KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090726

Keluhan warga emas Rembau khidmat Telekom Malaysia

Rakyat Malaysia sekarang ini mempunyai banyak pilihan talian telefon, samada talian tetap, pra bayar , pasca bayar dan sebagainya.

Dulu hanya ada Telekom Malaysia atau sekarang dikenali sebagai TM. Dulu saya juga guna talian tetap, tetapi sebab anak-anak main telefon , bil sampai beratus ringgit sebulan, terus dipotong, guna talian pra bayar mudah alih. Lebih murah dan mudah dikawal.

Pada mulanya sukar juga untuk memotong talian tetap TM, pelbagai pertanyaan di tanya. Akhirnya saya terus pergi ke kedai TM , bawa telefon dan minta tolong dipotong.

Semalam 25 Julai 2009 , saya berjumpa dua orang warga emas di Rembau yang ada talian telefon tetap. Mereka mengeluh bukan main susah nak potong talian tetap TM. Pada mereka cukup sekadar ada talian pra bayar mudah alih. Tak perlu risau bayaran yang berlebihan setiap bulanan.

Itu baru dua orang warga emas di Rembau yang saya jumpa, tidak tahu berapa lagi yang lain.

Oleh itu saya menyerulah agar pihak TM dan Menteri yang berkaitan yang dari Jelebu tu agaknya , prihatinlah sikit orang kampung ni. Mereka nak berulang alik ke pejabat TM mereka dah tua, kalau mereka nak potong talian tetap tu, cepat-cepatlah layan.

Kesian tengok warga-warga emas di kampung-kampung ni terpaksa berjimat cermat nak bayar pelbagai bil.

4 ulasan:

Ramlan berkata...

bil TM tu atas nama siapa ? Tuan punya pergi ke TM point bawa telefon, ambil nombor, cakap nak potong. tak perlu bayar apa-apa. Tunggu bil terakhir dgn sewa bulanan rm0.00

Kalau atas nama atuk/nenek tu lagi senang. Tak payah bayar langsung. Bila bil lepas cagaran rm75 line kena potong. lepas tu tunggu la surat dari peguam. Saman la warga emas.

Tu la nak potong susah baik tak payah bayar bil.

Tanpa Nama berkata...

Nak potong telefon rumah....nak potong potong la...masa nak sangat telefon,sibuk nak pasang,bila tak sanggup bayar heboh nak potong.Ikut la prosedur,masa nak pasang,sanggup beratur di TMPoint( masa tu kedai Telekom ),masa nak potong,tak mahu pula nak pergi ke TMPoint....saya dah banyak jumpa warga emas kawasan Rembau ni yang ada masalah nak potong talian tetap ni.Masa tak ada kemudahan,heboh jumpa Yb,mak kemudahan telefon,bila dah ada ,sibuk nak potong. Sedarla wahai orang-orang Rembau,jangan sebab kemudahan ini nak dipolitikkan,ada tempat langsung tiada kemudahan seperti yang ada di Rembau ini.Kekadang saya malu la dengan sikap orang Rembau ni,mudah lupa.

Aku Anak Biduanda Waris berkata...

2/

Nak potong telefon rumah....nak potong potong la...wahai anak-anak Rembau,saya berani berkata sebab saya anak Rembau juga,kalau mak dan ayah masing-masing sibuk nak potong telefon,saya mahu berkongsi pengalaman saya disini,cuba kamu semua sekiranya mak dan ayah sakit tiba-tiba,telefon talian tetap la yang digunakan menelefon klinik kesihatan atau hospital,kalau rumah dimasuki pencuri,telefon talian tetap ni lah dicapai,bila ada saudara mara meninggal dunia,talian tetap bernombor 06-685---- ni lah yang akan dihubungi.Setakat telefon bimbit ni,kekadang,"nombor yang anda dail berada diluar kawasan liputan"! Cuba la fikir,
Kalau bercakap tentang bil tinggi, cuba fikir balik ....sapa yang guna... ? mestilah orang dalam rumah tu guna...kenapa tidak ditegur? Bila bil datang heboh sekampung.."den tak guno tipon tu do...abih sapo lak guno? pikir la sendiri.....

Tanpa Nama berkata...

Bab talipon totap atau line talipon postpaid ni....pokok pangkal...caro pakai....kalau dah kojap2 tipon...kojap2 tipon...bergayut lak tu...mano tak eh bil tipon beghatuih2 kono cas....cukup ajola pakai talipon untuk bercakap bondo2 yang ponting...melainkan pakai talipon untuk perniagaan...ini anak ayam mati limo ekor pun habis sekampung nak ditalipon eh....apo tak lembung bil talipon...