Terlalu amat sukar sekarang kita nak jumpa ulamak-ulamak
seperti ini.
Shaykh Muhammad Harith bin Ahmad
- Dilahirkan di Kampung Nerasau, Rembau antara tahun 1905
hingga 1906, dari suku Batu Hampar, berkahwin dengan Hajjah Mariam binti Joned.
- Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Penajis.
- Mempunyai kecerdasan yang agak mengagumkan terutama dalam
bidang matematik. - -- Pernah bertugas di Kendong Estate, Kota, pemilik estet
yang berbangsa Inggeris.
- Beliau adalah murid tua kepada Shaykh Muhammad Said
al-Linggi, pengembang Tariqat Ahmadiyyah.
- Berulang-alik ke Ampangan, Seremban untuk berguru kepada
Shaykh Abdullah, anak kepada Shaykh Muhammad Said al-Linggi.
- Menyara kehidupan dengan menjalankan perniagaan membeli
getah di kedai bapa mertuanya yang terletak berhampiran dengan padang Sekolah
Melayu Astana Raja.
- Kelibat Shaykh dikatakan tidak setempat. Sekejap di
Seremban, sekejap di Melaka. Semuanya dalam keadaan berbasikal. Menunggang
sangat laju. Mendaki bukit sama seperti menurun bukit lajunya.
- Walaupun mengajar di Melaka, Shaykh tetap mengajar di
kampungnya sendiri dan kampung-kampung lain yang menghilir ke Melaka seperti
Kampung Sawah Raja, Kampung Titian Akar dan Kampung Titian Bintangor.
- Shaykh bersama beberapa orang anak muridnya telah
menyeberang Kuala Linggi menuju ke Siak. Perahu mereka dikejar oleh kapal
penjajah. Shaykh mengangkat serbannya seolah-olah memberi isyarat tertentu.
Dengan tiba-tiba turun hujan ribut di sebelah kapal penjajah Belanda sedangkan
perahu yang dinaiki Shaykh berada dalam keadaan cuaca sangat yang baik dengan
angin semakin kencang mempercepatkan perjalanan mereka menuju ke Selat
Bengkalis.
- Sebelum berpindah, Shaykh pergi menghadap Yang Di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan dengan tujuan untuk mendapat surat akuan daripada baginda.
Shaykh juga telah menerima surat sokongan dari Haji Ipap yang merupakan Undang
Rembau. Surat-surat itu kemudiannya dipersembahkan kepada pemerintah Siak pada
masa itu iaitu Sultan Sharif Kassim.
- Keberadaan Shaykh di Siak telah mewujudkan hubungan erat
dua hala antara Siak dan Rembau.
- Sekitar bulan Disember 1947, Shaykh menghembuskan nafasnya
yang terakhir di hadapan ratusan orang muridnya. Jenazahnya telah dikebumikan
betul-betul di hadapan mihrab masjidnya seperti yang diwasiat kepada anak
muridnya.
2 ulasan:
As salam. Seronok baca artikel ini. Undang Ipap rumahnya d Legong Hulu. Banglo putih tersergam indah. Masih ingat kecik2 dulu sering bermain di situ sewaktu ada kenduri.
Mohon tuan usahakan apakah hubungan antara Undang Ipap dgn Dato Bandar Haji Sail. Masjid yg dibina oleh almarhum.Dato Hj Sail masih tersergam di tepi jalan berhampiran rumah Undang Ipap....mohon usahakan ya....
ni oyang sy..saja search kat gogle kagum sy membacanya
Catat Ulasan