KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090701

Biasiswa Nasional , Melayu masih leka, melepak

Bangsa Melayu harus berubah, harus menerima hakikat, zaman hak istimewa orang Melayu, zaman biasiswa dan sebagainya lama kelamaan akan berkurangan dan mungkin terus lenyap.

Bermula dengan konsep meritokrasi untuk masuk universiti sekarang ini dengan pengenalan Biasiswa Nasional. Siapa bijak dia akan diberi keutamaan. Inilah cabaran dunia era globalisasi, cabaran hak sama rata.

Namun orang Melayu , terutama anak-anak muda masih leka, masih alpa , masih melepak. Tengok sendiri di taman perumahan saya , betapa ramai anak remaja Melayu selepas waktu sekolah mundar mandir tanpa arah.

Dari lepas waktu sekolah hinggalah ke lewat senja bahkan ke tengah malam. Yang ada motosikal , naik motosikal ke hulu ke hilir , pergi rumah kawan , pergi kedai , tanpa arah tujuan. Emak ayah pun seolah-olah memberi lampu hijau membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa arah tujuan.

Itu yang bab melepak , naik motosikal. Itu belum lagi yang hisap rokok. Boleh katakana peratusan hisap rokok amat tinggi di kalangan remaja sekolah. Pemerhatian di taman perumahan rumah saya boleh dikatakan lebih 90 peratus pelajar sekolah menengah lelaki menghisap rokok. Dan ada yang menjadi perokok tegar. Bilangan pelajar sekolah rendah yang menghisap rokok mungkin sekitar 10 peratus.

Apa nak jadi bangsa Melayu kita , anak-anak kita ? Isteri saya yang mengajar di sekolah menengah mengatakan pelajar bukan Melayu di tingkatan menengah atas lebih ramai menerima biasiswa dari pelajar Melayu.

Namun pelajar Melayu masih leka, masih mundar mandir , masih melepak , masih merokok , masih membuang masa di kafe siber. Selepas ini had matapelajaran SPM 10 atau 11 subjek jika pelajar sekolah agama. Makin bersaing lagi pelajar Melayu dengan pelajar bukan Melayu.

Ibu bapa dan guru perlu sama-sama membimbing anak bangsa kita. Kereta dan rumah sekadar keperluan , bukan impian atau cita-cita. Apa guna berlumba-lumba buat banglo di dunia tetapi ala kadar buat banglo di akhirat ? Apa guna berlumba-lumba berkereta sedikit mewah tetapi anak-anak kita hilang daya saing , hilang daya juang ?

Fikirlah sendiri.

Kesatuan dan perpaduan Melayu bermula di rumah kita , bermula di kejiranan kita , bermula di masjid dan surau kita.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” ( Al Imran : 103 )

1 ulasan:

Unknown berkata...

Saya amat bersetuju dengan luahan, keprihatinan serta kerisauan tuan mengenai isu yang tuan bicarakan.

kalau nak dihujahkan sudah ramai yang telah memberikan kaedah yang bernas dan praktikal...namun malangnya...berapa ramai ibu bapa yang membaca atau cuba untuk membetulkan keadaan anak-anak mereka.

Mereka sendiri yang membentuk anak-anak sebegitu...ada yang memanjakan mereka tak tentu hala...hinggakan sampai remaja mereka jadi spoiled child!

Pasal merokok...nak ayah tegur? Diri sendiri perokok tegar, menghisap rokok depan anak-anak atas alasan 'aku orang tua'. Bila anak-anak dah jadi perokok tegar pada usia yang amat muda, mereka tak dapat nak kata apa sebab mereka sendiri bermula sejak muda!!!

Bila ayah ditegur dek jiran apalagi cikgu, ada yang mengatakan tahu anak-anak ini merokok...tapi tak dapat nak tegur sebab fikir anak-anak dah boleh fikir sendiri...jadi macamana gejala merokok ini tak berleluasa..?

Pasal melepak pulak...nak marahkan anak-anak pun tak boleh sedangkan ada juga ayah-ayah yang suka menebeng di kedai kopi atau mana-mana yang boleh berjumpa dan berbual hingga lewat petang..!

Nak harapkan Mak...ada mak yang dah tak tau nak kata apa...dah dileter pun tak masuk..bila refer pada ayah...ayah buat donno je...

So macamana perkara ini tak jadi penyakit? Ramai ibu bapa yang mengharapkan anak-anak berjaya tetapi mereka sendiri tak reti nak usahakan untuk membimbing anak-anak untuk berjaya...alasannya 'pandai korang la...korang dah besar...'

Natijahnya anak merasa bebas dengan apa yang mereka lakukan tanpa rasa bersalah sebab mendapat petunjuk daripada mentor yang paling dekat...

Bermula dari entiti kecil inilah bila disatukan dengan entiti yang mempunyai masalah sama, bergabung menjadi masyarakat...

Bila dah masayarakat setempat mempunyai sikap begitu maka lama-kelamaan ia membentuk budaya...seterusnya menjadi identiti sesuatu masyrakat atau kaum...

Apa sahaja tentang Melayu ni ada sahaja kelemahannya..tak minat membaca, tak berdaya saing, tak matang...ini semua bergantung kepada bimbingan keluarga...

Ayuh bangkitlah...berubahlah...

Wallahualam...