KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150915

4 lelaki samun wanita berbasikal



4 lelaki samun wanita berbasikal
14 Sept 2015


Ampang: Seorang wanita tidak menyangka aktiviti riadah hujung minggu bersama suaminya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila disamun empat lelaki di Jalan G-2 Taman Melawati di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa berusia 50 -an berbasikal bersama suami sebelum dua motosikal ditunggangi empat lelaki menghampiri mereka.

Menurut sumber polis, dua daripada lelaki terbabit menolak mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan rantai dan gelang emas yang dipakai.

“Bimbang dicederakan, mangsa menyerahkan barang kemas tanpa melawan sebelum suspek melarikan diri,” kata sumber itu.

Katanya, kejadian berlaku tidak sampai 10 minit. Mangsa turut cedera akibat terjatuh.

Polis kini mengesan kumpulan suspek yang dianggarkan berusia 20-an. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Tiada ulasan: