KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140409

Kuasa ALLAH, tempat paling lembap paras empangan kritikal




Tempat paling paling lembap di Malaysia ialah di Bukit Larut, Taiping yang menerima hujan lebih 5080 mm setahun, manakala tempat paling kering ialah di Jelebu, N.Sembilan yang menerima hujan kurang daripada 1500 mm setahun. Ini semua kuasa ALLAH, tentera ALLAH, tempat paling lembap pula yang tiada air. Tak pelik ke?

EMPANGAN AIR KUNING HAMPIRI PARAS KRITIKAL

TAIPING 8 April 2014 - Paras air di Empangan Air Kuning di sini kini menghampiri paras kritikal apabila berada pada paras 38 meter berbanding paras normal 42.5 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, walaupun hujan di Bukit Larut dan sekitarnya sejak kebelakangan ini, paras air di empangan itu belum mencapai paras normal.

"Ketika ini paras air di empangan itu berada pada 38 meter, cuma empat meter sahaja lagi untuk turun ke paras kritikal.

Mengenai catuan air di kawasan Taiping dan Kamunting, Zainol berkata, kerajaan negeri belum memutuskan untuk melanjutkan tempoh catuan selama dua minggu yang dilaksanakan sejak 3 April lalu.

- UTUSAN

Tiada ulasan: