KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070127

Ceramah Maal Hijrah Us Syuhada 3 Feb Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Tuan/puan,

CERAMAH MAAL HIJRAH DAN PELANCARAN KAFA TAMAN ALAMANDA

Sukacita dimaklumkan tuan/puan sekeluarga dijemput untuk menghadiri majlis :

Ceramah Maal Hijrah
Penceramah : Ustaz Syuhada Mahmud, Imam Masjid Jamek Tampin
Hari: Sabtu 3 Februari 2007
Masa : Selepas Solat Maghrib ( 7:45 malam)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Dimaklumkan juga kepada ibu/bapa/penjaga yang telah mendaftarkan anak-anak untuk mengikuti kelas KAFA Taman Alamanda dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran KAFA Taman Alamanda pada hari Khamis 1 Februari 2007 bermula jam 9:30 pagi. Penyerahan buku teks akan diadakan pada hari tersebut di No 3 & 4, Bangunan Kedai Taman Alamanda. Kelas KAFA sessi pagi/petang akan bermula pada hari Isnin 5 Februari 2007

Kehadiran tuan/puan ke majlis di atas adalah diharapkan dapat memeriahkan lagi majlis serta mengeratkan silaturrahim.

Sekian, wassalam.
Yang benar,
Aimi bin Hamzah
Pengerusi Surau dan Taman Alamanda
Pengerusi Jawatankuasa KAFA Taman Alamanda
Tal : 019-6505285