Masa depan ribuan pelajar bumiputera di Mesir, Indonesia
kelam
22 September 2015
Ribuan pelajar bumiputera di Mesir dan Indonesia kini
berkemungkinan terpaksa berhenti daripada meneruskan pengajian masing-masing
kerana tidak mendapat sebarang pinjaman apatah lagi biasiswa daripada kerajaan.
Lebih malang, rata-rata yang terlibat adalah pelajar yang
melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal seperti perubatan, pergigian dan
farmasi dengan Mesir mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 2,500 manakala
ratusan lagi adalah mereka yang belajar di Indonesia.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata, beliau tidak faham mengapa
kerajaan tidak menyenaraikan Mesir dan Indonesia sebagai salah satu negara yang
layak untuk pelajar bumiputera mendapat pinjaman serta biasiswa sedangkan
kualiti pendidikan di negara itu baik.
“Bagi saya ini cukup aneh. Mengapa perlu wujud polisi
sebegini kerana kita semua tahu, pengajian dalam bidang perubatan di Mesir
misalnya bukan sahaja lebih murah tetapi kualiti pendidikannya juga diakui
sebagai antara yang terbaik. Jadi mengapa hal ini berlaku,” soalnya.
Masalah biasiswa meruncing
Masalah kegagalan mendapat biasiswa dalam kalangan pelajar
Melayu serta bumiputera terutamanya mereka yang melanjutkan pengajian di luar
negara dilihat semakin meruncing dan harus diberi perhatian segera oleh
kerajaan.
“Contohnya di Bandung, Indonesia, ada pelajar yang datang
mengadu bahawa mereka cukup tertekan dengan keadaan sekarang kerana terpaksa
membiayai sendiri pengajian berikutan tidak mendapat biasiswa daripada kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan