KECEWA...Nortijah dan Omar menunjukkan salinan laporan polis dan salinan lesen pemandu dan kad pengenalan Azuwan.
Harian Metro 22 Jun 2009
KUALA LUMPUR: Kecuaian sepasang suami isteri yang kesempitan wang menjual kereta tanpa menukar nama pada geran kenderaan yang dijual itu memakan diri apabila pembeli gagal melunaskan ansuran bank.
Mangsa, Omar Jabar, 50, seorang pengawal keselamatan tidak menyangka tindakannya menjual kenderaan berkenaan kepada orang lain memberi padah apabila lelaki itu tidak membayar ansuran bulanan sejak tujuh bulan lalu.
Menurutnya, kereta berkenaan terpaksa dijual kerana ia sering mengalami kerosakan dan kos membaikinya mencecah RM1,800.
“Ketika itu, kami mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar kos membaiki kereta berkenaan dan membuat keputusan menjualnya.
“Mekanik yang membaiki kereta itu memaklumkan rakannya berminat membeli kereta itu dan bersetuju menyambung bayaran ansuran bulanannya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini.
Menurut Omar, tanpa mengesyaki sesuatu, mereka menyerahkan kereta itu kepada rakan mekanik terbabit yang dikenali sebagai Azuwan yang turut melangsaikan bayaran membaiki kereta berkenaan.
“Kos membaiki kereta RM1,800 itu dibayar Azuwan sebagai wang pendahuluan membeli kereta kami dan dia berjanji menyambung bayaran ansuran bulanan,” katanya.
Omar berkata, selang beberapa hari lelaki itu menghubungi isterinya dan memaklumkan terdapat kerosakan pada kenderaan dan terpaksa menghantarnya semula ke bengkel.
“Azuwan memaklumkan kos membaiki adalah RM1,300 dan dia mendahulukan duitnya serta meminta saya membayar semula. Dalam keadaan begitu, saya membuat pemindahan melalui bank untuk menggantikan duitnya,” katanya.
Namun, selepas itu, dia dan isteri, Nortijah Talib, 49, terkejut apabila dihubungi bank yang memaklumkan sudah lima bulan bayaran ansuran kereta itu tertunggak.
Menurutnya, Azuwan turut meninggalkan salinan lesen pemandu dan kad pengenalan kepadanya dan mereka pernah mencarinya, namun gagal.
“Pihak bank juga sudah berusaha mencarinya, namun menemui jalan buntu, malah dia juga gagal dihubungi,” katanya.
Azuwan yang beralamat di Kodiang dan Bandar Baru Salak Tinggi berusia 23 tahun turut mendakwa dirinya sebagai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi.
“Kami minta dia tampil menyerahkan semula kereta itu kerana bimbang ia digunakan untuk perkara tidak baik,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat Azuwan diminta menghubungi Nortijah di talian 017-3734276 atau 017-3473491 .
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090622065117/Article/index_html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan