KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051021

Pelajar Sek Ren As-Saidiyyah Seremban bantu mangsa gempa bumi

Seremban Khamis 20 Okt – Pelajar-pelajar serta kakitangan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah, Seremban hari ini telah melancarkan kutipan derma untuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan. Para-para pelajar sekolah rendah ini telah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap umat Islam di Pakistan yang dilanda gempa bumi lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

Sebanyak RM 262 telah berjaya dikutip. Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui Tn Hj Taufek Abd Ghani , AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Sementara itu Tn Hj Taufek menyeru kepada orang ramai agar menghulurkan bantuan kepada umat Islam di Pakistan yang sedang menderita sekarang ini. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR
No akaun : 12020001711713 (Bank Muamalat) atau menghubungi Tn Hj Azmi, 019-2568820

Maklumat terkini mengenai perkembangan misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia di Pakistan boleh didapati di www.amalmalaysia.net

Tiada ulasan: