

Exposure to cigarette smoke causes wheezing, coughing, and an extra mucus (phlegm) in many children. Secondhand smoke also can cause fluid to build up in the inner ear, which can cause ear infections. Lower respiratory infections, such as pneumonia and bronchitis, are also risks. Sometimes these types of infections become serious enough to require hospitalization, especially when they develop in babies and young children.

Babies who are exposed to secondhand smoke are at increased risk for sudden infant death syndrome (SIDS). http://www.gaiasaunas.com/harmful_toxins.html

20090523

Al Quran terjemahan Syamil, lain dari yang lain





Al Quran Terjemahan Syamil adalah lain dari yang lain.

Ini adalah kerana ianya mempunyai terjemahan perkataan demi perkataan dibawah huruh Al Quran yang demikian mudah untuk kita mempelajari Bahasa Arab iaitu Bahasa Al Quran.

Dengan harga yang amat menarik hanya RM 130 senaskhah asli. Turut disertakan cenderahati Buku Al Mathurat Wazifah Qubra dan penanda buku beserta doa

Mereka yang berminat boleh menghubungi Ustaz Chamim 012-2762080 di Maahad Tahfiz As-Saidiyyah http://www.saidiyyah.com , Taman Rashidah Utama , Jalan Senawang-Paroi , Seremban.

Perlu MyKad untuk beli arak di 7 Eleven. Kedai Judi ?

Beberapa akhbar melaporkan kedai 24 jam 7-Eleven akan memperketatkan kawalan penjualan arak. Antaranya memerlukan pembeli menunjukkan MyKad untuk membuktikan pembeli adalah bukan Islam dan bukan bawah umur. Menambah pekerja bukan Islam untuk mengendalikan penjualan arak.

Islam tidak halang bukan Islam untuk minum arak. Tetapi perlu hormat kepada pengguna dan pekerja Islam. Alhamdulillah 7 Eleven telah mula mendengar keluhan umat Islam.

Walaubagaimanapun Kempen Boikot 7 Eleven akan diteruskan sehingga apa yang dikatakan , dikotakan dan dilaksanakan. Nampaknya sedikit sebanyak kempen boikot ini ada kesannya. Maklumat lanjut Kempen Boikot 7 Eleven pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/05/jom-boikot-7-eleven-sayangkan-bangsa.html

7 Eleven telah mula sensitif dengan perasaan umat Islam. Bagaimana dengan kedai judi berlesen di pekan Rembau (Magnum), di pekan Senawang yang bebas dilanggani oleh umat Islam dan orang Melayu ? Tidak ada langsung penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan bantuan pihak polis. Walhal di pekan Rembau kedai judi tersebut berhampiran dengan Pejabat Agama Islam dan Balai Polis, dan di pekan Senawang ianya di tepi jalan laluan orang ramai dan kawasan majoriti Islam serta laluan pelajar sekolah rendah yang berhampiran.

Sebelum ini penggunaan troli yang diiklankan arak seperti di Giant Senawang telah dibangkitkan. Setelah diberi kesedaran pada umum barulah tiada lagi iklan arak pada troli. Berita pasal troli iklan arak di Giant Senawang pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2006/06/tiada-lagi-troli-arak-di-giant.html

Umat Islam semua perlu bangkit mempertahankan maruah mereka sendiri. Jangan serahkan bulat-bulat tanggungjawab ini kepada pemerintah, kepada penguatkuasa, kepada pengusaha.

Semua perlu bangkit mempertahankan maruah melalui pelbagai cara, diplomasi, nasihat, rundingan, dailog, bantahan, boikot, demonstrasi, berdoa, solat hajat. Tapi bukan dengan hanya berpeluk tubuh dan berangan-angan.

***********************************
IC may be needed to buy liquor at 7-Eleven
Friday May 22, 2009

SHAH ALAM: Consumers wishing to buy liquor at 7-Eleven outlets may be required to show their identity cards.

7-Eleven Malaysia executive director Ng Su Onn said the move was among several steps to be implemented at the outlets of the convenience store chain so as to be more responsible to the sensitivities of Muslims.

“We are also considering employing more non-Muslims at 7-Eleven outlets,” he told reporters after meeting Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, the Liquor Merchants Association, Liquor Retail and Wholesale Association, consumer associations, residents associations and community leaders here yesterday.

Ng said the company had 1,037 outlets and employs 8,000 workers, of whom 7,500 were Muslims.

He said the company was always strict on the sale of liquor to Muslims and those below 18.

“We do not compromise with our staff who sell liquor to Muslims and in the past we have sacked workers for doing so,” he said.

He added that as much as the company was sensitive to Muslims, it also had a responsibility to cater to the needs of the non-Muslims. — Bernama
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2009%2F5%2F22%2Fnation%2F3961031

BENGKEL KASEH UNTUK WANITA MELALUI DRAMATERAPI

Tarikh : 6 JUN 2009 (SABTU)
Masa : 8 pagi – 6 Petang
Tempat : Dewan Seminar, Women's Institute Of Management , Jalan Haji Openg , Taman Tun Dr Ismail , Kuala Lumpur
Penyertaan : Terbuka kepada wanita sahaja
Yuran : RM 150
Bersama : Suhana Hamdan, M.A (UKM) – Perunding Dramaterapi & Motivasi

Anjuran: Pusat Latihan Komuniti Kota Damansara

Maklumat lanjut hubungi Pn Husni 013-2527421 tengku_nurhusni@yahoo.com , Pn Hijrah 019-2667215

TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta
8.30 pagi : Induksi Diri
10.30 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Hidup Yang Penuh Makna
12.00 tgh : Makan tengah hari/ Solat Zuhur
2.00 ptg : Aku Kaseh kamu
3.00 ptg : Nilai Cinta
5.30 ptg : Resolusi
6.00 ptg : MAJLIS PENUTUP

DRAMATERAPI
Dramaterapi adalah pendekatan yang kreatif untuk terapi dan pembangunan diri dalam pelbagai perkara. Matlamatnya untuk membolehkan klien membina keyakinan diri, keprihatinan dan bereksperimen dengan pelbagai cara berfikir, beremosi dan perlakuan.

Maklumat lanjut pada pautan berikut DRAMATERAPI

20090521

KENAPA ORANG MELAYU REMBAU DILAYAN SEBEGINI ?

Kisah selanjutnya di Blog Anak Muda Kampung Negeri Sembilan AMKNS

20090520

Bicara Isu Kesihatan Semasa 21 Mei 09 Senawang

PROGRAM BICARA ISU-ISU KESIHATAN SEMASA
Tarikh : 21 Mei 2009 (Khamis)
Masa : 9 malam
Tempat : Masjid Taman Rasa Sayang , Senawang

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : UMNO Cawangan Taman Rasa Sayang dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Melayu mengemis tanah kubur di N.Sembilan

Melayu di Negeri Sembilan dalam dilema. Kisah sepenuhnya di Blog AMKNS

Diskusi Isu Anak Muallaf 29 Mei 09 Seremban

ABIM menjemput tuan/puan untuk menghadiri program berikut :

PERBINCANGAN ILMIAH ISU ANAK MUALLAF
Tarikh : 29 Mei 2009 ( Jumaat )
Masa : 8 malam
Tempat : Tingkat 1, Wisma ABIM , Ampangan , Seremban
Ahli Panel : Tuan Hj Zainul Rijal Abu Bakar (Mantan Presiden Peguam Syarie Malaysia)

Kejohanan Snooker Keadilan Rembau 6, 7 Jun 09

KEJOHANAN SNOOKER TERBUKA KEADILAN REMBAU
Tarikh : 6 – 7 Jun 2009 ( Sabtu – Ahad )
Tempat : SQ SNOOKER, Dataran Senawang

Hadiah Pertama : RM 1001 & Piala.
Hadiah Kedua : RM 701 & Hadiah Iringan.
Hadiah Ketiga : RM 501 & Hadiah Iringan.
Hadiah Keempat – Kelapan : Hadiah Istimewa

Sebarang pertanyaan - Azizi (012 -3696474 ) @ Sani (012 9781707)

- 64 Pemain yang mendaftar awal adalah layak untuk menyertai kejohanan ini.
- Pertandingan adalah secara KALAH – MATI ( Free Table Charge ) yang akan diadakan selama 2 hari berturut-turut.( 6 – 7 Jun 2009 ).
- Format pertandingan adalah BEST 64-3 Frame, BEST 32-3 Frame, BEST 16-3 Frame, SEMI/QUARTER-3 Frame dan FINAL-5 Frame.

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN :
- Bayaran Pendaftaran sebanyak RM 40.00 ( Tidak akan dikembalikan )
- Pemain mestiah berpakaian kemas dan berkasut.
- Penyertaan akan dibatalkan jika peserta pertandingan tidak hadir dalam masa 15 minit di hari pertandingan.
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemain kecuali Pemain Negara @ Professional.
- Pengadil layak untuk membatalkan penyertaan sekiranya peserta pertandingan tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
- Tarikh tutup pertandingan adalah pada : 3hb JUN 2009
- Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang aduan & bantahan tidak akan dilayan.

Sila mendaftar di Kaunter Pertandingan SQ SNOOKER, Dataran Senawang dengan Pegawai Pendaftaran, En Amat ( 017-3116124 )

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com/2009/05/kejohanan-snooker-keadilan-rembau.html

20090519

Seminar Kerasukan Jin 24 Mei 09 Seremban

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa JIBG PASTI Al-Ikhwan akan mengadakan program berikut:-

Tajuk : Seminar Kerasukan Jin & Kaedah Rawatan Islam
Tarikh : 24 hb Mei 2009 , Ahad
Masa : 9 pg - 11 pg
Tempat : PASTI Al-Ikhwan, No 166, Jln Nuri, Taman Paroi Jaya, Seremban.
Penceramah : Us Mohd Rais b Mustafa Kamal

Bayaran : RM25 (pendaftaran, jamuan ringan dan buku berkaitan bernilai RM15)

Pengesahan kehadiran atau pertanyaan, sila hubungi Us Mohd Rais (013-2738574), cik Norshiela (013-9754064), Pn Suriyaton (016-3734077), Pn Mariah (017-6506392)

Ceramah Ustaz Zakaria (Komik) 23 Mei 09 Senawang

CERAMAH MOTIVASI REMAJA DAN KELUARGA
Penceramah : Ustaz Zakaria bin Talib , Pendakwah Bebas , Penulis Kartun Dakwah
Tarikh : 23 Mei 2009
Hari : Sabtu
Masa : Selepas Maghrib , 7:30 mlm
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang , N.Sembilan

Semua Dijemput hadir

InsyaAllah Ustaz Zakaria akan bawa komik-komik motivasi , remaja dan dakwah terbaru semasa hari tersebut untuk dijual kepada umum. Cetakan adalah terhad.

Maklumat lanjut mengenai Ustaz Zakaria Talib pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/05/ustaz-zakaria-berdakwah-guna-komik.html

Peta ke Taman Alamanda pada pautan berikut http://maps.google.com/maps?ie=UTF8&hl=en&ll=2.696845,101.990343&spn=0.006784,0.01133&z=17

20090518

Ustaz Zakaria berdakwah guna komik



Ustaz Zakaria Talib adalah anak Rembau yang merupakan bekas penulis dalam majalah Lanun ( karya kartunis Ujang ). Beliau juga adalah merupakan pakar motivasi serta giat menghasilkan karya-karya dakwah sesuai dengan jiwa setiap anak-anak dan para remaja.

Diantara hasil karya beliau ialah Muallim, Wuduk, Reformasi Minda dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Zakaria Talib di talian 019-2865129.

Maklumat lanjut di laman web Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/04/zakaria-kongsi-ilmu-terbit-buku-dakwah.html
p.s. : Terimakasih kepada Sdr Norazizi yang e-mel keratan akhbar

20090517

Doa cegah A H1N1, Meningitis, Chikungunya , Denggi

Satu demi satu bala turun sekarang ini di seluruh dunia dan Malaysia. Dari Chikungunya , Denggi , Selesema Babi (A H1N1) , Meningitis.

Perkara pertama harus dilakukan ialah dengar nasihat pakar iaitu Kementerian Kesihatan. Yang paling penting jaga betul-betul kebersihan diri dan persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja. Maklumat lanjut pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/05/langkah-penting-pencegahan-selesema.html

Lepas tu amalkan apa-apa doa dan zikir yang patut. Kalau tak tahu boleh rujuk laman web bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Dato Hj Mohd Murtadza pada pautan berikut http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html

Lepas tu tawakkal saja pada Allah swt.

Dapatkan Poskad Bantah PPSMI ke Menteri Pelajaran



Dapatkan Poskad “Kami Bantah Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains” yang dialamatkan ke YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin , Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran.

Harga poskad cuma RM 1 (tidak termasuk setem 20 sen).

Untuk mereka di Negeri Sembilan boleh dapatkan daripada Pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan Sdr Shamsul Kamal Idris dengan menghubungi 019-6532973 atau e-mel skamalidz@yahoo.com

HIDUP BAHASA MELAYU !

Maklumat lanjut di laman web Faisal Tehrani bertajuk Kempen Sejuta Poskad untuk Menteri Pelajaran http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/05/kempen-sejuta-poskad-untuk-menteri.html

Gotong Royong Markas PAS Rembau 24 Mei 09

PROGRAM GOTONG ROYONG
Tarikh : 24 Mei 2009
Masa : 8:30 pagi – 1 tgh
Tempat : Markas PAS Rembau , Kg Senama , Rembau

Semua ahli dijemput hadir

Aktiviti :
- Pindah barang dari Markas PAS Rembau di Kg Senama ke PASTI Al Amin , Kg Pulau , Chengkau
- Bersih bahagian dalam Markas PAS Rembau , Kg Senama

Maklumat lanjut hubungi Setiausaha PAS Kawasan Rembau , Tn Hj Shukri 017-2446215 atau e-mel shukri_habeb@yahoo.com

20090516

Perkhemahan Remaja DPerkasa Gombak 2 ke 4 Jun 09



PERKHEMAHAN MEMBINA KEYAKINAN & POTENSI DIRI
Tarikh : 2 - 4 Jun 2009 ( Selasa – Khamis )
Tempat : D’Perkasa Camp , Alang Sedayu , Gombak , Kuala Lumpur

Kami menyerlahkan TALENT anak-anak anda yang selama ini terpendam melalui “TALENT WATERFALL CAMP” - Perkhemahan Membina Keyakinan & Potensi Diri

Dibuka untuk anak-anak berumur 9 – 17 tahun
Program 3 hari 2 malam
Pengangkutan disediakan dari Seremban dan Bandar Baru Bangi
Yuran : Hanya RM 150/orang (termasuk insuran)

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Bangi/KL : 03-89267462 / 016-2181644
Seremban : 06-6786931 / 017-6461750

Sebarang pertanyaan hubungi Us Shahrin Awaludin 017-6461750 / 03-89267462 atau emel e_rehal@streamyx.com , Laman Web http://e-rehal.blogspot.com/

AKTIVITI MENARIK :
- Pidato Kembara
- Siapa Nak Jadi Bilal ? Pertandingan Pidato Dan Azan
- Kembara Air Terjun
- Solat : Not Too Late
- Halangan Bertali : High Rope & Flying Fox
- Kembara Angin Malam
- Explorace & Treasure Hunt

Anjuran Bersama : Talent Holding Sdn Bhd dan E-Rehal Training & Services Sdn Bhd

Potongan 5% untuk pendaftaran berkumpulan 4 orang dan mendaftar sebelum 21 Mei 09

Laman web D’Perkasa Camp http://campdperkasa.blogspot.com/

20090514

Roadshow Palestin 16 Mei 09 Terminal One Seremban


ROADSHOW PALESTIN – BERSAMA MEMBINA BELIA
Tarikh : 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi – 5 petang
Tempat : Ruang Legar Pusat Membeli Belah Terminal One , Seremban

Anjuran : Persatuan Belia Islam Nasional Negeri Sembilan

Maklumat lanjut di http://pembinan9.wordpress.com/2009/05/13/hebahan-roadshow-palestin-anjuran-pembina-ns-di-terminal-one/

Rehat politik Perak jap, tengok kes cerai NS

Moh kita rehat jap dari kemelut politik di Perak. Maleh baca akhbar hari ni. Terperanjat tapi diduga bila buka Utusan Malaysia Rabu 13 Mei 2009 ruangan sisipan Mega mukasurat 18 dan 19 tengok iklan-iklan Mahkamah Syariah. Besar kemungkinan bicara kes perceraian.

