KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150915

Van putih mungkin wujud



Van putih mungkin wujud
14 Sept 2015 


Seremban: Polis tidak menolak kemungkinan wujudnya kejadian cubaan culik membabitkan sekumpulan penjenayah menggunakan van putih di Senawang, dekat sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, sehubungan itu, polis menjalankan siasatan dan meningkatkan rondaan terutama di kawasan sekolah.

Menurutnya, polis membuat penyiasatan dan rondaan menjurus kepada kawasan berpotensi berlaku kejadian demikian.

“Kami membuat rondaan di kawasan sekolah terutama waktu puncak sama ada pagi atau ketika pelajar pulang. Kami juga cuba mengesan van putih seperti dimaksudkan mangsa.

“Kami ada kesan, tetapi van seperti itu kadang-kadang digunakan pemotong rumput yang juga memakai topeng. Kami tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada, tapi dengan kehadiran polis di sekolah, setakat ini tiada laporan diterima,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program gotong-royong mengecat dan membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Temiang, di sini, kelmarin.

Tiada ulasan: