KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081123

Yoga hanya haram untuk umat Islam , Jogging ?

Jangan risau , Yoga hanya diharamkan untuk umat Islam sahaja. Penganut agama lain bebas untuk mengamalkan Yoga. Bagaimana pula dengan Jogging , Haram , Wajib , Sunat , Makruh apa hukumnya ? Ini bukan nak bincang fatwa mengenai Jogging , tapi ini apa pendapat seorang ahli tasauf mengenai jogging atau berjogging.

Pernah saya mengikuti Kuliah Tasauf Tuan Haji Basiron , seorang yang begitu tawadhu , umurnya hampir mencecah 80 tahun , dia pergi mengajar kuliah memandu kereta sendiri , kadang-kadang sampai ke Kuala Lumpur. Wajahnya berseri-seri , setiap kali jumpa semakin cerah dan ceria wajahnya. Apabila dia mengetuai zikir dan selawat , suaranya begitu lantang dan merdu , mengalahkan suara anak muda. Kalau dengar suara sahaja mungkin sangka kita anak muda.

Kuliahnya banyak memuji sifat Rasulullah saw , banyak memuji kebesaran Allah , banyak menceritakan mengenai azab kubur.

Dia pesan dalam kuliahnya , banyakkan solat sunat , solat tahajjud. Kalau masuk waktu terus solat , jangan tangguh tangguh. Kalau boleh 5-10 minit sebelum masuk waktu dah berada di masjid atau surau , berzikir atau baca Al Quran sementara menunggu masuk waktu.

Kemudian dia pesan lagi , buat apa nak jogging-jogging untuk jaga kesihatan (dia tak kata jogging itu haram , dia cuma kata buat apa jogging). Dia kata ada orang jogging mati juga , dan ada orang semasa jogging pun ada yang meninggal dunia. Dia kata cukup dengan kita banyakkan solat. Pada dia memanglah mudah , tapi untuk kebanyakkan kita seperti saya ini mungkin sukar. Apa yang dia katakan itu memang semuanya benar , walaupun kita tak mampu lakukan.

Pernah sekali Tuan Haji Basiron pesan pada seseorang di pejabat apabila masuk waktu solat terus sembahyang, tapi orang tu selalu tangguh dan tidur dulu. Akhir sekali orang yang dia pesan supaya sembahyang tu meninggal dunia ketika tidur.

Pernah juga dia pesan pada seseorang dalam perjalanan supaya berhenti sembahyang dulu. Tapi orang itu kata nanti sembahyang kemudian. Akhirnya orang itu kemalangan sebelum sempat sampai ke destinasi yang dituju.

Pernah sekali ada orang beri pada dia sumbangan RM 2000 , apabila dia tidur malam , dia keluh kesah tidak lena. Akhirnya dia pulang semula RM 2000 tersebut , kerana katanya itu ialah hasil judi , orang yang berikan wang tadi mengaku memang itu wang judi.

Pernah sekali orang menjemput kenduri kata tuan rumah tadi “Jemputlah makan , lauk tak ada sangat (walaupun terhidang pelbagai lauk)” Akhirnya dia hanya makan nasi tanpa lauk , kerana tuan rumah seperti kita sudah terbiasa cakap lauk tak ada apa sangat.

Kesimpulannya ialah , walaupun kita nampak alim ulama , ahli tasauf, ahli ibadah ni macam tidak mengikuti perkembangan teknologi , tapi kita jangan merendah-rendahkan mereka kerana mereka ini golongan yang hampir dengan ALLAH , dan mereka ini sebenarnya memiliki ilmu yang lebih tinggi daripada kita walaupun kita ini golongan professional , jurutera , doktor , negarawan dan sebagainya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam...

Quote: Kemudian dia pesan lagi , buat apa nak jogging-jogging untuk jaga kesihatan (dia tak kata jogging itu haram , dia cuma kata buat apa jogging). Dia kata ada orang jogging mati juga , dan ada orang semasa jogging pun ada yang meninggal dunia. Dia kata cukup dengan kita banyakkan solat. Pada dia memanglah mudah , tapi untuk kebanyakkan kita seperti saya ini mungkin sukar. Apa yang dia katakan itu memang semuanya benar , walaupun kita tak mampu lakukan.

Saya amat hormati pendapat ustaz tersebut, tapi yg menjadi soalnya bila beliau timbulkan "buat apa nak jogging". Seolah-olah menggambarkan bahawa kegiatan-kegiatan jasmani yg berupaya memberikan badan dan minda yg sihat (sedangkan ini juga dituntut oleh Islam), tidak digalakkan pula. Kegiatan jasmani contohnya seperti berjogging setahu saya, adalah perkara yang jelas HARUS, tidak haram dan tidak pula makruh, (dgn syarat selagi batas2 aqidah, akhlak dan syarak dipatuhi) jadi MENGAPA pula mesti kita tokok-tambah dengan mengatakan "buat apa", dan sewaktu dengannya?

Maaflah jika saya terpaksa katakan bahawa Ustaz tersebut seolah-olah tidak menerima takdir dan tak perlulah sampai nak membangkitkan "ada orang sambil joging pun mati juga", ...apakah ustaz itu sudah lupa bahawa ajal bila sudah tertulis tidak akan lewat walau sesaat tak kira walau apa pun yg sedang seseorang itu lakukan? Apa, hinakah seseorang itu jika mati dalam keadaan sedang melakukan kegiatan jasmani atau kerja-kerja lain (selagi tidak haram dan tidak lagha)? Saya masih cetek agama tetapi bukan bermakna saya ni jahil tak mengaji langsung... yg saya tahu hanya Allah sahaja yg layak menilai kematian seseorang itu dan keadaannya. Bukannya mana-mana ustaz atau tok guru!

Jika kita kaji sejarah Junjungan Besar kita dan umat pada zaman baginda, tidaklah pula orang-orang mereka hanya bersolat sunat 24 jam tanpa sebarang kegiatan lain. Bahkan anak-anak muda Islam zaman tersebut amat dikerah berlatih memacu kuda, memanah, bergusti, bertempur, berlawan pedang, dan pelbagai lagi perkara-perkara berbentuk jasmani. Lebih dari sekadar bersenam untuk kesihatan, itu semua ilmu pertahanan diri utk mereka nak menghadapi peperangan!

Jadi, apa yg kita hendak, sebenarnya? Hendak jadi lebih Islam daripada Islam itu sendirikah?

Salam hormat.