KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090308

Aku dan Pengerusi GM PPSMI








Saya bersama 3 anak saya sampai di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 7 Mac 2009 sekitar jam 10:30 pagi. Kami sempat bersalaman dengan Pejuang Bahasa Datuk Dr Hassan Ahmad Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI.

Apa yang berlaku pada 7 Mac 2009 di Kuala Lumpur pembaca semua boleh banyak baca di internet. Cuma apa yang saya perhatikan sendiri ialah kedahsyatan bom pemedih mata tersebut hingga ramai orang awam yang lalu lalang terkena tempias. Hinggakan penjaga kaunter tiket di Stesen Putra di stesen Pasar Seni pedih mata dan loya tekak terpaksa keuar dari kaunter tiket untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Malas nak cerita banyak-banyak. Bacalah sendiri di laman-laman web lain apa sebenarnya yang berlaku pada 7 Mac 2009.

Cumanya apabila ditanya kepada mereka yang hadir 7 Mac 2009, mereka sanggup turun lagi mengadakan Perhimpunan Membantah PPSMI di masa-masa akan datang sekiranya pihak Kementerian tak faham-faham lagi bahawa sebelum ini tokoh bahasa memang hendakkan perundingan secara aman. Dan mereka akan turun dengan jumlah yang lebih besar.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas geng Iowa Hawkeyes. Boleh atur "Kempen Boikot Sekolah Satu Minggu Seluruh Negara" bagi penjaga yang sokong GMP. Amacam? Send Hishamudin a messege.

Tanpa Nama berkata...

Naik semangat selepas terkena tempias gas pemedih mata bersama keluarga di dalam kereta. Celaka kau 'semut merah', anak-anak aku yang kecil berteriak tangis dek bahana gas itu.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun tangkap rasa sebak bila tgk budak umo 2, 3 & 5 tahun menangis... "balaci" nie berani dgn org awam jer... menang dgn kominis dulu pun bukan pasal perang... tapi pasal kejatuhan sokongan komunis di rusia.. lepas tu yang Polis dulu aku respect la.. yang la nie... sikit huma pun tak aku respect... tukar la apa pun slogan.. tampal kat dahi tak rasuah pun.. mati idup balik pun aku tak percaya... takat slogan jer la.. tunggu la korang tua, pencen nanti.. ko menangis la kat atas tkar sembahyang pasal aku dah jumpa geng korang yang dah pencen... meanggis kat tikar sembahyang...nyesal tak sudah dgn ape yang dier buat masa jadi TOPI MERAH nie...