ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
BERSEMPENA DENGAN "MAJLIS SAMBUTAN 70 TAHUN MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM" BONGEK ACHEH 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN , akan DIADAKAN PROGRAM "IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA" (Perhimpunan penuntut-penuntut pondok semalaysia)
Pada 16 hingga 18 FEB 2007 M (Jumaat – Ahad)
Akan bersama meraikan majlis dengan tetamu khas terdiri dari para Ulama.
Majlis Ulangtahun ke 70 Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim –Bongek akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan. disertai:
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA
Perhimpunan Penuntut-penuntut Pondok SeMalaysia.
Sila sebarkan ... InsyaAllah, tabarakAllah.
Diantara tokoh-tokoh ulama semasa yang akan dijemput untuk pembacaan/pengupasan kitab turas, pembentangan kertaskerja, forum dan sesi soal-jawab :
1.Tuan Guru Al-Sheikh Professor Doktor Haji Muhibuddin al-Waliyy al-Khalidi - dari Acheh.
2.Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang ( Baba Ismail )- daripada Fathoni.
3.Tuan Guru Haji Wan Shaghir - dari Khazanah Fathoniah. Kuala Lumpur.
Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya insyallah. .
Jadual Pengajian/dialog dan forum perdana .
Tuan Guru Professor Doktor K.H Muhibbuddin Al-Waliy -Acheh Darussalam-
1.Jumaat 16 feb 2007- 8.00 malam - 10.00 malam.- Pengupasan Kitab Al-Hikam serta soal jawab.
2. Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam - 11.30 malam - Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).
Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang (Baba Ismail).-Fathoni Daarussalam-
1.Sabtu 17 feb 2007- 8.30 pagi - 11.30 pagi - Pengajian Ilmu Tauhid berkitab ( kitab-kitab karangan Tuan Guru Haji Ismail sendiri) dan kupasan ayat-ayat mutasyabihat serta soal- jawab.
2.Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam- 11.30 malam- Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).
Tuan Guru Haji Wan Shaghir- Khazanah Fathoniah -Kuala Lumpur-
1.Sabtu 17 feb 2007- 2.00 petang- 5.00 petang - Pembentangan kertas kerja- (Tajuk belum diputuskan).
2. Sabtu 17 feb 2007- 9.00 malam -11.30 malam -Forum Perdana serta soal jawab- bersama ahli panel yang lain, tajuk forum (Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).
Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek. Alim ilmu Falakiah, meninggalkan karangan bermutu dibidang falak/hisab untuk menentukan tarikh raya ,puasa , waktu sembahyang dan berbuka.
Beliau pernah berguru dengan tokoh-tokoh ulamak yang masyhur, diantaranya: Tok Kenali yang sangat terkenal, Pak Wan Sulaiman (Sheikhul Islam negeri Kedah- Mufti dizaman penjajahan), juga Tok Shafie telok bagan ( seorang ulamak tasawuf diMekah). Kegigihan mengajar, mendidik dan mengasuh masyarakat tiada tolak bandingnya diakui .
Tuan Guru Dr. Sheikh Muhibbuddin al Waliy akan mengupas matan al Hikam karangan Ibnu Ataillah as-Sakandari. Dr. al Sheikh ini , yang menuntut ilmu pada al Marhum Ayahnda beliau- Tengku Muda Waliy al-Khalidi, yg sangat mahir diberbagai cabang ilmu, khasnya ilmu alat, kemudiannya ke Mesir menyambung pengajian lalu meraih Doktorah Usul Fiqah. Dari pengakuan beliau , mempelajari kitab al Hikam dari Ayahnda beliau. Bersama kita mendengarkan kupasan yg jitu dan dialog yg menjernihkan kekerohan.. insyallah.
Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang- Ulamak terkini dari Fathoni Darussalam , berjaya memikat hati perserta kuliah berkitab beliau pada setiap hujung minggu di Masjid Bandar Patani dan Nibung (Yala) dengan kehadiran ribuan orang. Diakui berkebolehan mendamaikan masyarakat sehingga kebolehan beliau diakui pemerintah. Beliau insyallah akan menjelaskan masalah Ilmu Tawhid, khasnya soal ayat-ayat mutasyabihat. Kitab yang akan dijadikan teks kuliah majlis adalah kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan"- karang beliau sendiri , dan sebuah lagi kitab terjemahan matan "Tijan al-darari"- juga karangan beliau. Ditambahkan seri lagi dengan sesi soal jawab kemuskilan. Insyallah bersama kita mengambil manfaat.
Tuan Guru Haji Wan Saghir- Pengkaji sejarah Ulamak-ulamak melayu yang tidak asing lagi. Ilmu dan kajian beliau yang melaut , dapat memuaskan kemuskilan khasnya berkenaan Keilmuan dialam Melayu yang dikaitkan dengan method pengajian tradisional (pondok).
Dimanakah hebatnya bangunan batu?,
jika tidak asalnya dari pasir dan batu..
Dimanakah pula lebihnya alim lulusan U?,,,
jika tidak asalnya dari ulamak melayu dulu-dulu....
ACARA KEMUNCAK- FORUM PERDANA -AHLI PANEL ADALAH TIGA ULAMAK UNDANGAN TERSEBUT.
Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya, insyallah. Antara acara selingan yang menarik, pameran sejarah ulamak melayu daripada Khazanah Fathoniah dan jualan kitab-kitab ulamak melayu yang bermutu . Kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan" dan kitab "terjemahan matan Tijan al-darari" karangan Tuan Guru Haji ismail sepanjang juga terjual sebagai teks pengajian untuk majlis ijtimak.
Pondok)Madrasah al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek adalah satu-satunya madrasah (Pondok) yang tertua dalam Daerah Rembau khasnya yang telah wujud pada tahun 1936 dengan diasaskan sendiri oleh Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan , seorang ulamak yang terkenal di Negeri Sembilan (1907-1997).
Antara jalan untuk ke “Bongek” Rembau - N9.
Jika dari KL bolehlah Exit toll pedas dan menghala ke Rembau/Tampin (Jalan Warna Merah) Lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Bongek..
Jika dari JB bolehlah Exit toll Alor Gajah/Tampin - -Spg 4-- Kendong--> Bongek - iaitu ikut jalan menghala ke Rembau, Seremban , Lebih kurang 13 KM untuk sampai ke Bongek.
Tempat-tempat berehat yg dicadangkan semasa Majlis Ijtimak:
Bayaran yang berpatutan-
1. Rumah rehat/ hotel di Tampin.
2. Chelet di Seperi.
3. Hotel sekitar Rembau/ Seremban.
4. Free of charge-Masjid-masjid dan surau disekitar Bongek dan Seremban.
5. Insyallah mungkin terdapat rumah2 tumpangan di sekitar kampung Bongek...lain-lain