KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110511

Surau di Hutan Lipur Ulu Bendul tak mesra Muslimat







Semasa cuti sekolah bulan Mac 2011 yang lalu dalam perjalanan pulang dari Terengganu balik ke Seremban, kami sekeluarga singgah di Surau Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan untuk solat Asar. Isteri saya terperanjat kerana tempat ambil wuduk untuk muslimat tiada penghadang langsung. Ianya terdedah, boleh dilihat oleh orang ramai, apatah lagi bahagian muslimat ini betul-betul menghadap kawasan mandi awam.

Lalu isteri dan anak perempuan saya mengambil wuduk dalam tandas awam berhampiran.

Adakah kontraktor serta pihak berkuasa yang membuat bahagian wuduk ini terdiri daripada orang bukan Islam, atau terdiri dari orang Islam yang kurang arif mengenai hukum fekah?

Situasi terkini saya tak pastilah, samada telah dipasang penghadang atau belum di bahagian ambil wuduk muslimat ini.

Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bilo-bilo.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorg anak menangis kerana tiada sepatu. Yang si anak lain pula menagis kerana tiada kaki untuk memakai sepatu.
Kita patut bersyukur diatas apa yang ada. Sekiranya ingin kita perbaiki keadaan, ayoh!
Maaf skira terlanjur. Wassalam.