KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140402

Hujan turun lebat, tapi paras air di empangan makin susut, kenapa?



Hujan turun lebat, tapi paras air di empangan makin susut, kenapa? “Jikalau tidak ada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah” - (maksud Hadith)

Catuan bekalan air Taiping, Kamunting mulai 3 Apr


TAIPING - Lembaga Air Perak (LAP) akan melaksanakan pelan catuan bekalan air di sebahagian daerah Taiping dan Kamunting selama dua minggu bermula 3 April ini susulan penyusutan sumber air yang berlaku sejak Januari lepas.

Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur’an dan mereka memilih ayat atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.”

[HR Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978].

Tiada ulasan: