KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110501

Tanpa Islam, tiada Sultan, masjid mati jadi kubur


Terharu dengan keprihatinan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang bimbang masjid yang tidak diimarahkan adalah seperti tanah perkuburan. Tuanku sudah menyatakan kegusaran baginda; imam, nazir, pegawai masjid, pegawai agama yang dibayar elaun untuk mengimarahkan masjid ini sediakanlah jawapan apabila ditanya soalan yang sama dalam kubur dan di akhirat nanti. Kita makmum ni, tak dibayar elaun untuk imarahkan masjid.

Artikel saya sebelum ini, Masjid-masjid dan surau-surau yang mati di N.Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2011/04/masjid-masjid-dan-surau-surau-yang-mati.html

Jangan jadi masjid tanah kubur

Mingguan Malaysia 1 Mei 2011 (Hari Pekerja)

KANGAR 30 April - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu imam dan pegawai masjid lebih kreatif dalam menganjurkan kegiatan untuk masyarakat agar bangunan masjid tidak sepi seperti tanah perkuburan.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, jika gagal diimarahkan dengan baik, masjid akan menjadi umpama sebuah tanah perkuburan.

Baginda bertitah, solat berjemaah perlu diperkasa di setiap masjid manakala kegiatan kemasyarakatan perlu diadakan lebih kerap dan imam pula perlu memikul amanah yang diberikan MAIPs bagi mengimarahkan masjid serta menjalankan tugas dengan sempurna, terutama dalam membentuk penyatuan umat.

"Keingkaran terhadap arahan MAIPs sudah pasti bermaksud keingkaran terhadap hukum syarak yang bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Pengimarahan Masjid Negeri Perlis dan mesyuarat agung Jamaiyah Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perlis 2011 di sini hari ini.

Baginda turut menasihati imam agar membelanjakan wang tabungan masjid untuk kegiatan pengimarahan.

"Masyarakat Islam tidak pernah kedekut untuk membantu masjid, dan menjadi tanggungjawab jawatankuasa masjid menghidupkan kegiatan di masjid masing-masing," titah baginda. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm

Tiada ulasan: