Siri Ceramah & Pameran Kesihatan Sempena Program Tautan Kasih 2009
Sukacita dimaklumkan bersempena dengan sambutan Bulan Dakwah Peringkat Negeri Sembilan, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Tautan Kasih 2009 pada 20-22 Mac 2009. Program yang akan diadakan di Surau Al-Hadi, Rumah Rakyat Sikamat 2, Seremban ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman dan keserasian di antara kakitangan kerajaan, NGO, masyarakat dan pemimpin masyarakat agar dapat melahirkan wahdatul ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti ziarah dan dakwah, program anak angkat, pameran, pemeriksaan kesihatan, ceramah, khidmat sosial dan gotong-royong.
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban juga akan turut terlibat dalam Program Tautan Kasih 2009 ini melalui Sesi Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan pada hari Sabtu, 21 Mac 2009 di Surau Al-Hadi. Slot ceramah tersebut akan mengupas tentang konsep penjagaan kesihatan dalam Islam, khususnya berasaskan sunnah Rasulullah saw. Masyarakat setempat khususnya di sekitar Sikamat adalah dijemput untuk hadir di samping mengambil peluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang disediakan secara percuma oleh para petugas ISMA bermula pukul 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari. Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi saudara Omar bin Kassim, Setiausaha Agung ISMA Seremban (019-6699630).
Sumber : http://isman9.wordpress.com/2009/03/15/hebahan-siri-ceramah-pameran-kesihatan-sempena-program-tautan-kasih-2009/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan