KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090325

Moh jadi Sukarelawan Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan

KEMPEN MENJADI SUKARELAWAN YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN

Perkhidmatan Sukarelawan YKSNS diperlukan dalam urusan kemasyarakatan, seperti kenduri kendara, urusan pengebumian jenazah tanpa waris, pengurusan individu ' sebatang kara ', urusan-urusan keagamaan dan sebagainya.

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan memberi latihan-latihan kemahiran interpersonal, intra personal, Pertolongan Cemas, Pengurusan Krisis, Pengurusan Konflik meliputi pelbagai bidang supaya mudah bagi sukarelawan menjalankan tugas-tugas berkaitan.

Mereka yang berminat diminta emelkan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No Tel kepada maayks@gmail.com .

Borang Permohonan yang lengkap diisi berserta dengan 2 keping gambar ukuran paspot dan salinan kad pengenalan hendaklah dihantar ke No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Yuran Tahunan Sukarelawan ialah RM 30.00 hendaklah dimasukkan dalam Akaun YKSNS BIMB 05021010019276.

Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2009/03/kempen-merekrut-sukarelawan-yayasan.html

Maklumat lanjut mengenai Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan di http://yksn9.blogspot.com dan http://yksns.blogspot.com

Tiada ulasan: