
Semoga usaha kita yang sedikit ini akan menjadi jawapan di akhirat nanti jika di tanya apakah usaha kita di dunia dalam menangani kegiatan judi di kalangan umat Islam di Malaysia.
Terjemahan Al Quran surah Al Maidah ayat 90 dan 91 :
[90]
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[91]
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?


0 comments:
Post a Comment