Maju betul Rembau sekarang ini, dah ada
stesen keretapi, ada stesen komuter, mungkin tak lama lagi ada stesen
keretapi laju Singapura-KL, sekarang dah ada pula KFC, 3 tingkat pula
tu KFC di Rembau ni.
Bukan nak bangga, tapi amaran kepada
orang Rembau ! Warga asing berebut-rebut beli hartanah di Rembau,
pusat ibadah bukan Islam pun bukan main gah lagi di tepi stesen
komuter Rembau dan tepi jalan utama Seremban-Rembau, tapi kita orang
Rembau berebut-rebut biarkan rumah dan tanah terbiar di Rembau.
Makin banyak projek perumahan eksklusif
di Rembau. Warga asing kalau beli RM 1 juta, duit mereka baru 300,000
saja.
Fikir-fikirkan, mampukah anak-anak kita
miliki bukan rumah banglo malahan rumah teres di Rembau selepas ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan