KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090312

Perumahan Terbengkalai N.Sembilan, sampai bila ?

Sampai bilakah nasib rakyat yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai akan terbela , terutamanya di Negeri Sembilan ini yang mempunyai begitu banyak sekali projek perumahan terbengkalai hingga diwujudkan khusus sebuah laman web perumahan terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com

Apakah perlukan digunakan Bahasa Undi bak kata Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ?

HIDUP BAHASA MELAYU ! MANSUHKAN PPSMI !

*******************************************************
LAGI PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Sebuah projek perumahan di Jalan Melang Kuala Pilah iaitu Taman Bukit Ara telah terbengkalai semenjak tahun 2000. Projek ini yang mengandungi 40 unit rumah kos sederhana bernilai RM 74,000.00 sebuah dan 30 unit rumah kos rendah bernilai RM 35,000.00 sebuah yang dibangunkan oleh ABU SAMAH & CO. Dalam lawatan kekawasan tersebut didapati sebanyak 3 buah keluarga mendiami rumah yang masih belum siap itu, dan mereka terpaksa menduduki rumah tersebut walaupun tidak memiliki Sijil Menduduki (CF) dan terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk menyudahkan kerja-kerja yang masih tidak siap termasuk memasukkan bekalan api dan air. Menurut penghuni itu, perjanjian jual-beli telah dibuat pada tahun 1998 dan tempoh siap ialah pada tahun 2000, namun sehingga kehari ini beginilah keadaannya walaupun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh pembeli Taman berkenaan. Beginilah nasib golongan bawahan (pembeli) tanpa mendapat pembelaan daripada pihak berkuasa dalam melindungi mereka daripada ditipu oleh pemaju. Manakala pihak pemaju terus belepas diri dan menubuhkan syarikat lain untuk terus menipu dan menipu pembeli dengan mudahnya tanpa ada apa-apa tindakan berkesan Kerajaan.

Dari laman blog http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/03/lagi-projek-perumahan-terbengkalai.html

Tiada ulasan: