Saya mendapat berita almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin dimasukkan dalam ICU Hospital Seremban ketika melayari Harakahdaily jam 10 malam Khamis 19 Mac 2009. Ketika itu saya berada di Terengganu saya hanya sempat meng SMS kepada rakan-rakan bertanyakan keadaan dan memohon agar almarhum disembuhkan.
Namun ALLAH lebih menyayangi beliau. Saya merasakan satu kerugian yang amat besar, almarhum seorang yang begitu komited dalam kerja dakwah. Jika beliau berceramah dari awal hingga akhir beliau dalam keadaan yang penuh semangat. Pernah beliau berceramah di Surau Taman Alamanda. Saya bertanya pada beliau ketika itu asal beliau. Rupa-rupanya sekampung dengan saya, iaitu di Kota, N.Sembilan.
Saya hanya mampu berdoa pada Allah, supaya Allah gantikan dengan lebih ramai lagi anak muda terutamanya dari Negeri Sembilan ini lebih-lebih lagi yang berkelulusan agama agar berani tampil ke hadapan berdakwah kepada orang ramai yang begitu dahagakan sinar Islam di Negeri Sembilan ini.
Ayuh anak-anak muda Negeri Sembilan contohilah semangat perjuangan Ustaz Khairul Azhar yang tidak pernah kenal erti penat lelah, takut gentar hingga ke akhir hayat.
Tunggu apa lagi ?
Semoga Allah menempatkan ruh almarhum Ustaz Khairul Azhar bersama ruh orang-orang soleh, para syuhada dan para anbiya.
Jika kau bersama ruh orang-orang soleh , para syuhada dan anbiya, doakan aku akan menyusuli mu saudara ku Khairul Azhar bin Kamaruddin.
1 ulasan:
Satu kehilangan namun insyaAllah akan diganti oleh Allah s.w.t. Sangat bangga melihat perkembangan gerakan Islam PAS di Negeri Sembilan. Mind set manusia InsyaAllah akan berubah apabila diberikan Ilmu.Hanya dengan ilmu masyarakat boleh memahami Islam yang syumul yang telah dipadamkan oleh penjajah dan suku sakat penjajah. Teruskan usaha mempertabatkan Islam.
Catat Ulasan