BERSAMA HABIB UMAR

DOA KESELAMATAN DARIPADA WABAK SELSEMA BABI

Pautan berikut mengandungi Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan Daripada Segala Penyakit yang dipanjangkan oleh Dato Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad semasa beliau menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus BLOG_Dato Hj Mohd Murtadza

JOM BANTU RAKYAT PALESTIN

Hulurkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin melalui NGO-NGO antaranya :
Yayasan AMAL Malaysia http://www.amalmalaysia.net
AMAN Palestin http://www.amanpalestin.org

20090705

Takkan nak makan batu rumah kata Undang Rembau

Dua minggu lalu, saya berkunjung ke Balai Undang Rembau menemui YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Othman. Sempat juga bertanya kepada YTM mengenai tanah adat terbabit kerana ianya turut melibatkan tanah pesaka YTM iaitu 'Kampung Tebat'. Justeru, YTM sekadar membangkitkan penduduk-penduduk tak menolak pembangunan, tetapi kalau dibayar RM40 ribu hanya cukup bagi downpayment sebuah rumah. Apabila mereka hilang mata pencarian, bagaimana untuk memulakan penghidupan baru selepas kehilangan tanah pesaka yang diwarisi turun temurun. Secara sinis YTM memberitahu, "Takkan mereka nak makan kayu dan batu rumah yang dibeli, seelok-eloknya fikirkan juga masa depan mereka."

Ikuti kisah nasib orang Melayu Rembau ketika pertemuan sasterawan Dharmala NS bersama YTM Undang Rembau pada pautan berikut http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2009/07/warkah-sasterawan.html

0 comments: