KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081105

Arak jadikan dia syaitan. Siapa kata ?

Arak jadikan dia ‘syaitan’. Kenyataan ini bukan dikeluarkan oleh mufti , ulamak atau ustaz. Tapi dikeluarkan oleh bekas kekasih penerbit muzik terkenal di Amerika Syarikat Phil Spector yang sedang menghadapi perbicaraan kes bunuh.

Ex-Spector girlfriend: Alcohol made him a 'demon'
LOS ANGELES – A woman who dated Phil Spector for four years testified Tuesday in his murder retrial that liquor transformed the legendary music producer into "a demon."
Sumber : http://news.yahoo.com/s/ap/20081104/ap_en_mu/phil_spector

Di Amerika Syarikat ada sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan yang diberi nama MADD (Mothers Against Drunk Driving : Ibu-Ibu Yang Menentang Pemandu Mabuk ) Laman web http://www.madd.org

Malang sekali kita di Malaysia , Islam entah ke mana yang bukan Islam pun entah ke mana. Penguatkuasaan dan penjualan arak terhadap umat Islam longgar , penguatkuasaan dan penjualan arak terhadap bukan Islam yang bawah umur pun longgar , apatah lagi usaha bersepadu membanteras pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi.

Tak percaya cuba tengok orang Islam yang beli arak di kedai serbaguna 24 jam , ada pemilik kedai minta MyKad untuk membuktikan dia bukan Islam, atau cuba tengok anak-anak bukan Islam bawah umur 18 tahun beli arak di kedai runcit , ada pemilik kedai minta MyKad untuk membuktikan dia berumur lebih 18 tahun ?

Ibu-ibu yang Islam dan ibu-ibu yang bukan Islam , bangkitlah. Jangan sampai anak kita yang mabuk atau anak kita dilanggar (dibunuh) pemandu mabuk.

Firman Allah Ta'ala :
Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." ( Surah al-Ma'idah : 90)

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu 'Anhu dia berkata :
Maksudnya : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak."
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Sumber dari Laman Web Mufti Kerajaan Brunei Darus Salam http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun98/h_fatwa6.htm

Tiada ulasan: