KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090625

HIMPUNAN MANSUH ISA


SABTU 1 OGOS 2009

Di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun. Maklumat lanjut di http://lailagmi.blogspot.com/2009/06/sila-block-sabtu-1-ogos-2009.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isa adalah bagi menjaga keselamatan negara dan terpakai terhadap semua orang. Dalam hal ini,orang politikpun tidak boleh dikecualikan kerana acapkali merekalah yang menghuru-harakan keadaan. Perlu faham falsafah bahawa negara tidak menjawab kepada orang politik, sebaliknya orang politiklah dikehendaki menjawab kepada negara bahawa tindak tanduk mereka tidak mengancam keselamatan negara. Sememangnya ISA adalah undang2 sah yang berkesan mengekang apa jua tindakan covert atau overt terhadap keselamatan negara. Maka mana-mana orang yang “corner baring” menghuruharakan keadaan, ISA (bukannya mahkamah) adalah sebaik-baik kaedah mengekang perbuatan mereka. Perlu faham juga bahawa ISA adalah Undang2 Tuanku bukan UMNOpunya, maka orang politik tak kira UMNO atau pembangkang sama-sama terikat dengan ISA – maka jangan ada sesiapa, ada mana-mana golongan nak “corner baring”, kesudahannya jatuh terbaring. Perlu faham bahawa fahaman sosialisme, republik dan komunisme sebenarnya bertentangan dengan konsep raja berpelembagaan yang diamalkan diMalaysia.
Apa yang saya nampak, pemansuhan ISA yang diwawarkan lebih bersifat kepentingan politik bukannya bersifat kepentingan negara. Yang perlu dipertekankan sepatutnya adalah keharmonian, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan. Masaalah rumah2 terbengkalai dan pemaju-pemaju yang banyak melakukan penipuan terhadap pembeli2 – apakah mahkamah dan kerajaan telah dapat membendung penyangak-penyangak tersebut dengan Akta Perumahan? Kanun Keseksaan ataupun Undang2 Rasuah? Ini baru hal kesejahteraan rakyat belum lagi keselamatan negara!
Orang-orang yang menyalahgunakan ISA yang perlu diambil tindakan bukannya undang2 itu. Dan mereka-mereka yang tidak menggunakan ISA dalam keadaan sepatutnya juga sebenarnya telah juga bertindak mengancam keselamatan negara dan perlu diambil tindakan.
Ramai tentera dan polis persik mati tanpa anak-isterinya dibela dalam usaha mereka merisik demi keselamatan negara. Perbuatan-perbuatan underworld, mafia dan kumpulan gelap yang melacurkan perempuan-perempuan, pengedaran dadah, peras ugut, ahlong dan perbuatan maksiat-maksiat yang lain, pengganas-pengganas yang kita ketahui dan tidak diketahui, apakah kamu bersedia menjadi saksi terhadap mereka itu dimahkamah? Apakah kamu bersedia menjadi perisik (dengan berpura-pura menjadi kawan baik mereka) terhadap perbuatan penyangak2 tersebut? Mereka-mereka berjuang dan bergadai nyawa dengan penyangak-penyangak agar rakyat dapat hidup dan tidur aman dan damai. Apakah mekanisme dan cara negara merisik tindakan overt dan covert musuhnya perlu didedahkan? Dalam rumahtangga pun ada rahsia, dalam perniagaan pun ada rahsia, inikan pula negara.
Fikir masak2 dan jangan terlalu mengikut perasaan.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin