KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090629

Risalah BOIKOT Utusan kerana JUDI


Dilampirkan risalah (handbill) mendesak akhbar harian berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia , Berita Harian , Harian Metro dan Kosmo agar menghentikan segera iklan judi dan keputusan judi dalam akhbar mereka untuk menyelamatkan umat Islam dan bangsa Melayu daripada najis judi untuk diedarkan kepada umum terutama di masjid-masjid dan surau-surau.

Semoga usaha kita yang sedikit ini akan menjadi jawapan di akhirat nanti jika di tanya apakah usaha kita di dunia dalam menangani kegiatan judi di kalangan umat Islam di Malaysia.

Terjemahan Al Quran surah Al Maidah ayat 90 dan 91 :

[90]
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[91]
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Kuliah Hadith 40 Ust Arshad 3 Jul 09 Senawang

KULIAH HADITH 40
Oleh Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Jumaat 3 Julai 2009
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kursus Cetak Baju T 19 Jul 09 Senawang

KURSUS MENCETAK T-SHIRT
Ahad 19 Julai 2009
Masa : 9 pagi – 5 ptg
Tempat : Taman Tasik Jaya , Senawang
Yuran kursus : RM 30

Maklumat lanjut hubungi Sdr Suhaire Hj Sulaiman 019-2998345 @ 06-7637450
Anjuran : Pupuk Peduli Umat Negeri Sembilan

PERKHIDMATAN UPAH HAJI

Bayaran Upah : RM1,500

Peserta akan menerima :
1.Sijil Upah Haji
2.Air Zam-Zam 1 botol
3.Kurma Ajwa
4.Sejadah / Serban / Tudung
5.Minyak Attar

Maklumat lanjut hubungi Sdr Suhaire Hj Sulaiman 019-2998345 @ 06-7637450
Anjuran : Pupuk Peduli Umat Negeri Sembilan

20090627

Ceramah Timbalan Mufti N9 27 Jun 09 Senawang

Ceramah Perdana oleh Ustaz Nor Azamir, Timbalan Mufti Negeri Sembilan yang baru.

Tarikh : 27 Jun 2009 (4 Rejab 1430)
Masa : Seepas Solat Maghrib
Tempat : Surau An Nahdhoh, Taman Desa Melor (Sebelah Balai Bomba Senawang)

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir.

20090625

Renungan buat Pendakwah dan Jemaah Tabligh

Dua artikel yang menarik untuk dibaca ditulis oleh ustaz yang tidak asing lagi di Seremban. Berkenaan Jemaah Tabligh ditulis oleh Ustaz Hambali http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/06/usaha-ke-atas-ulama-dan-ustaz.html berkenaan Golongan Gugur di Jalan Dakwah ditulis oleh Ustaz Abdul Halim bin Abdullah http://inijalanku.wordpress.com/2009/06/24/golongan-gugur-di-jalan-dakwah/

Jom kita semarakkan perasaan kasih sayang dan PERPADUAN UMAT dengan memenuhi surau dan masjid dengan majlis ilmu dan solat jemaah.

USAHA KE ATAS ULAMA DAN USTAZ OLEH USTAZ HAMBALI
Pada hari Jumaat yang lalu (19 Jun 2009) kami di Negeri Sembilan didatangi ulama tersohor di rantau ini yang di kenali sebagai “Al Azhar Asthani” Azhar kedua yang juga pengarang hampir 30 buah kitab berbahasa Arab. Beliau ialah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki yang sememang terkenal di rantau ini juga di sekitar beberapa negara Arab. Ulasan sepenuhnya di http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/06/usaha-ke-atas-ulama-dan-ustaz.html

GOLONGAN GUGUR DI JALAN DAKWAH
Dari penelitian, diantara sebab-sebab yang membawa kepada gugurnya para Pendakwah di jalan Allah di Malaysia dari kalangan mahasiswa/i 1980an ialah :
Mengutamakan pelajaran melebihi Dakwah, walau setelah lama mengikuti Tarbiyah dan mendidik orang lain pula. Jika ini berlaku sehingga setelah tamat pengajian masing-masing, Karier akan mengambil tempat Pelajaran sebagai nombor satu dalam hidup, manakala Dakwah akan tetap kekal sebagai nombor dua sepanjang hayatnya, dari alam pelajar hingga masuk ke alam kerja. Apa yang sebenar dituntut ialah cemerlang di dalam Pelajaran (kepujian kelas satu, jika boleh) tetapi ia tetap di nombor dua selepas Dakwah. Dakwah tetap bertahta dan menduduki tempat pertama di dalam hati. Ulasan sepenuhnya di http://inijalanku.wordpress.com/2009/06/24/golongan-gugur-di-jalan-dakwah/

Karnival Nisa di Metropoint Kajang 28 Jun 09

KARNIVAL "SMALL KINDNESS"
Pada 28 Jun 2009 (Ahad)
Di Metropoint Kajang ( Hadapan Mydin Kajang)

- Jualan hasil kerja tangan anak-anak yatim dan kanak-kanak istimewa
- Perlancaran Kempen " Small Kindness"
- Kids World bersama "AMAR"
- Kuiz, Motivasi, Magik & Nasyid.. (4 in 1)
- Kids Fashion Show ( by Shamensi), Model :- Anak yatim Nur Hikmah
- Teenage Fashion Show " Wow!! Bergaya tapi Sopan" (MORIS)
- Teenage IQ Games

Talk show: Anjuran bersama IKIM ( Mencari Erti Kehidupan)
1) Dr. Che Rosli
2) Ustaz Abd. Halim Zakaria ( pensyarah UiTM & aktivis LANDAS)
3) Mahathir Shahrudin (IKIM)

Anjuran : Nisa' Hulu Langat

Maklumat lanjut hubungi 013-2509816 beliahalwanis.sde@gmail.com

HIMPUNAN MANSUH ISA


SABTU 1 OGOS 2009

Di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun. Maklumat lanjut di http://lailagmi.blogspot.com/2009/06/sila-block-sabtu-1-ogos-2009.html

20090624

Malam Aspirasi Seni 1 Ogos 09 Seremban


MALAM ASPIRASI SENI 2009 - Bersama Mu Palestin
Tarikh : 1 Ogos 2009 , Sabtu
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan , Paroi , Seremban

Masuk Percuma ! Semua Dijemput Hadir

Aturcara
2 ptg – Pameran dan Jualan
5 ptg – Nasyid dan Deklamasi Sajak Sekolah Jemputan
8 mlm – MALAM ASPIRASI SENI
* Nasyid (Muadz) http://muadzseekinglight.blogspot.com/
* Deklamasi Sajak Sasterawan
* Pidato Isu Terkini Palestin

Maklumat lanjut di http://pembinan9.wordpress.com/2009/06/23/hebahan-malam-aspirasi-seni-2009/

Anjuran : JHEAINS , MAINS dan ISMA
Dengan kerjasama : PEMBINA , AMAN Palestin , Gabungan NGO Dakwah NS

Hubungi :
ISMA Seremban , 32A , Jalan Bunga Raya 9 , Senawang Business Centre , Taman Tasik Jaya , 70400 Seremban
Tel : 06-6785268 / 012-6781644
http://isman9.wordpress.com/

20090623

Konsert Antara Dunia 1 Ogos 09 Shah Alam


KONSERT ANTARA DUNIA 2009

PERTEMUAN 4 GERGASI NASYID
- SHOUTUL HAROKAH
- RABBANI
- RAIHAN
- HIJJAZ

Tema : MENYEMARAK KEBANGKITAN, MENERAJU UMMAH

Tarikh & Masa : 1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam

Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam

Maklumat lanjut di http://gamisconcert.blogspot.com/

Harga Tiket
Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100

* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.
* Bagi Pakej Famili yang mana kanak-kanak tidak sampai 4 orang, boleh ajak kanak-kanak lain untuk turut serta bagi mencukupi kuota.

Wakil - wakil Pengedar Tiket :
USIM Nilai - Ainul Faridah binti Abdullah : 013-2497420
UKM Bangi - Shukri : 019-3672554
UPM Serdang - Nur Shalihati Mohd Yusof : 019-4358727
POLISAS Kuantan - Mohd Fakhrullah bin Mohd Ghazali : 013-9953341
Zaim
UTHM Johor - Fardhullah bin aminuddin : 013-7598624
RCMP Ipoh - Husni Zain bin Ab Latiff : 019-4082994
USM Pulau Pinang - Mohd Hanif Bin Alias : 013-4422839
UPM Bintulu - Nor Hafizah Binti Abu Koshin : 013-5695562

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia & Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Dengan Kerjasama : Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan & Majlis Bandaraya Shah Alam

20090622

Padah tak tukar nama geran kereta


KECEWA...Nortijah dan Omar menunjukkan salinan laporan polis dan salinan lesen pemandu dan kad pengenalan Azuwan.

Harian Metro 22 Jun 2009

KUALA LUMPUR: Kecuaian sepasang suami isteri yang kesempitan wang menjual kereta tanpa menukar nama pada geran kenderaan yang dijual itu memakan diri apabila pembeli gagal melunaskan ansuran bank.

Mangsa, Omar Jabar, 50, seorang pengawal keselamatan tidak menyangka tindakannya menjual kenderaan berkenaan kepada orang lain memberi padah apabila lelaki itu tidak membayar ansuran bulanan sejak tujuh bulan lalu.

Menurutnya, kereta berkenaan terpaksa dijual kerana ia sering mengalami kerosakan dan kos membaikinya mencecah RM1,800.

“Ketika itu, kami mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar kos membaiki kereta berkenaan dan membuat keputusan menjualnya.

“Mekanik yang membaiki kereta itu memaklumkan rakannya berminat membeli kereta itu dan bersetuju menyambung bayaran ansuran bulanannya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini.

Menurut Omar, tanpa mengesyaki sesuatu, mereka menyerahkan kereta itu kepada rakan mekanik terbabit yang dikenali sebagai Azuwan yang turut melangsaikan bayaran membaiki kereta berkenaan.

“Kos membaiki kereta RM1,800 itu dibayar Azuwan sebagai wang pendahuluan membeli kereta kami dan dia berjanji menyambung bayaran ansuran bulanan,” katanya.

Omar berkata, selang beberapa hari lelaki itu menghubungi isterinya dan memaklumkan terdapat kerosakan pada kenderaan dan terpaksa menghantarnya semula ke bengkel.

“Azuwan memaklumkan kos membaiki adalah RM1,300 dan dia mendahulukan duitnya serta meminta saya membayar semula. Dalam keadaan begitu, saya membuat pemindahan melalui bank untuk menggantikan duitnya,” katanya.

Namun, selepas itu, dia dan isteri, Nortijah Talib, 49, terkejut apabila dihubungi bank yang memaklumkan sudah lima bulan bayaran ansuran kereta itu tertunggak.

Menurutnya, Azuwan turut meninggalkan salinan lesen pemandu dan kad pengenalan kepadanya dan mereka pernah mencarinya, namun gagal.

“Pihak bank juga sudah berusaha mencarinya, namun menemui jalan buntu, malah dia juga gagal dihubungi,” katanya.

Azuwan yang beralamat di Kodiang dan Bandar Baru Salak Tinggi berusia 23 tahun turut mendakwa dirinya sebagai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi.

“Kami minta dia tampil menyerahkan semula kereta itu kerana bimbang ia digunakan untuk perkara tidak baik,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat Azuwan diminta menghubungi Nortijah di talian 017-3734276 atau 017-3473491 .

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090622065117/Article/index_html

Dakwah Masyarakat Majmuk 27 Jun 09 Senawang

Program Dakwah Di Kalangan Masyarakat Majmuk
Tarikh : 27 Jun 2009 , Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 3.00 petang.
Tempat : Bilik Kuliah , Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Penceramah : Sdr Joanes Likas/ Yahya Lukman

Maklumat lanjut hubungi Encik Wahiduddin (Pengerusi Hidayah Centre Seremban) 012-372 5283 email: wahba06@yahoo.com .

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2009/06/program-dakwah-di-kalangan-masyarakat.html

Sedih pesara tentera cacat terima RM53

Kosmo 22 Jun 2009


MUHAMMAD (kiri) berbual dengan pesara tentera yang cacat anggota semasa operasi menentang pengganas komunis di Sungai Dua, Tasek Gelugor semalam.

---------------------------------------------------------


BUTTERWORTH - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) meminta kerajaan mengkaji semula kadar pembayaran pencen kepada pesara tentera terutama mereka yang mengalami kecederaan dan kecacatan semasa berkhidmat.

Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, sehingga kini masih ada pesara tentera terutama yang mengalami kecacatan kekal hanya menerima pencen RM53 sebulan.

“Kita sedih bila dengar ada pesara tentera yang cacat terpaksa menyara hidup dengan membuat kerja sendiri kerana hanya menerima pencen RM53 sebulan sedangkan jasa dan pengorbanan mereka kepada negara sangat besar.

“Jadi, kita berharap kerajaan dapat mengkaji semula kadar pencen yang dibayar kepada mereka sekurang-kurangnya melepasi paras kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada empat pesara tentera yang mengalami kecacatan kekal termasuk hilang sebelah kaki di Sungai Dua di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, walaupun kerajaan telah menaikkan kadar pencen pesara tentera sebelum ini tetapi ia hanya melibatkan mereka yang bersara selepas 1 Januari 2001.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

20090620

Apa sudah jadi dengan Kelab Roket , Kementerian Pelajaran ?

Sedikit masa dulu ketika hangat dibicarakan kisah Malaysia menghantar angkasawan pertama ( ada juga yang kata pelancong angkasa ) heboh diperkatakan perlulah ditubuhkan Kelab Roket di sekolah-sekolah.

Sekarang akan dilancarkan satelit Razaksat, namun kehangatan Kelab Roket di sekolah-sekolah belum dirasakan.

Baru-baru ini sekolah menengah anak saya di Seremban mengadakan pertandingan dan pertunjukan roket air. Anak saya kata kalau nak beli pelancar roket air harganya lebih RM 1000. Anak saya tunjuk pada cikgu dia pelancar roket yang saya buat , kos dia tak sampai RM 5. Tak lah secanggih yang lebih RM 1000 , tapi boleh juga melancarkan roket.

Berikut ialah klip video pertandingan roket air anjuran Kelab Angkasa Malaysia Negeri Sembilan (AMAL NS) pada pautan berikut http://amal-ns.blogspot.com/2009/06/pertandingan-roket-air.html





20090618

Sheikh Nuruddin AlBanjari 20 Jun 09 Pusat Dakwah N9


MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA.
Tempat : Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi
Tarikh : 20 Jun 2009 , Sabtu

ATURCARA MAJLIS
8.00 am : Kedatangan Para Tetamu/Peserta
8.45 am : - Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Ucaptama Dato` Mufti N.Sembilan

9.00 am : - Majlis Ilmu Bersama Ulamak Nusantara oleh Yg.Bhg Sheikh Muhammed Nuruddin bin Marbu Al-Banjari

11.00 am : - Jamuan Ringan/Bersurai.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Melahirkan Masyarakat "Ulul Albab" Yang Cintakan Ilmu Pengetahuan Untuk Merealisasikan Hasrat Melahirkan Modal Insan Terbaik.

Anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Bahagian Dakwah ( Unit Kefahaman Islam)

Maklumat lanjut di http://hshn9.blogspot.com/2009/06/majlis-ilmu-bersama-ulama.html

Mohon Sebarkan Maklumat Ini

Bekas Mufti N9 dan Sheikh Nurudin 19 Jun 09 Seremban

CERAMAH AGAMA
Tarikh: 19/06/09 (Jumaat)
Masa: Selepas maghrib
Tempat: Rumah Hj Zul, Taman Kiambang Indah, Seremban

Penceramah:
1. Dato Sheikh Mohd Murtadza (Bekas Mufti N.Sembilan) http://hjmohdmurtadza.blogspot.com
2. Datuk Yusof (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)
3. Sheikh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Maliki (Ulama Indonesia)

Maklumat lanjut di http://surautamanjasmin.blogspot.com/2009/06/sheikh-nuruddin-marbu-abdullah-al.html

20090617

Berbunuhan kerana buah durian

Kerana buah durian manusia sanggup berbunuhan. Jiran sanggup bunuh jiran kerana buah durian yang berguguran di halaman rumah di Felda Padang Piul , Pahang.

Kembalilah kepada Islam sepenuhnya. Harta di dunia ini hanyalah sementara. Redhalah dengan apa yang ada. Banyak-banyak bersyukur dengan nikmat Islam dan iman. Banyak-banyak bertaubat. Allah boleh beri dan tarik hidayah pada sesiapa dan bila-bila masa.

Semoga kita semua mati dalam iman dan Islam serta dalam perjuangan memartabatkan Islam.

*******************
NST 2009/06/16

Fight over fallen durian ends in death
Bernama

KUANTAN; Tues:

A quarrel over fallen durians in an orchard, resulted in one Felda settler from Felda Padang Piul, Jerantut being fatally slashed.

Jerantut police chief Acting Supt Jamaluddin Abd Rahman said during the 1pm incident, the victim, Abdul Samad, 50, was believed to have been engaged in a quarrel with his neighbour over durians that had fallen behind their house.

"Both had claimed the fallen durians were theirs since there was no partition to separate their respective orchards, planted with durians. In the ensuing scuffle, the victim was slashed and died at the scene," said Jamaluddin when contacted here today.

The victim's body was later sent to the Jerantut Hospital for a post-mortem while the 60 year-old neighbour who was involved in the quarrel, was detained by police, he said. – BERNAMA

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/NewsBreak/20090616184851/Article/index_html

BOIKOT UTUSAN, BERITA, METRO, KOSMO


JOM BOIKOT SEMUA AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI IKLAN JUDI DAN KEPUTUSAN JUDI DISIARKAN.

MAKLUMAT LANJUT DI http://pmbaj.blogspot.com/2009/06/boikot-utusan-dan-berita-selagi-ada.html

20090616

Pernah Makan Pucuk Gajus ?



Pernah makan pucuk gajus ? Gajus yang biji dia diluar buah, kalau dipanggang bijinya jadilah kacang gajus (cashew nut). Pucuknya enak dimakan sebagai ulam. Ada sebatang pokok di belakang rumah emak dan ayah saya di Rembau. Kalau balik kampung mesti ambil buat ulam makan dengan nasi.

Kuliah Subuh Syeikh Nuruddin 20 Jun 09 Senawang

Kuliah Subuh bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu , Ulama Tersohor Nusantara
Tempat : Surau Al Amin , Taman Cempaka Fasa 2 , Senawang
Tarikh : 20 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : Selepas Solat Subuh

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20090614

Ceramah Syeikh Nuruddin AlBanjari 20 Jun Seremban

Majlis Bicara Ilmu Bersama Ulama
Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu , Ulama Tersohor Nusantara
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng , Ampangan , Seremban
Tarikh : 20 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : Selepas Solat Maghrib

Maklumat lanjut di SINI

KALABAKAN , Kenapa kurang filem pejuang Askar Melayu ?


Pelbagai pihak membangkitkan isu darurat , konfrontasi dan sebagainya. Tapi filem kisah perjuangan para pejuang negara terutama tentera dan polis begitu kurang. Kalau ada pun ianya bukan Box Office seperti filem Sarjan Hassan dan Bukit Kepong.

Walhal banyak kisah pertempuran yang boleh dijadikan iktibar generasi muda terutama anak Melayu yang sekarang ini terjebak dengan pelbagai masalah sosial , samseng jalanan, bohsia dan sebagainya.

Kalau tanya peristiwa bagaimana ramai anggota pasukan 3 Rejimen Askar Melayu terbunuh ketika di serang oleh Tentera Nasional Indonesia pada tahun 1963 ramai yang tidak tahu.

Ianya satu kisah yang menarik, kisah sedih, kisah suka duka para pejuang Askar Melayu.

Masih ada lagi antara mereka yang hidup hingga ke hari ini. Harap ada penerbit filem atau drama yang berminat.

Mereka yang berjuang atas dasar bangsa Melayu tak berminat ke kisah-kisah macam ni , tak nak tahu langsung macam mana anak bangsa Melayu ini terkorban ?

Ianya berlaku di Kalabakan. Ahli Parlimen Kalabakan yang lantang tu cubalah suarakan dalam parlimen. Mana tahu Kalabakan akan masyhur dengan gugurnya 8 perwira negara tersebut.

Dato Seri Dr Rais Yatim dicabar berdebat oleh Pak Dharma

Pak Dharma atau Darmala NS http://abdulmulukdaud.blogspot.com adalah merupakan seorang veteran , pakar sejarah Negeri Sembilan , seorang sasterawan , pakar dalam bidang Adat Perpatih. Saya “surrender” angkat dua-dua tangan akan kepakaran beliau dalam hal tersebut.

Semalam Pak Dharma SMS pada saya agar saya masukkan dalam Blog saya , katanya kalau Rais Yatim fikir dia hebat sangat fasal pepatah petitih cabar debat dengan beliau.

Hmm, tunggu apa lagi Pak Rais, inginkah Dato Seri berdebat dengan Pak Dharma ? Ini bukan soal politik , ini soal ingin mengetengahkan kehebatan pepatah petitih kata-kata adat Negeri Sembilan.

Saya pasti ramai pencinta adat, pencinta seni budaya terutama dari Negeri Sembilan tertunggu-tunggu debat macam ni. Mungkin kalau buat di Istana Budaya atau di Muzium Adat di Jelebu mesti ramai orang datang, berbayar pun tak apalah.

Sebenarnya banyak produk budaya Negeri Sembilan ini yang boleh diketengahkan. Mungkin Pak Rais dan Pak Dharma boleh mempopularkannnya. Nak harapkan generasi macam saya ni , tak tahulah.

Apa-apa pun Pak Rais jika berminat hubungi teruslah Pak Dharma

Ziarah Muslimat N9 ke RaudhatusSakinah 27 Jun 09

Lawatan Ziarah, Tarbiyah & Ukhwah ke Raudhatus Sakinah Selangor (Pusat Perlindungan Remaja Puteri di bawah kelolaan Wanita Jamaah Islah Malaysia)

Tarikh : 27 Jun 2009 , Sabtu

Untuk Penyertaan Hubungi Ukht Norwani Ahmat 013-3851202 , Ukht Atriza Umar 013-6485597

Maklumkan penyertaan anda sebelum 25 Jun 2009

Anjuran Muslimat Kawasan Paroi dengan kerjasama Unit Kaunseling Nisa` Negeri Sembilan Darul Khusus

Maklumat lanjut di http://nisaseremban.blogspot.com/2009/06/ziarah-tarbiyah-ukhwah.html

20090613

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?




Pada bulan Mac 2009 City Explorer di Seremban sebuah majalah pengiklanan telah menyiarkan iklan mengenai judi dimana beberapa nama orang Melayu telah dipaparkan menunjukkan keberkesanan khidmat nasihat untuk mendapatkan nombor ekor. Perkara ini telah dibantah dalam laman web AMKNS pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/03/city-explorer-seremban-promosi-judi.html

Namun pada bulan Jun 2009 , City Explorer tidak lagi menyiarkan nama-nama Melayu pada iklan khidmat nasihat nombor ekor. Secara tidak langsung ianya tidak menggalakkan orang Melayu yang mengikut perlembagaan Malaysia adalah beragama Islam untuk berjudi di kedai judi berlesen ( Kalau tak berlesen mengikut istilah undang-undang Malaysia ialah Judi Haram).

Orang Cina pun sensitif terhadap perasaan orang Islam, walaupun hanya sedikit disentuh dalam laman web.

Tapi sayang seribu kali sayang, sebaliknya akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia pula dari dulu hingga kini mungkin tidak selamanya (itulah yang diharapkan) menyiarkan keputusan nombor ekor dari kedai nombor ekor berlesen (Judi Tak Haram agaknya). Ini secara tidak langsung menggalakkan orang Melayu yang beragama Islam untuk berjudi.

Kalau Berita Harian dan Utusan Malaysia tak siarkan keputusan nombor ekor , pelik juga nanti kita tengok orang Melayu duduk kedai kopi sebelah kedai ekor di Senawang atau di Rembau semua baca suratkhabar Cina, suratkhabar Tamil atau suratkhabar Bahasa Inggeris. Juga mereka orang Melayu di kampung-kampung dan tanah-tanah perancangan makin ramai akan langgan suratkhabar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris. Tak laku pula Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Cukup-cukuplah tu. City Explorer pun sensitif dengan perasaan umat Islam macamana Utusan Malaysia dan Berita Harian tak sensitif ?

Ke nak buat kempen boikot Utusan Malaysia dan Berita Harian selagi iklan judi disiarkan dilancarkan di seluruh pelusuk negara baru nak faham atau buat perhimpunan 100,000 baru nak faham ?

Agak-agaknya mereka yang membeli Utusan Malaysia dan Berita Harian ni ada tak saham sebesar zarah di akhirat nanti bila ditanya berkaitan iklan judi ?

20090611

TEKUN , MARA dll perlu bersikap macam Ah Long


Berikut ialah gambar yang diambil di taman-taman perumahan sekitar Senawang pada 10 Jun 2009.

Gejala Ah Long semakin menjadi-jadi seolah-olah tiada penyelesainnya. Keadaan ekonomi yang lembap dan gawat memburukkan lagi keadaan.

Salah satu pendekatan mudah untuk menangani gejala Ah Long ini ialah semua agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan urusan memberi pinjaman seperti TEKUN , MARA , Jabatan Kebajikan Masyarakat , Baitul Mal , Majlis Agama Islam , Bank , Pejabat Wakil Rakyat yang mendapat geran dari kerajaan negeri dan sebagainya haruslah bertindak seperti Ah Long dalam kesungguhan mereka membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama golongan peniaga.

Perhatikan sahaja kesungguhan Ah Long mengedar kad-kad perniagaan mereka dari pintu ke pintu rumah , ke setiap cermin kereta , mana saja dinding yang ada ruang tampal mereka tampal , setiap tiang elektrik dengan sepanduk dan kain rentang.

Mudah sahaja cara iklan mereka letak nombor telefon sahaja. Yang pasti sesiapa yang telefon agen Ah Long ini akan turun padang jumpa pelanggan.

Ada kita tengok TEKUN , MARA , Jabatan Kebajikan Masyarakat , Baitul Mal , Majlis Agama Islam , Bank , Pejabat Wakil Rakyat yang mendapat geran dari kerajaan negeri buat pendekatan macam Ah Long ? Edar setiap rumah nombor telefon yang mudah dihubungi , bukan nombor telefon yang tidak diangkat-angkat ?

Sekarang nak salahkan siapa dalam kes Ah Long ini ? Adakah nak salahkan Ah Long semata-mata , atau nak salahkan peminjam semata-mata atau agensi berkaitan pun ada salahnya ?

Cuba tanya peniaga di tepi jalan mereka tahu tak nombor telefon TEKUN , mereka tahu tak nombor telefon Baitul Mal dan sebagainya ? Kalau tahu pun pasti susah hendak mendapatkan pegawai untuk turun padang , para peminjamlah perlu mencari-cari mana pejabat TEKUN , mana pejabat MARA , mana pegawai Bank , mana , mana , mana.

Kawan saya berniaga roti canai , dia kata macamana nak pinjam TEKUN. Saya kata tak payah penat-penat nak cari TEKUN, biarlah saya dan rakan-rakan lain kumpul duit bantu dia. Tak banyak pun cuma RM 1000 , tapi kalau dia pinjam Ah Long faedahnya berlipat ganda, kalau dia pinjam TEKUN berjela kertas kerja dan karenah birokrasinya.

Fikirlah sendiri. Siapa yang ada kuasa tu fikirlah sendiri, jangan main arah saja, jangan kejap-kejap suruh buat kertas kerja. Suruh polis turunkan poster Ah Long dan sebagainya.

20090610

Forum 1Malaysia 13 Jun 09 Masjid Sikamat Seremban

Forum 1Malaysia – Apakah Peranan Mahasiswa dan Masyarakat ?

Ahli Panel :
Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid , Presiden TERAS http://temanteras.wordpress.com
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil , Perunding Motivasi www.saifulislam.com
Mohd Faridzul Nasaruddin , Presiden Maaruf Club

Tarikh : 13 Jun 2009 , Sabtu
Masa : Jam 8 malam hingga 11 malam
Tempat : Masjid Kariah Sikamat , Seremban , N.Sembilan

Anjuran Sekretariat Mahasiswa Islam Timur Tengah SMATT dengan kerjsama Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan (SPINS) http://assofn9.blogspot.com

Jamuan Makan Malam Perdana 21 Jun 09 N9

Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana

Bersama :
YB Mahfuz Omar
YB Sarifuddin
YB Sivakumar

Tarikh : 21 Jun 2009 , Ahad
Masa : 7:30 malam hingga 12 malam
Tempat : Ulu Beranang , Negeri Sembilan

Satu meja cuma RM 400 sahaja
Untuk tempahan meja dan pertanyaa hubungi Ghazali 019-2515618

Anjuran MTD Lenggeng http://mtdlenggeng.blogspot.com untuk Dana Pejabat PAS Lenggeng

20090608

Muktamar PAS boleh jana ekonomi negeri dan usahawan



Saya telah berkesempatan menghadiri Muktamar PAS Pusat di Stadium Melawati , Shah Alam pada 5 ke 7 Jun 2009 yang lalu.

Satu perkara yang menarik di luar muktamar ini ialah kehadiran begitu ramai peniaga , yang majoriti besarnya usahawan Islam dan bumiputera dengan kepelbagaian produk yang bermutu.

Dikatakan terdapat lebih kurang 500 gerai ditempatkan di sekitar Stadium Melawati dan Stadium Shah Alam. Pengunjung begitu ramai sekali bukan sahaja mereka yang menghadiri muktamar malah mereka yang datang hanya untuk mencari produk usahawan Islam yang sukar didapati dalam variasi yang begini banyak dalam expo-expo yang lain.

Dari kepelbagaian produk kecantikan, produk kesihatan, produk percetakan dan multimedia, pakaian dan pelbagai citarasa makanan. Pertama kali merasa Nasi Ayam Roket yang diusahakan oleh Unit Amal Johor. Setakat ini belum jumpa lagi Nasi Ayam Roket di Negeri Sembilan, nasi yang dimasak dalam dulang dan disusun dalam rak dan ditutup dengan bekas seperti roket. Agaknya kalau buka restoran Nasi Ayam Roket di Negeri Sembilan boleh laris.

Anak gadis saya sempat membeli stokin 3 pasang RM 10. Katanya tak pernah jumpa stokin macam tu sebelum ni. Gadis penjual tersebut rasanya orang Terengganu dari loghat percakapannya.

Isteri pula beli produk kesihatan yang dikeluarkan oleh syarikat dari Kelantan. Tanya taukeh gerai ada tak cawangan di Senawang. Dia kata akan buka. Tanya punya tanya rupanya taukeh orang Rembau , kakak ipar dia duduk satu taman.

Dalam fikiran saya , kalaulah Muktamar PAS Pusat pada masa akan datang dibuat di Negeri Sembilan , sudah pasti akan merancakkan ekonomi para peniaga di Negeri Sembilan. Tak payah lah perlu setiap kali cuti sekolah orang Negeri Sembilan pergi Melaka, pergi Kelantan, pergi Langkawi untuk membeli belah. Kadang-kadang rasa malu pada orang luar apa nak dipromosikan di Negeri Sembilan ini.

Bukan para peniaga sahaja akan untuk. Malah para pengusaha hotel di Seremban, di Nilai, di Rembau juga akan untuk kerana ramai perwakilan dan pemerhati akan mencari tempat untuk menginap sempena muktamar. Para pemandu teksi pun akan untung. Penjual aiskrim, ramai lagilah.

Sebab itulah dalam kegawatan ekonomi sekarang ini , kita kena yakin, yang beri rezeki ialah Allah. Untuk merancakkan ekonomi, mereka yang berduit perlulah berbelanja , berbelanja secara berhemah.

Agak-agaknya mahu tak kerajaan negeri , pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan ini membenarkan diadakan Muktamar PAS di negeri ini ? Bukankah yang akan untung nanti orang Negeri Sembilan juga, para peniaga Negeri Sembilan juga , hotel-hotel di Negeri Sembilan juga ?

Sepertimana satu Ijtimak Terbesar Jemaah Tabligh http://ijtimakmalaysia.blogspot.com/ seluruh dunia akan diadakan di Nilai , Negeri Sembilan pada 9 hingga 12 Julai 2009 , sudah pasti secara tidak langsung merancakkan ekonomi para penduduk tempatan di sana.



20090607

Khidmat Kesihatan Percuma 14 Jun 09 Senawang

Program KKP (Khidmat Kesihatan Percuma) yang seterusnya akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Tempat: Pasti AMAL, Taman Marida , Senawang
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Aktiviti:
1. KKP
2. Jualan Amal
3. Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang
4. Peraduan Mewarna Kanak-Kanak PASTI/Tadika
5. Rawatan Bekam dan Refleksologi
6. Jualan Produk HPA/Muslim/Bumiputera

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/06/kkp-datang-lagi.html

20090606

Mogok lapar hingga mati di Iran dihargai

Sila ke laman web Faisal Tehrani yang menceritakan bagaimana Iran mengabadikan seorang bukan Islam bernama Bobby Sands yang mogok lapar hingga menyebabkan kematian di http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/06/bobby-sands-dan-imam-khomeini.html

PAS sepatutnya terhutang budi

Sahabat saya Pak Dharma ahli sasterawan dan pakar sejarah N.Sembilan juga seorang blogger veteran berkata PAS sepatutnya terhutang budi. Nak tahu sebab apa , baca ulasan beliau di http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2009/06/kebebasan-intelektual.html

Pemuda istimewa yang bersungguh ke muktamar

Namanya Azmir, seorang pemuda dari Kota , Negeri Sembilan. Bekerja hanya sebagai pekerja biasa di sebuah ladang ternakan ayam di Negeri Sembilan. Seorang pemuda yang agak istimewa , pemuda yang lurus , banyak bertanyakan soalan , kekadang menguji kesabaran kita.

Apa yang menariknya ialah semangat bersungguh-sungguh pemuda ini untuk hadir muktamar. Beliau menaiki bas, kemudian naik komuter, tak tahu jalan, naik teksi. Tidur di surau sahaja.

Adakalanya kita terlepas pandang orang yang macam ini. Tapi sebenarnya orang yang macam ini kita kena layan betul-betul, kita kena raikan, walapun dia lurus. Takut kita akan dipersoalkan diakhirat nanti kenapa kita pandang sebelah mata orang macam ini.

Walaupun Azmir ini pemuda biasa tetapi semangat kentalnya beliau sanggup hadir ke muktamar tanpa beri banyak alasan.

Bak kata pakar motivasi , kita perlu cari jalan , bukan cari alasan.

Untuk menyelesaikan apa-apa masalah, apa-apa konflik, kita perlu cari jalan , bukan cari alasan.

Sekitar Muktamar PAS Pusat 2009 , pemerhatian saya

Saya selaku perwakilan dari Kawasan Rembau telah berkesempatan menghadiri Muktamar PAS Pusat di Stadium Melawati , Shah Alam semalam 5 Jun 2009 dan hari ini 6 Jun 2009. Dan insyaAllah akan bersambung esok. Dari Rembau perwakilan lain ialah Yang Dipertua YB Hj Mohamad Taufek , Naib YDP Sdr Hassan Tamby, SU Kawasan Tn Hj Shukri dan Ustaz Mohd Nazri Yusof selaku Ketua Urusan Ulamak.

Apa yang menarik pada tahun ini ialah pemilihan pimpinan pusat. Sebelum ini saya tidak memberi komen mengenai pemilihan kerana saya lebih suka tunggu dan lihat , dan perhatikan gelagat media dan para blogger yang pro dan tidak pro pada sesetengah mereka yang dicalonkan.

Pada saya senang saja , tak kisah lah siapa yang menang, asalkan yang menang tu orang PAS. Walaupun saya ada pilihan saya sendiri , tapi saya tetap menyokong siapa yang terpilih. Yang penting matlamat perjuangan kita.

Walaubagaimana pun saya berpendapat dan saya amat menyokong penuh pandangan yang dikeluarkan oleh seorang perwakilan yang membahaskan ucapan dasar Presiden agar diberi panduan berkempen untuk calon atau agen calon , untuk mengelakkan kempen di belakang yang tidak sihat.

Bukan itu sahaja, pada saya calon perlu diperkenalkan dengan lebih dekat kepada para perwakilan agar para perwakilan kenal siapa pimpinan pusat yang mereka pilih. Dan pengenalan calon inilah yang perlu diadakan garispanduan agar setiap calon diberi peluang yang sama rata untuk memperkenalkan diri mereka, untuk mengetengahkan keupayaan dan kebolehan mereka.

Juga garis panduan kempen ini semestinya tidak mengetengahkan kelemahan dan keaiban calon-calon.

Bak kata salah seorang perwakilan , jawatan kepimpinan ini bukan satu yang diminta atau ditawarkan tetapi ianya adalah tanggungjawab, tanggung di dunia dan jawab di akhirat.
Kepada rakan-rakan blogger saya yang menyokong seseorang calon itu , janganlah kecewa. Yang bertanding berpeluk-peluk atas pentas, takkan kita para para blogger yang mempunyai citarasa tersendiri tak boleh berpeluk-peluk di belakang pentas ?

Untuk jawatan Pesuruhjaya Negeri-Negeri pula janganlah pula ada pihak yang melobi seseorang itu atau menjatuhkan seseorang itu. Bantulah semua calon-calon yang ada potensi tak kiralah siapa yang dilantik.

Salam perjuangan,

Rozmal bin Malakan , Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Rembau

Nota kaki : Saya telah ditemuramah oleh media dalam negeri dan antarabangsa. Tetapi kenyataan saya itu tak keluar. Agaknya kenyataan saya itu tidak boleh digunakan untuk memecahbelahkan sesama ahli ?

Kembara Angkasa 10,11 Jun 09 Kompleks Falak Melaka

KEMBARA ANGKASA ... Meneroka Keagungan Pencipta
Tarikh : 10 - 11 Jun 2009 ( Rabu – Khamis )
Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tg. Bidara, Melaka

Dibuka untuk anak-anak berumur 9 – 17 tahun
Program 2 hari 1 malam
Pengangkutan disediakan dari Seremban
Yuran : Hanya RM80/orang

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Bangi/KL : 03-89267462
Seremban : 06-6786931

Sebarang pertanyaan hubungi Us Shahrin Awaludin 017-6461750 / 03-89267462 atau emel e_rehal@streamyx.com ,
Laman Web http://e-rehal.blogspot.com

AKTIVITI MENARIK :
- Tayangan Planetarium & 3D
- Meneropong ke Angkasa
- Kembara Pantai
- Kembara Solat
- Tips Pelajar Cemerlang
- Lawatan ke Masjid Negeri Melaka

Anjuran Bersama : E-Rehal Training & Services Sdn Bhd

Maklumat lanjut mengenai kompleks falak al-khawarizmi pada lamanweb berikut http://www.al-azim.com/khawarizmi/

20090603

Orang Melayu Lenggeng juga akan hilang tanah

Nampaknya bukan Melayu Rembau sahaja dalam dilemma tanah mereka diambil untuk projek pembangunan. Apakah Melayu di Lenggeng , Negeri Sembilan bakal menghadapi nasib yang sama ?

Cerita nasib Melayu Rembau di sini http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html

RM22.4j naik taraf jalan di Lenggeng
Utusan Malaysia 3 Jun 2009
SEREMBAN 2 Jun - Kerajaan negeri memperuntukkan RM22.4 juta bagi kerja-kerja naik taraf pembinaan jalan raya di kawasan Lenggeng di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kos yang diperuntukkan itu meliputi pembinaan jalan serta bayaran pampasan terhadap tanah penduduk yang dibangunkan bagi tujuan berkenaan.

Katanya, usaha tersebut merupakan hasrat kerajaan negeri untuk menaik taraf jaringan jalan raya di sekitar negeri ini sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna dan penduduk kawasan berhampiran.

''Selain itu, ia juga merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat untuk menaik taraf jalan raya yang dibina di atas tanah milik penduduk kawasan itu sendiri.

''Sejak 40 tahun, penduduk berhampiran yang melibatkan empat perkampungan di situ terpaksa menggunakan jalan yang sempit kerana laluan itu dibina di atas tanah hak milik persendirian," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perletakan Batu Asas Kompleks Komuniti Desa, Pantai di sini hari ini.

Jelas Mohamad, demi memberikan keselesaan kepada pengguna serta melihat keperluan jaringan jalan raya di seluruh negeri perlu ditingkatkan, maka kerajaan telah membuat keputusan untuk membangunkan projek tersebut.

''Namun, terdapat kekeliruan yang berlaku antara penduduk di situ kerana mendapat penerangan yang salah tentang tujuan sebenar pembangunan tersebut dijalankan dan ada juga penduduk yang membantah kerana dihasut oleh orang luar yang bersikap dengki.

''Bagaimanapun, ramai penduduk yang telah bersetuju dan menyokong keputusan kerajaan negeri bagi menjalankan projek tersebut dan sebagai balasan kami akan memberikan pampasan sekiranya tanah mereka termasuk dalam kawasan projek," ujar Mohamad.

Di samping itu, Mohamad memberitahu, beliau sudah mengarahkan pegawai daerah dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri untuk bertemu penduduk bagi memaklumkan mengenai matlamat sebenar perlaksanaan projek tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Kisah sedih wanita muallaf di Rembau mencari tanah

Hari Sabtu 30 Mei 2009 emak saya telefon. Katanya ada orang kampung di Chengkau yang terlibat dengan pelebaran jalan Chengkau ke Astana Raja mengadu pada dia. Orang kampung tadi merupakan seorang wanita warga emas , seorang muallaf.

Rumah yang dibina adalah di atas tanah adat. Dia menyewa tanah dari tuan tanah. Maklumlah bukan mudah untuk beli tanah di Rembau ini dengan status tanah adatnya , status tanah rezab Melayunya.

Wanita tadi dapatlah pampasan untuk rumah sahaja. Memang tidak cukup untuk beli tanah di Rembau. Nak beli rumah di Rembau pula banyak projek perumahan yang terbengkalai, dan kalau ada pun tiada rumah yang ada pada kos rendah.

Itulah dilema yang dihadapi oleh orang Rembau sekarang ini akibat pelbagai projek kerajaan, projek landasan keretapi berkembar, projek pelebaran jalan Chengkau ke Astana Raja , projek pelebaran jalan ke Gunung Datuk.

Bukan orang Melayu sahaja yang terlibat malah orang bukan Melayu yang masuk Islam pun terlibat sama.

Cerita nasib orang Rembau langsung tidak mendapat perhatian media. Seolah-olah mahu disenyapkan terus. Kalau ada pun hanya disentuh sedikit.

Kepada mereka yang teraniaya. Sekiranya anda merasakan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya , tuntutlah hutang di akhirat kepada mereka yang bertanggungjawab samada Menteri , Menteri Besar , Wakil Rakyat , Pegawai dan sebagainya. Tuntutlah pahala solat , pahala haji , pahala zakat , pahala sedekah dari mereka-mereka ini. Kalau pahala mereka tak cukup , serahkanlah dosa-dosa anda kepada mereka agar mereka pikul dosa-dosa anda di akhirat nanti. Kerana di dunia ini suara-suara anda adalah suara-suara yang disenyapkan.

Kisah nasib-nasib orang Rembau tanah mereka diambil pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html

Kisah nasib-nasib orang Rembau yang terlilbat dengan projek perumahan terbengkalai pada pautan berikut http://terbengkalai.blogspot.com/2008/05/pembeli-rumah-di-parlimen-rembau-tiada.html

Sentral: 'Pampasan mesti setimpal
23 January, 2008 - 06:12
REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.
http://panduan.org/node/61156
http://amkns.blogspot.com/2009/05/sentral-pampasan-mesti-setimpal.html

Seminar Kecemerlangan Remaja 10 Jun 09 Seremban

SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA
Tarikh : 10 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan As-Syatibi, Sek. Men Islam As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Senawang

Motivator : Saudara Roshidi Shaari dari MAP Training & Consultancy Sdn Bhd (Motivasi Alihan Pelajar http://www.laman-map.com )

Peserta : Pelajar 10 hingga 15 tahun
Yuran : RM 70 sahaja

Hubungi:
Pn. Kaslawati Kassim 019-6230101 anaksemut2003@yahoo.co.uk
Ustazah Khasliza Sapuan 019-6828308

Maklumat Lanjut http://krimns.wordpress.com/2009/06/02/program-cuti-sekolah-sertai-seminar-kecemerlangan-remaja/

Anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama Kelab Asybal & Zahrawat ISMA Cawangan Seremban

TENTATIF PROGRAM
8 pg – Pendaftaran
9 pg – Slot 1 : Jatidiri Positif – Cemerlang Dunia , Gemilang Akhirat
10:30 pg – Minum pagi
11 pg – Slot 2 : Motivasi & Teknik Belajar Yang Berkesan
12:30 tgh – Makan tengahari
1:30 ptg – Solat Zuhur
2 ptg – Slot 3 : Tips Pelajar Cemerlang
3:30 ptg – Majlis Perasmian & Penutup
4 ptg – Minum Petang & Bersurai

Khemah Ibadah Remaja 5 ke 7 Jun 09 Seremban

PROGRAM KHEMAH IBADAH
Tarikh : 5 - 7 Jun 2009 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Sek. Men Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan , Seremban
Terbuka : Umur 10-12 Tahun
Yuran : RM 20
Pendaftaran sebelum Khamis - 06-7630789/ 016-2113484 (Zie)

Anjuran : Angkatan Belia Islam Malaysia N.Sembilan.

20090601

Surau di N.Sembilan Boikot 7 Eleven


Sebuah surau di Senawang telah memulakan Kempen Boikot 7 Eleven Selagi Arak Dijual dengan menggantung kain rentang di perkarangan surau tempat laluan utama orang ramai dari taman-taman berhampiran.

Khutbah Jumaat sempena Masjid Aqsa ditawan

Sempena memperingati An_Naksah (kekalahan) , pada 5 - 10 Jun 1967, hari di mana Masjid al-Aqsa ditawan oleh regim Zionis, disertakan teks khutbah An-naksah untuk dibaca dalam khutbah Jumaat 5 Jun 2009 ini pada pautan berikut http://rozmal.blogspot.com/2009/06/khutbah-jumaat-palestin-naksah.html