Saya menyeru kepada kenalan-kenalan saya terutama dari Negeri Sembilan yang akan menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO supaya memilih Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai Naib Presiden UMNO kerana Datuk A. Samad Said , Sasterawan Negara berkata , “Setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya.” http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/singkirkan.html
Tidak kira dalam apa pemilihan samada pemilihan parti atau pilihanraya , orang Melayu haruslah pilih calon yang mencintai Bahasa Melayu. ( NST 9 Mar 09 - Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim is against the teaching of Science and Mathematics in English. He said the Education Act stated that Bahasa Malaysia should be the medium of instruction for all subjects in school. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2499637/Article/index_html )
Saya bukan anti Bahasa Inggeris, malahan saya bekerja di syarikat multinasional yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai urusan rasmi sepenuuhnya. Ramai pekerja Melayu di tempat kerja saya, saya galakkan mereka mempertingkatkan percakapan dan penulisan Bahasa Inggeris. Walaupun mereka bukan dari sistem PPSMI namun mereka cepat dapat memahami setiap arahan dalam Bahasa Inggeris , kerana mereka mendengar apa yang saya ajarkan, mereka membuka kamus.
Apakah 70,000 pekerja Bangladesh yang akan datang ke Malaysia ini belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ? Puluhan ribu pelajar Melayu yang menganggur tak faham Bahasa Inggeris atau disebabkan peluang pekerjaan yang terhad dalam bidang yang mereka ceburi ? (Utusan Malaysia 9 Mac 09 — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm&arc=hive )
Kepada tuan-tuan dan puan-puan, orang Melayu yang masih lagi menyokong PPSMI, kenapa tidak desak kerajaan buatkan dua aliran sekolah ? Satu untuk sekolah aliran Inggeris satu untuk sekolah aliran Melayu ? Bukankah itu “win win situation” ? Jangan fikir anak kita sendiri , cuba tanya anak pekerja bawahan kita, faham ke tidak mereka Matematik dan Sains yang diajar di sekolah ? Cuba tanya saudara mara di kampong, faham tak anak-anak mereka Matematik dan Sains ? Cuba tanya anak-anak orang Asli , faham ke tidak mereka ini ? Cuba tanya polis-polis FRU yang melepaskan bom pemedih mata, anak-anak mereka faham tak Matematik dan Sains di sekolah ?
Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, ambillah sikap prihatin Nabi terhadap jiran tetangga dan sanak saudara. Jangan kita tengok anak kita seronok belajar PPSMI kita tidak kisah pada anak-anak jiran kita, anak-anak Pak Long dan Pak Ngah di kampong, anak-anak rakan seperjuangan kita, anak-anak rakan jemaah solat kita di masjid ?
Kalau tak puas hati juga, baca ulasan dan kajian akademik di bawah ini. Bukan ulasan emosi semata-mata. Mereka yang buat kajian di bawah ini bukan macam saya yang tak ada PhD, tapi mereka ini ada PhD, Professor, Doktor bukan sahaja dalam bidang sastera tapi dalam bidang sains dan teknologi.
KALAU BUKAN KITA YANG MENOLONG BANGSA KITA , SIAPA LAGI ?
1. KAJIAN AKADEMIK
http://72.14.235.132/search?q=cache:Tv9zzAaQI5EJ:www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%2520Report+http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%2520Report&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=sg
2. PROFESOR SHAHARIR MD. ZAIN
http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/prof-dr-shaharir-md-zain-jawab-datin_1882.html
3. BAHASA MELAYU UNTUK SAINS, MATEMATIK TETAP REALISTIK
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090303223151/Article
4. PROFESOR-PROFESOR MELAYU DALAM BIDANG SAINS YANG MENENTANG PPSMI
http://universitipts.com/index.php/site/comments/profesor_profesor_melayu_dalam_bidang_sains_yang_menentang_ppsmi/
5. KOSMOLOGI BAHASA
http://universitipts.com/index.php/site/comments/datin_noor/
6. MENJAWAB GABUNGAN PRO PPSMI.
http://selak.blogspot.com/2009/03/sangkalan-terhadap-page.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan