KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070119

Bantuan banjir, jangan beri pakaian dulu !!!

PERHATIAN ! Kepada mereka yang ingin menyumbang pakaian terpakai untuk mangsa banjir harap tunggu dulu.

Ini adalah kerana buat masa ini sumbangan lain adalah amat diperlukan terutama kewangan, makanan, perubatan, selimut, khemah, peralatan membersih banjir, lampin dan tuala wanita.

Ini adalah kerana sumbangan pakaian terpakai buat masa ini akan menyulitkan operasi yang lebih penting dari segi logistik.

Oleh itu mereka yang ingin menyumbangkan pakaian terpakai hendaklah terlebih dahulu menalipon mereka yang terlibat untuk memberi bantuan banjir samada boleh diterima pada masa ini atau pun tidak.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa aspek yang perlu diambil apabila menyumbang pakaian terpakai ini iaitu :

1. Ianya hendaklah bersih, tidak koyak, dilipat dengan baik.
2. Diasingkan bungkusan untuk pakaian bayi, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, dewasa lelaki dan dewasa wanita.
3. Bungkusan pakaian hendaklah dilabel dan dibungkus dalam beg, plastik yang kecil mudah untuk pengagihan. Elakkan menggunakan plastik sampah atau beg yang besar.
4. Sebaiknya pakaian yang mudah di basuh dan tidak perlu digosok seperti t shirt, t shirt lengan panjang, seluar track, kain batik, kain pelekat.
5. Elakkan sumbangan pakaian dalam yang terpakai.

Kesimpulannya, sebaiknya berilah sumbangan pakaian baru. Kalau tak mampu beri yang baru, beri yang terpakai yang masih elok , dilipat, dibungkus kemas, dilabel agar mudah untuk logistik, penyimpanan, pemunggahan, pengangkutan dan pengagihan.

Lambakan pakaian terpakai yang tidak terurus akan hanya menyulitkan misi bantuan kepada mangsa banjir.