KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051021

Adat Melayu menyusahkan, ajaran Islam memudahkan

Saban hari media melaporkan betapa gejala keruntuhan moral dikalangan orang Melayu terutamanya semakin membimbangkan. Keruntuhan moral berkaitan dengan perilaku seksual sering menjadi bahan bacaan ‘panas’ dada-dada akhbar. Gadis yang menjual tubuh hanya melalui tambah nilai kad pra bayar, perlakuan seks dalam bas ekspress, perlakuan seks bebas dikalangan remaja menggambarkan betapa bangsa Melayu seadng menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang amat teruk.

Krisis keruntuhan moral bangsa Melayu ini diburukkan lagi dengan penyalahgunaan teknologi komunikasi terkini. Gambar-gambar serta video klip lucah dengan mudah diperolehi melalui talipon bimbit dan internet. Ianya merangsangkan perkembangan seksual anak-anak pada peringkat yang lebih awal.

Hanya perkahwinanlah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan moral seksual serta mengelakkan lebih banyak jenayah berkaitan seksual. Yang lebih memburukkan ianya akan membabitkan pembunuhan samada diperingkat janin ataupun bayi yang tidak berdosa dan adakalanya wanita sendiri yang sering menjadi mangsa samada dibunuh atau membunuh diri bagi menutup kesilapan dan keterlanjuran.

Akan tetapi muda mudi beranggapan perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, ianya sesuatu yang menyusahkan. Bermula daripada hantaran yang tidak kurang RM 3000 sekarang ini. Persiapan majlis pertunangannya, persiapan kenduri kendaranya, persiapan pelaminnya, persiapan pasukan kompangnya dan banyak lagi, yang barangkali jika dibuat pinjaman untuk menguruskan kenduri kahwin ini mungkin apabila sudah beranak pinak, pinjaman bank masih belum habis dijelaskan. Akhirnya pasangan yang sudah memuncak nafsu syahwat ini, mengambil jalan pintas, lebih baik mereka duduk bersekedudukan sementara menunggu tempoh pertunangan yang lama untuk mengumpulkan belanja perkahwinan.

Adakah ini ajaran Islam atau hanya adat kita orang Melayu ? Adakah ajaran Islam yang menyusahkan pasangan muda mudi untuk berkahwin sekarang ini atau hanya adat Melayu yang meyulitkan pasangan muda mudi untuk berkahwin ? Apakah orang Melayu malu jika anak mereka tidak mengadakan kenduri besar-besaran untuk perkahwinan anak mereka, hantarannya sedikit tetapi tidak malu pada Allah apabila anak mereka keluar dengan pasangannya sebelum mereka berkahwin ?

Sedangkan dalam Islam sudah dianjurkan , apabila muda mudi Islam sudah sampai tempoh mereka untuk berkahwin maka hendaklah disegerakan dan dipermudahkan. Malah pernah kita dengar cerita bagaimana Nabi Muhammad saw menyuruh para sahabat mengadakan kenduri kahwin sekadar yang mampu dan seadanya walaupun hanya dengan memberi minum air dan makan tamar. Ini adalah kerana tujuan diadakan kenduri kahwin atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya untuk mengelakkan fitnah.

Namun kepada mereka yang mampu untuk mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran ianya bukanlah menjadi halangan jika niat mereka adalah untuk memberi makan kepada semua tetamu yang hadir.

Akan tetapi media harus memainkan peranan agar tidak terlalu memperbesarkan kenduri kahwin yang hebat-hebat dan mewah-mewah , kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi masyarakat supaya berlumba-lumba mengadakan kenduri kahwin yang hebat-hebat.

Untuk mengawal keruntuhan moral seksual yang semakin teruk dewasa ini, media harus memainkan peranan agar memperbesarkan pula atau mempromosi kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana. Kenduri kahwin yang tiada pelamin yang beribu-ribu ringgit, kenduri kahwin yang tiada persalinan bajunya yang berpasang-pasang, kenduri kahwin yang dibuat di masjid dan sebagainya. Dengan ini masyarakat akan berlumba-lumba untuk mengahwinkan dengan segera anak mereka, kerana mereka tidak berasa malu lagi jika kenduri kahwin hanya dibuat kenduri ‘sejambar nasi’ atau seperti kenduri tahlil arwah.

Muda mudi kita sekarang ini semakin keliru apakah ajaran Islam yang menyusahkan atau adat Melayu sebenarnya yang menyusahkan mereka untuk berkahwin. Mereka membuat persiapan yang bersungguh-sungguh untuk majlis kenduri kahwin dengan mengumpul duit bertahun-tahun serta perlu ditambah dengan pinjaman bank. Sebaliknya mereka tidak mempunyai persiapan yang secukupknya untuk menjadi suami yang soleh, isteri yang solehah dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Akibatnya majlis kenduri kahwin dapat dilaksanakan dengan hebat akan tetapi perjalanan hidup sebagai sebuah keluarga suami , isteri dan anak-anak porak peranda.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Btol tu, jgn krn adat, kita ketepikan agama, krn agaam hrs didahulukan. Sy tgk adat melayu ni byk yg mngarut n xmsk dek akal ngan hntrn mncch ribuan rggt, sy rs ckp la ngan mas kawin, yg ribu2 tu smpn utk ms dpn....

Tanpa Nama berkata...

Huh.. Adat Ke Yang SAlah Atau PemikiRan KIta SendirI yang Sempit. MengaPA PerLu MenyalahKAn PerkAra YAng Lain Atas KeSalahAN Yang Kita LaKu Kan SenDiri. MengapA PerLu BerbelanJA BeriBU riangGIT. MenGIkUT ADat Atau ADat ITu MenjaDI aLASan Kita UntUK BermeGah. TepUk DadA TanYA Iman. BetaPA LemaHnya IMan Kita SendiRI.

puterablog1malaysia berkata...

akan ku cube u menyempurnakan perkahwinan ku dengan sederhana..