Tajuknya IKLAN UNTUK PENYAMPAIAN GANTI. Iaitu memanggil pihak lelaki (suami atau bekas suamilah tu) biasanya liat nak pergi mahkamah syariah (kalau Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan mungkin subuh-subuh dah tunggu).

Ada 9 ruangan Iklan dari Mahkamah Syariah. Apo yang sodih ialah dari 9 iklan , 4 iklan dari Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan ( 44.44% ).

Kalau nak tahu punca gejala Mat Rempit, salah satu puncanya di sini. Institusi keluarga yang haru biru, pecah belah. Yang duk sibuk suruh Melayu bersatu tu, marilah kita sama-sama renungkan. Kalau banyak kes perceraian, bekas suami tak bayar nafkah macamana Melayu nak bersatu.

Tanpa mengambil kira apa parti politik sekalipun, kembalilah pada Islam. Hanya Islam yang dapat menyelamatkan umat Melayu. Hanya Islam yang dapat menyelamatkan pasangan suami isteri. Hanya Islam yang dapat selamatkan Mat Rempit Melayu. Hanya Islam yang dapat menyatupadukan umat Melayu.

Kes perceraian di N.Sembilan ini memang begitu membimbangkan. Kesian tengok kakitangan Mahkamah Syariah , kadang-kadang terpaksa bicara waktu malam kalau kes terdesak.

Boleh dikatakan setiap lorong, setiap jalan di mana-mana taman perumahan sekarang ini ada keluarga yang bermasalah rumahtangga mereka, yang bercerai dan sebagainya.

Tanya polis-polis yang nak banteras Mat Rempit macamana hubungan kekeluargaan mereka, tanya ahli-ahli politik yang berkobar-kobar nak bimbing Mat Rempit macamana hubungan kekeluargaan mereka ?

Pelajar SDAR Seremban bantu Palestin

Badan Agama, Dakwah, Akhlak dan Rohani (BADAR) , Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Seremban melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh penduduk di Gaza akibat serangan tentera Zionis Israel.

Rasa simpati ini dizahirkan melalui sokongan pelajar-pelajar SDAR dalam pelbagai bentuk antaranya sumbangan wang ringgit, pemboikotan produk-produk Amerika dan Israel, solat hajat dan munajat kepada Allah swt serta berdemonstrasi.

Para pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban juga ternyata tidak mahu ketinggalan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.

BADAR SDAR berjaya mengumpulkan kutipan dana berjumlah RM5308 daripada seluruh warga SDAR untuk disumbangkan ke Gaza.

Maklumat lanjut aktiviti di laman web BADAR SDAR pada pautan berikut http://badarsdar.wordpress.com/2009/05/12/badar-sdar-peduli-palestin/

20090512

Susah cari orang macam ni, ceriakan surau

Selalu kita dengar bila surau kotor, masjid kotor orang akan menyalahkan AJK, salahkan Nazir, salahkan Pengerusi , salahkan Siak terutamanya sebab tak jaga kebersihan surau dan masjid, tandas dan sekitarnya.

AJK masjid dan surau pula , salahkan orang ramai yang datang masjid dan surau tak tahu jaga kebersihan, tak tahu didik anak-anak, guna masjid dan surau untuk buang air semata-mata, untuk tukar lampin anak semata-mata.

Jarang-jarang sekali kita dengar, kita lihat orang yang tidak menyalahkan sesiapa. Lagi jarang kita tengok orang yang tidak kita kenali yang bukan AJK masjid atau surau saja-saja datang surau membersihkan kawasan surau dan masjid, mengandam pokok-pokok di perkarangan surau, membuang sampah-sampah dan sebagainya.

Tapi itulah apa yang berlaku di Surau Taman Alamanda , Senawang baru-baru ini. Pelik tengok pokok-pokok diandam dengan begitu kemas sekali, sampah disapu bersih. Dua tiga hari lepas tu , dapat penggilan telefon dari individu yang tidak dikenali , katanya nak pinjam kereta sorong sebab nak bersih kawasan.

Kemudian berjumpalah dengan orang misteri tersebut. Seorang lelaki lewat 30an, katanya dia belajar mengaji di Surau Alamanda, sebelah petang. Dia bukan dari Taman Alamanda, tapi dari taman lain di Senawang juga, lebih kurang 4 km dari Taman Alamanda. Katanya lepas mengaji tak ada apa nak buat , dia pun bersihkanlah kawasan sekitar surau. Saya tanya dia kerja apa, dia kata , dia kerja operator kilang dah 10 tahun di Seremban.

Lepas tu dua tiga hari nampak dia dengan isteri dia sekali mengandam pokok. Saya tanya pula isteri dia kerja apa. Isteri dia kata dia kerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah di Ampangan. Memang minat mereka untuk buat “landscaping”.

Memang payah jumpa orang macam ni. Yang ringan tulang membuat kerja sukarela tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Semoga Allah memberikan pasangan suami isteri ini ganjaran yang berlipat kali ganda di akhirat dan dimurahkan rezeki mereka di dunia ini.

Kalaulah ramai orang macam pasangan suami isteri ini, insyaAllah aman , makmur , selamat Malaysia.

Selangkah ke bumi Anbiya 22 ke 24 Mei 09 Port Dickson


Semua pelajar-pelajar lepasan SPM dan STAM yang akan menyambung pengajian mereka ke Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Yaman, Morokko dan lain-lain negara berhampiran adalah dijemput ke program berikut :

SELANGKAH KE BUMI ANBIYA - “UKHUWWAH DISEMAI THIQAH DICAPAI”

Program Persediaan Akademik dan Jatidiri Muslim Bakal Mahasiswa di Timur Tengah

Tarikh : 22 – 24 Mei 2009 ( Jumaat – Ahad )
Tempat : Kolej UNITI , Port Dickson , N.Sembilan

Yuran hanya RM 50

Untuk pendaftaran hubungi :
Ustaz Alak – 019-2887797
Ustazah Nurul Huda – 013-3304342

Maklumat lanjut di http://bumianbiya.blogspot.com/

PENGISIAN PROGRAM :
- Penerangan Jurusan & Bidang
- Perkongsian Pengalaman
- Pembinaan Ukhuwwah
- Persiapan Rohani & Minda
- Perancangan Masa Depan

Semua ibu bapa dijemput hadir pada hari Sabtu 23 Mei 2009 jam 9 pagi hingga 11 pagi untuk sesi bersama ibu bapa

Anjuran : Sekretariat Luar Negara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Program TOT Anda Bijak Jauhi 17 Mei 09 Seremban

TRAIN OF TRAINERS Program Anda Bijak Jauhi Zina (TOT-ABJZ)

Tarikh: 17 Mei 2009 ( Ahad )
Masa : 9 pagi - 4 petang
Tempat : Pejabat JIM , Dataran Senawang, Seremban

Kepada yang berminat sila hubungi
Pn Hajah Minah Ahmad : 0196556832
Dr Khairil : 0102257762

Bersama kita menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah dan di bawah umur

Maklumat lanjut pada pautan berikut http://atriza.blogspot.com/2009/05/tot-abjz.html

20090511

Mesyuarat Agung PIBG SRIAS 23 Mei 09

MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAS KALI KE 15
Sabtu 23 Mei 2009
Jam 8 pagi
Di Dewan Sek Ren Islam AsSaidiyyah

Semua Ahli PIBG SRIAS dijemput hadir

Rayuan Sumbangan Rumah Kasih Sayang N.Sembilan

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dalam usaha untuk membeli seunit rumah di No. 1 Taman Cemerlang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk kegunaan aktiviti dan rumah perlindungan sementara untuk saudara baru dan mereka yang memerlukan.

Dengan tujuan itulah, maka Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengusahakan penganjuran MALAM MUZIKAL : “DI SINILAH TERTUMPAHNYA KASIH II” pada hari Sabtu 6 Jun 2009 bertempat di Dewan Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.

Tiket-tiket Jamuan Makan Malam tersebut bernilai RM 50.00 atau RM 100.00 untuk membantu merealisasikan Rumah Kasih Sayang N.Sembilan.

Mereka yang ingin menyumbang boleh membuat pembayaran di atas Nama Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ( Akaun Tabung Aset ) BIMB 050 300 101 35487.

Keterangan lanjut bolehlah hubungi Pejabat Urusan Kami: 06-4810092 / 06- 4810012 Faks:- 06 4810 576

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com atau http://yksn9.blogspot.com/2009/05/kekeliruan.html

Permuafakatan Saudara Muslim 24 Mei Seremban

PROGRAM PERMUAFAKATAN SAUDARA MUSLIM
Tarikh : 24hb. Mei 2009 , Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Surau Haji Mohd Musa , Seremban Selatan , Seremban

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Aktiviti :
Ceramah Ustaz Haji Muhammad Farid Ravi bin Abdullah jam 10.30 pagi
Aktiviti Mewarna dan Melukis dengan Tema IBU

Anjuran : Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan yang terdiri daripada ABIM , JIM , ISMA , Majlis Madrasah India Muslim Malaysia , MACMA , YKSNS dan Persatuan Darussaadah Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2009/05/program-permuafakatan-saudara-muslim.html

Nabi saw telah meramal Selesema Babi, AIDS dll

Apabila zina berleluasa akan merebak penyakit baru yang kita tidak pernah dengar.

Tidak merebaknya perlakuan terkutuk ( zina ) dalam sesuatu bangsa sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan merebak jualah taun dan wabak PENYAKIT YANG BELUM PERNAH BERLAKU KEPADA MANUSIA TERDAHULU. ( Hadith Nabi saw riwayat Ibnu Majah )

Selesema Babi bukan penyakit baru, tetapi Virus Selesema Babi A H1N1 yang ada sekarang adalah Virus baru yang belum pernah ditemui para saintis sebelum ini. Virus ini terbentuk hasil proses mutasi antara virus yang terdapat pada babi , manusia dan burung. Dan babi menurut Dr. Louise-Marie Dembry dari Yale School of Medicine adalah pusat mutasi virus ini.

SELESEMA BABI , MENINGITIS , CHIKUNGUNYA , AIDS , DENGGI dan banyak lagi wabak.

Marilah kita perbanyakkan taubat. Sama-sama menyeru kepada kebaikan , mencegah kemungkaran. Perbanyakkan sedekah. Solat jangan tinggal.

Amalkan doa dan zikir yang dipanjangkan oleh bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad pada pautan berikut : http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html


APA ITU MENINGITIS ?
Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
Demam , Kurang selesa , Enggan minum , Sakit kepala , Menangis berterusan

Tanda akhir serangan Meningitis:
Muntah , Sawan , Menjauhkan diri daripada cahaya terang , Lemah , Ruam seperti lebam-lebam , Tidak sedar
http://www.arejae.com/blog/apa-itu-meningitis.html


WHAT IS MENINGITIS?
Meningitis is an inflammation of the meninges, the lining that protects the brain and spinal cord.

It is almost always caused by an infection, usually by a bacteria (bacterial meningitis) or a virus (viral meningitis). In rare cases it can be triggered by a fungus or parasite.

Meningitis occurs most commonly in young children under 5, those aged 17-25 (who often live in close quarters like dormitories and barracks), and people over age 55. People with compromised immune systems, such as people with HIV or AIDS, are also at increased risk.
http://www.ehealthmd.com/library/meningitis/MG_whatis.html


HADITH: CIRI-CIRI KERUNTUHAN BANGSA
"Dari Abdullah bin Umar ra katanya: Rasulullah saw datang berjumpa kami lalu baginda menyampaikan ucapannya: “ Wahai Kaum Muhajirin! Lima perkara, aku memohon perlindungan dengan Allah swt semoga kamu tidak sempat menimpa kamu; Tidak merebaknya perlakuan terkutuk ( zina ) dalam sesuatu bangsa sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan merebak jualah taun dan wabak penyakit yang belum pernah berlaku kepada manusia terdahulu. Tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan melainkan mereka dihukum dengan kemarau panjang, kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah. Tidak mereka menahan harta mereka dari mengeluarkan zakat melainkan mereka ditahan dari mendapat hujan dari langit. Kalau tidak kerana binatang ternak, pasti mereka tidak mendapat hujan. Tidaklah mereka membatalkan perjanjian Allah dan perjanjian RasulNya melainkan Allah menjadikan musuh dari kalangan orang luar menguasai (dan memerintahkan) mereka dan merampas sebahagian hak mereka. Tidaklah pemerintah-pemerintah di kalangan mereka memerintah tanpa berpandukan kitab Allah dan memilih-milih dalam melaksanakan perkara yang telah diperturunkan oleh Allah, melainkan Allah menjadikan kemusnahan mereka berlaku (kerana perbalahan) sesama mereka. "
http://tunasislam.blogspot.com/2007_05_01_archive.html


SWINE FLU VIRUS IS A MUTATION
People, pigs and poultry. Their living in close quarters can trigger epidemics that end up traveling around the globe.

The three, in combination, provide a fertile place for viruses to mutate

Dr. Louise-Marie Dembry, associate professor of medicine at Yale School of Medicine in New Haven and director of the epidemiology laboratory at Yale-New Haven Hospital, said pigs are considered the chief viral mixing vessels.
http://www.uchc.edu/ocomm/newsarchive/news09/apr09/virus.html

20090507

Jom Boikot 7 Eleven , sayangkan bangsa


Atas dasar sayangkan bangsa Melayu yang beragama Islam , saya menyeru kepada semua yang prihatin agar kita memboikot 7 Eleven selagi mereka menjual arak seperti yang dilakukan oleh penduduk Taman Melati , Kuala Lumpur.

Buatlah sepanduk, sebarkanlah risalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam terutama mereka yang ada anak-anak yang meningkat dewasa.

Kisah penduduk Taman Melati boikot 7 Eleven pada pautan berikut http://dppwp.wordpress.com/2006/05/22/penduduk-bantah-7-eleven-jual-arak/

Sayangilah generasi pewaris kita. Boikot 7 Eleven kerana Allah. Demi Agama , Bangsa dan Negara.

20090506

Mat Rempit tak selesai dengan Seminar, Forum

Gejala Mat Rempit yang ganas (sebilangan kecil sahaja, tidak semua), gejala sosial dan lain-lain tak akan selesai selagi tak turun padang selesai masalah. Budaya di Malaysia ini terlalu banyak Seminar, Bengkel, Forum, Diskusi, “Brainstorming”, Ceramah dan lain-lain. Tapi terlalu kurang yang hendak turun padang memberi nasihat, memberi kaunseling, menganjurkan program untuk para remaja, belia dan Mat Rempit ini.

Semua harapkan kewangan kerajaan bila nak anjurkan sesuatu program. Nak anjur Konvoi Motosikal harapkan bantuan kerajaan, harapkan komisyen, harapkan subsidi.

Bilangan sukarela yang turun padang yang berjumpa dengan mereka yang bermasalah ini, yang menganjurkan program untuk mereka ini terlalu sedikit.

Selagi orang Malaysia , orang Melayu khususnya tidak minat kerja sukarela, tidak sanggup berkorban wang ringgit untuk bersama dengan kerajaan (tak kiralah kerajaan BN atau kerajaan Pakatan Rakyat) , tak sanggup berkorban tenaga dan masa untuk bersama NGO atau pertubuhan sukarela menangani 1001 macam gejala sekarang ini di Malaysia, jangan mimpi gejala buruk ini akan ada penyelesaiannya.

Jadi mula-mulalah turun padang. Kurangkan berseminar, berforum, berdiskusi, berkenyataan akhbar dan sebagainya.

Kalau tak sanggup turun padang, salurkanlah kewangan pada pelbagai persatuan dakwah dan sukarela yang sentiasa mengharapkan bantuan kewangan, lebih-lebih lagi persatuan atau pertubuhan yang sukar hendak mendapat bantuan daripada kerajaan.

Saya beri satu contoh di kampung saya iaitu di Kg Sg Layang dalam DUN Kota di Parlimen Rembau. Ada satu Gelanggang Rakyat yang terdapat beberapa gelanggang sukan yang baru dibina dengan kos sekitar RM 100,000.00. Tapi saya dapati ianya sekarang tidak terurus.

Nak salahkan siapa ? Salahkan kerajaan atau salahkan rakyat yang sentiasa mengharapkan kerajaan untuk mensubsidi setiap aktiviti yang dianjurkan kerana rakyat telah dididik untuk bergantung sepenuhnya pada kerajaan bukan pada Allah yang memberi rezeki ?

Dulu kata remaja tak ada tempat untuk bersukan, jadi dibuatlah gelanggang rakyat. Setiap DUN ada 1 atau 2 gelanggang rakyat. Sekarang bila dah bina gelanggang rakyat , ianya tidak terurus.

Beberapa pautan mengenai Gelanggang Rakyat :

Sebanyak 72 lagi gelanggang rakyat bagi fasa kedua akan dibina di Negeri Sembilan secara berperingkat mulai Ogos ini bagi kemudahan masyarakat tempatan terutama golongan belia untuk beriadah, berinteraksi dan bersukan.
http://www.gofutsal.com/modules/news/article.php?storyid=1993

PEMBINAAN GELANGGANG RAKYAT

Pembinaan Gelanggang Rakyat di Taman Bahau dan Palong 1. Dengan pembinaan gelenggang rakyat di Taman Bahau dan Palong 1 memudahkan golongan belia menyertai secara aktif dalam aktiviti sukan seperti Futsal, Bola Keranjang dan badminton. Gelanggang ini dengan usaha YB V.S. MOGAN ADUN JERAM PADANG dalam kos RM 100,000 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
http://vsmogan.blogspot.com/2009/03/gelenggang-rakyat.html

117 Gelanggang Sukan Rakyat KBS Dijangka Siap Akhir Tahun Depan
http://medkom.my/berita/117-gelanggang-sukan-rakyat-kbs-dijangka-siap-akhir-tahun-depan.html

Kursus Percuma diberi elaun pekerja diberhenti, penganggur

Satu skim baru dilancar oleh Kementerian Sumber Manusia diberi nama “Train and Place” (Latihan dan Penempatan) khusus untuk Pekerja Yang Diberhentikan dan Graduan yang menganggur.

Kursus ini adalah percuma dan diberi elaun sehingga RM 500 sebulan bergantung pada kursus. Pastikan pemohon memohon secara terus tanpa melalui agen untuk mengelakkan penipuan.

Maklumat lanjut di Jabatan Tenaga Kerja http://jtksm.mohr.gov.my atau Kementerian Sumber Manusia http://www.jobsmalaysia.gov.my dan http://www.mohr.gov.my

Antara institusi yang menyediakan program “Train and Place” ini ialah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau NIOSH (National Institute of Occupational Safety and Health). Maklumat lanjut di http://www.niosh.com.my/download/Train%20and%20place.pdf

Antara syarikat swasta yang menjayakan program ini ialah Ranaco Marine Sdn Bhd. Maklumat lanjut di http://dev.reti.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=66&Itemid=77&lang=en

Maklumat lanjut mengenai “Train and Place” juga di http://skorcareer.com.my/blog/program-for-laid-off-workers-and-jobless-grads/2009/04/16/

TRAIN & PLACE PROGRAM
What is it?
It is a new program under Ministry of Human Resource to improve and guarantee jobs opportunity to all Malaysian. The training fees will be support by the Ministry.

Who is entitled for it?
This program opens to:
Retrenched workers
Unemployed graduates
Youth

How long is the training duration?
Training will be held at approved training center in duration from 1 to 6 months.

Training Fees / Living Allowance
Training fees will be support by Ministry of Human Resources.
Trainees will be given Living Allowance RM500.00 by the Ministry.

Antara kursus yang ditawarkan oleh NIOSH ialah :

1. Niosh Osh Professional Certificate Programme For Plantation Industry
2. Niosh Osh Professional Certificate Programme For Construction Industry
3. Niosh Osh Professional Certificate Programme For Petrochemical Industry
4. Certificate Programme For Safety And Health Officer
5. Site Safety Supervisor Programme For Fabrication Industry
6. Site Safety Supervisor Programme For Construction Industry
7. Trainer’s Competency Programme
8. Niosh Safety Passport Trainer Programme
9. Confined Space Entry Level 1 Programme
10. Confined Space Entry Level 2 Programme
11. Scaffolding 3 In 1 Basic Programme
12. Forklift Safety Programme
13. Osh Auditor Programme

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SECTION 15, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03 – 8769 2100 Fax 03 – 8926 2900

Ceramah Timbalan Presiden PAS 10 Mei 09 Seremban

CERAMAH PERDANA
Penceramah :
Ustaz Nasharuddin Md Isa , Timbalan Presiden PAS
Shamsul Iskandar Mohd Akin , Ketua Pemuda KeADILan
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS NS
Zakaria Khalim , Timbalan Pesuruhjaya PAS NS

Tarikh : Ahad 10 Mei 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan (sebelah Surau Hitam) , Seremban

Semua Dijemput Hadir

20090505

Ikan Keli KFA Ampangan , Seremban

KFA ENTERPRISE
Ikan Keli KFA beroperasi di Ampangan , Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

KFA Enterprise adalah sebuah syarikat bumiputra yang mengendalikan perniagaan ikan keli secara komersial dan dibekalkan secara runcit atau borong dengan harga berpatutan.

Hubungi Abanglong: 019 6540690 Kaklong: 019 6520690 email: kelikfa@gmail.com

Laman web http://ikankelikfa.blogspot.com

Jelajah Palestin N.Sembilan 8 dan 13 Mei 09

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Siri Jelajah Palestin anjuran ISMA Negeri Sembilan bertujuan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat, menyemarakkan kepekaan mereka terhadap permasalahan umat Islam di Gaza di samping mengumpul sumbangan untuk mangsa-mangsa keganasan Israel di Palestin.

Tarikh: 8hb Mei 2009 (Jumaat)
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Felda Jelai 3, Gemas
Ceramah & Tayangan Multimedia : ‘Palestin - Tanggungjawab Setiap Kita’ (oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban)

Tarikh: 13hb Mei 2009 (Rabu)
Masa: Jam 3.00 petang
Tempat: Dewan Mutiara, Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
Ceramah : ‘Kenapa Palestin Jadi Rebutan’ (oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban)

Maklumat lanjut di http://isman9.wordpress.com/2009/05/04/hebahan-siri-roadshow-palestin-anjuran-isma-ns-sepanjang-mei-2009/

Miliki Bidadari Dari Timur


Hayatilah sebuah novel memoir Bidadari Dari Timur hasil karya Tuan Sabariah Tuan Ishak isteri Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk perjuangan Muslimat

Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka.

Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Untuk tempahan hubungi Puan Norwani : halwan9@yahoo.com / 0133851202

Hasil keuntungan akan disalurkan ke DUN Paroi & Muslimat Kawasan Rembau

Milikilah Buku ini dengan harga RM12.90 , 128 halaman

Maklumat lanjut di http://atriza.blogspot.com/2009/05/bidadri-dari-timur-memang-best.html

20090503

Motivasi Keluarga Bahagia 24 Mei 09 Seremban

KURSUS MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA
Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Tetamu :
1. Ustaz Dato' Kamaruddin Zakaria (Bekas Imam Masjid Negara)
2. Ustaz Nor Azman bin Che Amat (Ketua Kaunselor MAINS)

Moderator : Ustaz Mohd Fuad bin Othman (Pusat Pend. Islam At-Tibyan)

Yuran : RM 10.00 seorang

Untuk pendaftaran dan pertanyaan , sila hubungi :
017-6460080 (Ustaz Fuad) ufo_ips@yahoo.com
013-6503639 (En. Razak)
012-9027456 (En. Azmi)

Anjuran : Surau An-Naim, Bandar Seremban Selatan dengan kerjasama Pusat Kaunselor MAINS ( Majlis Agama Islam Negeri Sembilan )

Maklumat lanjut di http://at-tibyan.blogspot.com/2009/05/kursus-motivasi-keluarga-bahagia.html

Objektif Kursus :
1. Memeberi pendedahan terhadap isu-isu kekeluargaan dan cabaran semasa dlm pembentukan rumahtangga muslim
2. Memberi kesedaran terhadap tugas dan tannggungjawab ibu bapa menurut al-quran dan sunnah
3. Memberi tip-tip pendidikan anak-anak soleh mengikuti Sunnah Rasulullah.

Kejohanan Bowling Terbuka 31 Mei 09 Seremban

KEJOHANAN BOWLING DOUBLE TERBUKA DUN SIKAMAT 2009
(B-GRADED)
Tarikh : 31hb Mei 2009, Ahad
Tempat : Ampang Superbowl, Seremban Parade, Seremban
Masa : 9.00 pagi Pendaftaran , 9.50 pagi Game Roll Off

Semua dijemput menyertai pertandingan ini.

Yuran Penyertaan : RM120 / Double @ 4 Games
Handicap 7 pins for Ladies

Sila hubungi :
Sdr Firdaus - 012-3935340
Sdr Malek - 013-2181729

JUARA RM500
KEDUA RM300
KETIGA RM200
KEEMPAT HAMPER + 2 Voucher FreeGame
KELIMA-KELAPAN HAMPER
HIGH SCORE - RM50 1st Bowler

Maklumat lanjut di http://aminuddinharun.blogspot.com

20090501

Langkah Penting Pencegahan Selesema Babi

Sila ke pautan Kementerian Kesihatan Malaysia berikut untuk muat turun beberapa maklumat Langkah Penting Pencegahan Selesema Babi (Swine Influenza)
http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=450

Antara RISALAH penting ialah :
- Etika Batuk
- Pandemik Influenza : Pastikan tangan anda bersih
- Influenza : Virus Influenza
- Pandemik Influenza : Soalan yang sering ditanya
- Pandemik Influenza : Apa yang anda perlu Tahu
- Pandemik Influenza : Penggunaan Penutup Mulut
- Petua pengendalian makanan yang selamat

Anda perlu tahu beza Avian Influenza , Epidemik Influenza dan paling kritikal dan bahaya iaitu Pandemik Influenza

Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit influenza, anda dinasihatkan :
- Makan ubat demam seperti paracetamol
- Banyakkan minum air
- Berehat secukupnya
- Elakkan mengambil alkohol dan merokok
- Jangan mengunjungi tempat awam atau majlis keramaian untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain
- Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin
- Maklumkan kepada pihak berkuasa

Kejohanan Ping Pong Melayu 2 Mei 09 Seremban

KEJOHANAN PING PONG TERTUTUP MELAYU LELAKI NEGERI SEMBILAN
2 - 3 Mei 1009 ( Sabtu – Ahad )
Tempat : Bazaar MAINS , Seremban
Masa : 10 pagi

Kategori : Perseorangan dan Beregu

Hadiah :
Johan : Beregu RM 300 , Perseorangan RM 200
Naib Johan : Beregu RM 200 , Perseorangan RM 100
Ketiga : Beregu RM 100 , Perseorangan RM 70
Ke 4 – ke 10 : Hamper dan sijil

Yuran RM 10 setiap peserta

Peringkat Akhir diadakan pada 3 Mei 2009

Maklumat lanjut hubungi :

En Yazid : 06-7652610 , 019-2318771
En Suhaimi : 06-7652612 , 013-2492565

Anjuran : MAINS Holding Sdn Bhd