Berhubung dengan respon dari Ketua Pengarah JAKIM berhubung penggunaan ubat yang mengandungi hormon babi untuk pesakit jantung adalah haram atas alasan ada alternatif ubat lain dari sumber halal, menunjukkan tiada pelarasan kerja antara JAKIM dan pihak Kementerian Kesihatan demi menjaga kepentingan umat Islam di negara yang sepatutnya menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Kenapa pesakit jantung dibebankan untuk membuat pemilihan antara yang halal dan haram disaat yang kritikal. Elok-elok pesakit jantung tadi nak baik, silap haribulan dia mati kerana keliru samada hendak menerima suntikan ubat yang ada unsur babi atau tidak.
Sepatutnya JAKIM mengeluarkan arahan kepada Kementerian Kesihatan untuk pesakit jantung beragama Islam, pihak hospital hanya menggunakan Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine.
Jika JAKIM tiada kuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut, kita ada Perdana Menteri yang beragama Islam yang lebih berkuasa daripada Menteri Kesihatan.
Sementara itu arahan juga hendaklah dikeluarkan ke semua hospital agar sentiasa mempastikan bahawa stok ubat Arixtra sentiasa ada dalam simpanan dan mencukupi untuk kegunaan pesakit beragama Islam.
Satu persoalan, ada tak ahli parlimen kita yang beragama Islam dari Umno, PKR,PAS dan Bebas membahaskan isu ini di parlimen atau pada mereke perkara ini remeh temeh?
Rozmal bin Malakan
Respon JAKIM selepas membaca surat saya di Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
Surat terbuka saya sebelum ini kepada semua media berhubung isu penggunaan ubat mengandungi hormon atau unsur babi di http://waghih.blogspot.com/2011/05/ayah-enggan-disuntik-hormon-babi-dia.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan