KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090708

Beli Minyak Pelincir Boleh Bantu Bina Tahfiz di Sabah


SUDAH lama Nazrey Johani, bekas penyanyi utama kumpulan Raihan, memendam impian untuk mengasaskan sebuah kampung tahfiz di tanah kelahirannya, Ranau, Sabah.

Menyedari tidak banyak sekolah agama sedemikian wujud di negeri terbabit, Nazrey berazam untuk menghidupkan semula suasana pembelajaran agama dan hafazan al-Quran dalam keadaan lebih sempurna.

Azamnya itu makin kuat dan hampir pasti menjadi kenyataan apabila penyanyi ini bertindak menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengasaskan Titan Loyal Marketing Sdn Bhd, April lalu.

Sejak Mei, dia mula memasarkan produk minyak pelincir diberi nama Titan Power Motor Oil.

Sebagai pengarah syarikat dan duta bagi jenama berkenaan, Nazrey berkata, sebahagian keuntungan akan turut disalurkan pada pembinaan kompleks lengkap kampung tahfiz termasuk kemudahan riadah serta rumah tumpangan, yang dijangka menelan belanja sehingga RM1 juta secara keseluruhan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai minyak pelincir yang mampu meningkatkan prestasi enjin kereta sehingga 15,000 kilometer itu, mereka boleh melayari laman sesawang http://www.titanloyal.com/ atau hubungi Md Noor 019-4568490, Azman 012-3971566 dan Nazrey sendiri 012-9131566. Mereka juga boleh menulis ke alamat titantime4u@yahoo.com

Mereka di N.Sembilan boleh dapatkan Minyak Pelincir ini daripada :
Haji Shukri 017-2446215 ( Agen – Senawang )
Haji Samijan 019-2273564 ( Agen – Senawang )
Pakatan Arif 019-2273564 (Stokis Seremban )

Mereka yang ingin menjadi agen juga dialu-alukan.

**************************
Utusan Malaysia 7 Jun 2009
Titan Loyal teroka pasaran Johor

JOHOR BAHRU 6 Jun - Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd. (TLMSB) yang mengeluarkan produk minyak pelincir berjenama Titan Power Motor Oil berhasrat meneroka pasaran di seluruh negeri ini secara agresif menjelang pertengahan bulan ini.

Pengarah Urusannya, Nazrey Johani berkata, langkah itu berdasarkan keyakinan tinggi ke atas potensi pasaran yang besar bagi produk itu memandangkan jumlah pengguna kereta yang ramai di Johor.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

1 ulasan:

diod berkata...

bagaimana mutu minyak ini ?

coba buat promosi di groups berikut :

http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/