KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110504

Kiamat kecil melanda Negeri Sembilan



Sebenarnya bukan di N.Sembilan saja, tapi di mana-mana. Kematian adalah umpama kiamat kecil (rujuk sumber Hadith di akhir artikel ini). Marilah kita doakan agar keluarga di bawah ini diberi kesabaran menempuh dugaan yang amat berat ini, dimana 3 orang anak-anak mereka yang masih kecil dihanyutkan oleh arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan pada 3 Mei 2011. Ini adalah kejadian kedua di N.Sembilan dalam tempoh sebulan.

Memang 2-3 hari ini hujan begitu luar biasa sekali di Negeri Sembilan dan lain-lain tempat di Malaysia. Dua hari saya berulang dari Seremban ke hospital Tampin, kerana ayah masuh wad (bilalah nak siap Hospital Rembau?).

Isnin petang 2 Mei 2011 banyak jalan dinaiki air, nak isi minyak di stesen Petronas pekan Kota, air naik sampai buku lali, baru kereta depan nak isi minyak, blackout, semua api padam.

Selasa petang 3 Mei 2011, sekali lagi hujan yang begitu luar biasa, dalam perjalanan balik, banjir di pekan Pedas simpang tiga nak ke tol. Kenderaan JKR dan ramai petugas JKR berada di lokasi. Sepanjang hayat saya, rasanya inilah kali pertama saya lihat banjir di pekan Pedas, macam di Terengganu pula pada musim tengkujuh.

Ajal maut di tangan Allah. Harap pihak berkaitan memberi lebih banyak peringatan dan meletakkan papan tanda mengenai bahaya Kepala Air seperti pada hujung artikel ini. Juga memantau sekiranya ada pembalakan haram atau penerokaan tanah haram yang memburukkan lagi fenomena Kepala Air.

Hari Isnin tu pula saya dikunjungi oleh seoarang ahli tasauf. Katanya terlalu banyak fitnah tersebar sekarang. Dia ingatkan saya sekeluarga agar banyak bertaqwa, jaga amal ibadah yang wajib dan sunat. Banyakkan zikir, Selawat, baca Al Quran , ayat Kursi dan macam-macam lagi. Tapi apa yang beliau tekankan ialah banyakkanlah Selawat kerana Allah, banyak selawat kerana ianya penting dan amat mudah. Juga rujuk hadith di bawah yang menyarankan banyakkan Selawat.

Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Artikel saya sebelum ini, Bersedia hadapi bencana dahsyat di Malaysia bila-bila masa di http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html

3 kanak-kanak dikhuatiri lemas
Utusan Malaysia 4 April 2011

KUALA PILAH 3 Mei – Tiga beradik berusia dua hingga lima tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras semasa berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2.

Arus deras itu dipercayai berpunca daripada kepala air ekoran hujan di kawasan tinggi di Gunung Angsi dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu juga, bapa kepada tiga beradik tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, turut dihanyutkan arus.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Khamis April 7, 2011
Pasangan Kekasih Lemas Di Tapak Perkelahan Gunung Berembun

SEREMBAN: Dua pasangan remaja yang berkelah di air terjun Gunung Berembun di sini, Rabu dirempuh 'kepala air' menyebabkan seorang remaja wanita mati lemas manakala pasangan kekasihnya hilang dihanyutkan arus deras itu.

Mayat Khairulhiza Khairul, 18, dari Mambau ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.30 petang.

http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_jenayah&file=/2011/4/7/mstar_jenayah/20110406221847

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tajuk : Berlindung Dari Mala Petaka

Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata:“ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?” Baginda menjawab’ “Seberapa yang banyak kamu kehendaki”. Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika separuh?” beliau menjawab, “ Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 2/3?” Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?” Baginda menjawab, “Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”.

(Hassan)

Huraian
1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana KEMATIAN ADALAH SEUMPAMA KIAMAT KECIL bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam berbagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.
2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.
3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.
4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.
5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangannya.

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=849

KEPALA AIR
Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

BAHAYA
Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

LANGKAH KESELAMATAN
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
- Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
- Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepala_air

Tiada ulasan: