KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110510

Khutbah sempena ulangtahun Nakbah, rakyat Palestin jadi pelarian



Teks khutbah Sempena Ulangtahun An-Nakbah , Sempena Bulan Naqbah



Oleh : Dr Hafidzi Mohd Noor, Aqsa Syarif, 1 Mei 2011



Hari ini khatib hendak membawa perhatian sidang Jumaat kepada satu peristiwa besar yang menimpa umat ini pada abad yang lalu. Peristiwa tersebut dikenali sebagai Nakbah yang membawa maksud malapetaka besar. Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948.

Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibar lah bendera 'The Star of David' dan pada keesokan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh perdana menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 63 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa.

Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat.

Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

Dapatkan tek khutbah sepenuhnya pada pautan berikut http://puspa-ns.blogspot.com/2011/05/teks-khutbah-sempena-ulangtahun-nakbah.html

Tiada ulasan: