KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090611

TEKUN , MARA dll perlu bersikap macam Ah Long


Berikut ialah gambar yang diambil di taman-taman perumahan sekitar Senawang pada 10 Jun 2009.

Gejala Ah Long semakin menjadi-jadi seolah-olah tiada penyelesainnya. Keadaan ekonomi yang lembap dan gawat memburukkan lagi keadaan.

Salah satu pendekatan mudah untuk menangani gejala Ah Long ini ialah semua agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan urusan memberi pinjaman seperti TEKUN , MARA , Jabatan Kebajikan Masyarakat , Baitul Mal , Majlis Agama Islam , Bank , Pejabat Wakil Rakyat yang mendapat geran dari kerajaan negeri dan sebagainya haruslah bertindak seperti Ah Long dalam kesungguhan mereka membantu mereka yang memerlukan bantuan terutama golongan peniaga.

Perhatikan sahaja kesungguhan Ah Long mengedar kad-kad perniagaan mereka dari pintu ke pintu rumah , ke setiap cermin kereta , mana saja dinding yang ada ruang tampal mereka tampal , setiap tiang elektrik dengan sepanduk dan kain rentang.

Mudah sahaja cara iklan mereka letak nombor telefon sahaja. Yang pasti sesiapa yang telefon agen Ah Long ini akan turun padang jumpa pelanggan.

Ada kita tengok TEKUN , MARA , Jabatan Kebajikan Masyarakat , Baitul Mal , Majlis Agama Islam , Bank , Pejabat Wakil Rakyat yang mendapat geran dari kerajaan negeri buat pendekatan macam Ah Long ? Edar setiap rumah nombor telefon yang mudah dihubungi , bukan nombor telefon yang tidak diangkat-angkat ?

Sekarang nak salahkan siapa dalam kes Ah Long ini ? Adakah nak salahkan Ah Long semata-mata , atau nak salahkan peminjam semata-mata atau agensi berkaitan pun ada salahnya ?

Cuba tanya peniaga di tepi jalan mereka tahu tak nombor telefon TEKUN , mereka tahu tak nombor telefon Baitul Mal dan sebagainya ? Kalau tahu pun pasti susah hendak mendapatkan pegawai untuk turun padang , para peminjamlah perlu mencari-cari mana pejabat TEKUN , mana pejabat MARA , mana pegawai Bank , mana , mana , mana.

Kawan saya berniaga roti canai , dia kata macamana nak pinjam TEKUN. Saya kata tak payah penat-penat nak cari TEKUN, biarlah saya dan rakan-rakan lain kumpul duit bantu dia. Tak banyak pun cuma RM 1000 , tapi kalau dia pinjam Ah Long faedahnya berlipat ganda, kalau dia pinjam TEKUN berjela kertas kerja dan karenah birokrasinya.

Fikirlah sendiri. Siapa yang ada kuasa tu fikirlah sendiri, jangan main arah saja, jangan kejap-kejap suruh buat kertas kerja. Suruh polis turunkan poster Ah Long dan sebagainya.

3 ulasan:

Elizabeth Wong berkata...

Susah sikit isi borang dan sediakan kertas keja apa salahnya jika dibandingkan ngan susahnya nak melayan karenah Ah Long..

Takkan nak org suap je kemulut..

Tanpa Nama berkata...

poik..

ekau tau tak Tokun dan MARA dah takdo duit pasal longgarkan syarat pinjaman kepado peniago dan pelajar berpuloh-puloh tahun sobolum ni..
belakang eh hampeh peniago dan pelajar ni taknak bayar balik.. duit tu dah jadi hak milik sendiri..
lamo-lamo sok Tekun & MAra pun berkubur macam MECD..
pikir-pikirkanlah kenapo sekarang ni nak pinjam duit syarat eh kotat..
macam mano pun eden sokong satu statement kao kumpul duit tolong kawan.. itu lahpatut kito buek.. sapo lagi nak pecayo lagi kek kito kut tak kengkawan.. nak kutip hutang pun sonang pasal dah konal..


- parti jahat, kato eh -

lhakim berkata...

aku sokong anon..orang melayu marah bila syarat pinjaman diketatkan sikit..tapi kenapa bila orang melayu tak bayar pinjaman xder sorang pun bela wang pembayar cukai yg depa buat macam reta sendiri?? ada sapa nak jawab?

untuk makluman kalau nak pinjam di mara dan tekun tak memerlukan kertas kerja..isi borang saja..kalau nak isi borang pun org melayu kata itu birokrasi, nak mudah macamana lagi