Ketika memandu di pekan Senawang yang
terkenal dengan dua kedai judi sah yang berlesen yang sesak pada
petang Ahad saya memerhatikan seorang pakcik usia emas yang memakai
kopiah putih sedang duduk di hentian bas depan kedai judi. Pakcik
tadi duduk mengadap kedai judi tersebut sedang berborak dengan
seorang lelaki.
Saya beritahu pada isteri saya
perhatikan gerak geri pakcik tadi, kerana jalan sesak pada waktu itu
kereta kami bergerak amat perlahan. Naluri saya yang dah biasa dengan
gelagat manusia di pekan Senawang pada hari judi kemungkinan pakcik
tadi ada kaitan dengan kedai judi. Mungkin kaki judi akan mendapat
khidmat nasihat pakcik tadi untuk meramalkan nombor ekor.
Isteri saya nampak lelaki dan pakcik
tadi mengeluarkan kepingan kertas-kertas kecil. Kemudian pakcik tadi
menghulurkan duit kepada lelaki tadi, lelaki tadi terus masuk ke
kedai judi. Isteri saya amat terperanjat. Pada saya ini perkara
biasa, itu belum lagi lelaki Melayu yang masuk kedai judi bawa
anak-anak yang kecil, perempuan Melayu masuk kedai judi dan
sebagainya.
Tak pasti samada pakcik tadi hendak
lelaki tadi tukar duit di kedai judi atau sebaliknya.
Banyak kerja kita semua untuk
menyedarkan orang Melayu untuk hindari judi, samada judi dengan lesen
sah atau judi tanpa lesen, sama saja, kedua-duanya haram. Nak perang,
perangi semua bentuk judi, bukan setakat judi internet.
Tangkapan bukan satu-satunya jalan
penyelesaian. Kedai judi berlesan di kawasan majoriti Melayu tak
perlu, terutamanya di pekan Rembau. Masjid dan surau masih banyak
yang kosong, mati, tiada majlis ilmu.
Marilah kita ajak keluarga dan jiran
kita ke masjid untuk solat, majlis ilmu dan sebagainya. Doakanlah
agar mereka yang ketagih judi ini, insaf. Doakanlah pemimpin Islam
kita berani untuk tidak mengeluarkan lagi lesen judi dan menarik
semula lesen judi di kawasan majoriti Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan