Dari Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w pernah ditanya, "Siapakah orang yang paling bijak wahai Muhammad?", maka Nabi menjawab, "Orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling banyak bersedia untuk menghadapinya".
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Percaya atau tidak sekarang ini Julai 2009 ada orang yang umurnya hampir 200 tahun. Emak dan ayah saya pernah beberapa kali orang tersebut. Seorang yang kuat beramal ibadah. Masih sihat dan masih buat kerja-kerja kampung menyara diri sendiri dan keluarga.
Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesetengah manusia. Itu semua membuktikan kebesaran Allah.
Ada orang yang sihat masih muda , mati pada usia muda, kerana ajalnya sudah ditetapkan oleh Allah. Tidak cepat dan tidak lewat barang sedetik.
Semalam saya menziarahi dua orang anak muda di Rembau yang meninggal dunia pada usia muda akibat kemalangan kereta. Kemalangan adalah penyebabnya sahaja, ajal maut di tangan Allah. Sedangkan sebelum itu mereka sihat dan ceria.
Ramai orang yang tua-tua berpangkat datuk dan nenek ada yang sihat , ada yang uzur, masih panjang umurnya kerana ajalnya belum sampai. Anak , cucu , cicit ada yang dah meninggal dunia , tapi datuk moyang masih hidup. Itulah kebesaran Allah.
Pagi tadi saya berbual cerita ini di kedai roti canai Taman Alamanda, datang seorang sahabat, dia pun kata atas moyang dia masih hidup lagi , umur 130 tahun, masih sihat. Dia pun tak tahu nak panggil apa sebab atas moyang. Dan dia sendiri tak tahu apa sebab lepas cicit, oneng. Mungkin neng oneg agaknya.
Itulah kebesaran Allah. Jadilah kita orang yang bijak dengan banyak mengingati mati, dan membuat persiapan untuk kehidupan selepas mati.
Sekiranya semua umat Islam di Malaysia ini sentiasa mengingati mati dan sentiasa membuat persiapan menghadapi dan hidup selepas mati, pasti aman , makmur , selamat Malaysia , tiada huru hara, tidak perlu bincang kerajaan perpaduan, masing-masing bertolak ansur, menyeru kepada kebaikan , mencegah kemungkaran , masjid surau semua akan penuh, tidak risau dengan wabak bala Selesema Babi.
1 ulasan:
Salam Bro, very interesting tuh! I'd like to meet them both. My wife's aunty pun dah umur around 109 tahun, dok kat Tmn Melewar. Masih sihat mentally and spiritually, everyday baca qur'a kat umah...
Catat Ulasan