KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090719

Zikir Rock gegarkan kenduri kahwin

Hari ini Ahad 19 Julai 2009 saya sempat menghadiri satu majlis kenduri kahwin di rumah sahabat saya Sulaiman di Taman Cempaka , Senawang. Mulanya saya ingat dengar muzik ingatkan macam biasalah ada karaoke. Bila dah dekat , terperanjat bukan karaoke tapi kumpulan nasyid yang agar ramai tidak kurang 20 orang , dari kanak-kanak hinggalah dewasa semuanya lengkap berjubah dan berserban.

Hadiri yang hadir terpegun dan terpesona memerhatikan persembahan mereka. Kalau selama ini banyak kenduri kahwin di Negeri Sembilan ini penuh dengan karaoke sampai orang dah tak heran, bila ada satu kenduri kahwin yang bawa satu kumpulan nasyid zikir semuanya terpegun , dengan alunan zikir dan pakaian lengkap jubah dan berserban.

Lalu saya tanyalah kawan saya kumpulan nasyid ni dari mana , dia kata ni Ikhwan punya, anak murid Sheikh Murtadza ( Dato Hj Murtadza mantan Mufti N.Sembilan) dari Pondok Padang Tumbuh , Melaka.

Tiada apa yang lebih menenangkan jiwa dari alunan zikir yang memuji kebesaran Allah. Hiburan lain yang melalaikan hanyalah melupakan sementara masalah yang dihadapi , tidak seperti alunan zikir hiburan yang menenangkan jiwa.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah moga selepas ini akan lebih banyak lagi kenduri kahwin atau majlis keraian lain yang menghidangkan zikrullah yang sememangnya menenangkan jiwa...

Tanpa Nama berkata...

slm. kalau fikir dgn akal, nampak mcm baik, tetapi kalau ikut sunnah dan ajaran nabi, xpernah wujud. rasa saya zaman nabi pun ramai je sahabat2 nabi + nabi sendiri pun kahwin, tapi rasanya xde pula nabi suruh sahabat2 buat zikir rock mcm tu...fikir-fikirkanlah...yang terbaik adalah mengikut hadith yang sahih..wallahuta'ala 'alam.

Tanpa Nama berkata...

inilah namenye salah satu method berdakwah..zaman nabi dulu ade ke yang bernasyid mcm inteam?xde..jadi anggaplah ini satu pendekatan dakwah Islam yang baru..

Mohd Shaiful berkata...

Isi asal penulis tentang adanya hiburan dakwah yang menggantikan hiburan lagha di tempat yg kuat memegang tradisi hiburan lagha ni. Raikanlah mereka2 yang berdakwah menggunakan pelbagai kaedah ini. kita yg mampu ceramah atau tulis kitab teruskanlah. yang dikurniakan Allah dgn bakat dan berjuang ke jalannya kita sokonglah.

Tanpa Nama berkata...

Hello Mr/Mrs anonymous, zaman nabi dulu ada internet ker? enta ada duduk dalam itu zikir rock ka? Enta ada dengar itu zikir rock ka? Ilmu letak kat lutut inilah jadinya. Awak ikut sangat sunnah ker sampaikan memberi salam pun cukup dengan 'slm' ni sunnah salam apa ni?