KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150911

Kualiti air di Rembau, PD sedikit terjejas



Kualiti air di Rembau, PD sedikit terjejas
10 September 2015

Kualiti air di Rembau dan Port Dickson masih selamat untuk diminum walaupun kualitinya sedikit terjejas berikutan pertukaran warna yang tidak menjejaskan bau dan rasa air tersebut.

Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Wan Rasdi Wan Ismail berkata, sebanyak 13,000 akaun pengguna di dua daerah tersebut terlibat dengan gangguan kualiti air ini.

"Gangguan kualiti air yang berlaku adalah disebabkan perubahan pada warna air yang bertukar menjadi kuning sehingga berubah ke warna coklat gelap.

"Pertukaran warna itu akibat daripada tindak balas kimia yang diguna pakai dan Sains pada masa ini sedang menganalisa secara terperinci bahan kimia yang sesuai untuk diguna pakai dalam proses rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja, yang membekalkan air terawat untuk Rembau dan Port Dickson," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas, di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal oleh Unit Kualiti Air Sains yang dijalankan di kawasan aduan menunjukkan air terawat itu masih memenuhi piawaian air minuman kebangsaan yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.

Wan Rasdi berkata, perubahan kualiti air di kawasan terlibat mula dikesan pada 3 September lepas dan selepas empat hari Sains melakukan proses klorin, kualiti air tidak menunjukkan sebarang pemulihan.

Wan Rasdi berkata, melalui maklumat yang diterima daripada pengguna terlibat, tempoh yang dikenal pasti berlakunya perubahan warna air ini adalah pada waktu petang dalam beberapa jam dan akan kembali pulih seperti sedia kala.

Sebarang aduan boleh terus menghubungi Sains ditalian 1-800-88-6982 atau hantarkan aduan ke aduan@sainswater.com. – Bernama

Tiada ulasan: