KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090603

Kisah sedih wanita muallaf di Rembau mencari tanah

Hari Sabtu 30 Mei 2009 emak saya telefon. Katanya ada orang kampung di Chengkau yang terlibat dengan pelebaran jalan Chengkau ke Astana Raja mengadu pada dia. Orang kampung tadi merupakan seorang wanita warga emas , seorang muallaf.

Rumah yang dibina adalah di atas tanah adat. Dia menyewa tanah dari tuan tanah. Maklumlah bukan mudah untuk beli tanah di Rembau ini dengan status tanah adatnya , status tanah rezab Melayunya.

Wanita tadi dapatlah pampasan untuk rumah sahaja. Memang tidak cukup untuk beli tanah di Rembau. Nak beli rumah di Rembau pula banyak projek perumahan yang terbengkalai, dan kalau ada pun tiada rumah yang ada pada kos rendah.

Itulah dilema yang dihadapi oleh orang Rembau sekarang ini akibat pelbagai projek kerajaan, projek landasan keretapi berkembar, projek pelebaran jalan Chengkau ke Astana Raja , projek pelebaran jalan ke Gunung Datuk.

Bukan orang Melayu sahaja yang terlibat malah orang bukan Melayu yang masuk Islam pun terlibat sama.

Cerita nasib orang Rembau langsung tidak mendapat perhatian media. Seolah-olah mahu disenyapkan terus. Kalau ada pun hanya disentuh sedikit.

Kepada mereka yang teraniaya. Sekiranya anda merasakan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya , tuntutlah hutang di akhirat kepada mereka yang bertanggungjawab samada Menteri , Menteri Besar , Wakil Rakyat , Pegawai dan sebagainya. Tuntutlah pahala solat , pahala haji , pahala zakat , pahala sedekah dari mereka-mereka ini. Kalau pahala mereka tak cukup , serahkanlah dosa-dosa anda kepada mereka agar mereka pikul dosa-dosa anda di akhirat nanti. Kerana di dunia ini suara-suara anda adalah suara-suara yang disenyapkan.

Kisah nasib-nasib orang Rembau tanah mereka diambil pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html

Kisah nasib-nasib orang Rembau yang terlilbat dengan projek perumahan terbengkalai pada pautan berikut http://terbengkalai.blogspot.com/2008/05/pembeli-rumah-di-parlimen-rembau-tiada.html

Sentral: 'Pampasan mesti setimpal
23 January, 2008 - 06:12
REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.
http://panduan.org/node/61156
http://amkns.blogspot.com/2009/05/sentral-pampasan-mesti-setimpal.html

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam jang,

ekau dah poie siasat botul-botul ko jang.. ko jangan nak buek-buek cerito pulak.. mualaf cino tu dah dapek pampasan RM 70,000.00.. dio kono buek rumah baru dianjakkan ke belakang laie.. nak anjak an tu belanjo tak sampai RM30,000.00 dah dapek yang cantik jang.. tuan tanah takdo hal do..

muallaf tu laki dio melayu.. cikgu laie ado lulusan master luar negaro.. cerito kao ni macam nunjuk an mualaf tu hidup daif bona.. jangan menokok tambah cerito jang... elok2 persepsi kek org kampung kek muallaf tu karang jadi persepsi buruk jang.. ingat tu jang.. ekau bawak cerito ni..

kau janganla nak mengarut rumah kos rondah kek rombau ni takdo.. kut mualaf tu nak boli rumah baru pun dio bukan setakat dapek low cost.. medium cost pun dapek.. kek podeh tu melambak rumah..

ko jangan buek fitnah jang buruk-buruk an orang domi perjuangan YB B.A.B.I ko tu..

ayat ko sodap didonga tapi awas jang.. siasat dulu.. jangan main tabur menokok tambah yo.. ingat tu jang..

- parti jahat, kato eh -

cheguBard berkata...

wahai penjawab tidak bernama maklumat sdr salah !