KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081112

PIBG Sek Agama N.Sembilan perlu prihatin

Saya mempunyai anak-anak di Sekolah Agama Rendah Swasta , Sekolah Menengah Agama Negeri , Sekolah Menengah Agama Kementerian , mereka juga pernah belajar di KAFA dan TASKI serta PASTI di Negeri Sembilan ini.

Walaupun kemudahan di sekolah agama ini tidaklah sehebat dan secanggih dengan sekolah elit yang lain , tapi saya rasa ianya adalah pilihan terbaik untuk anak-anak saya. Walaupun gaji guru-guru di sekolah agama swasta , sekolah agama negeri , KAFA dan SARA ini amat rendah dan dibawah paras kemiskinan iaitu kurang RM 1000 sebulan , namun saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Memang banyak kelemahan sekolah agama ini kalau hendak dibilang satu demi satu. Tapi sama-samalah kita membantu. Contohnya Guru KAFA atau SARA di N.Sembilan ini saya rasa sekitar RM 500 sahaja sebulan , itu pun kalau yang baru masuk 3-4 bulan belum dapat gaji lagi.

Disinilah peranan PIBG untuk prihatin akan masalah di sekolah agama di Negeri Sembilan ini. Fahami betul-betul peranan ibu bapa dalam PIBG saling tampung menampung. Jangan sangka sekolah agama di Negeri Sembilan ini baik yang swasta mahupun yang kerajaan negeri banyak duit. Mana PIBG boleh bantu , bantulah.

Yang penting wujudkan keharmonian dan kesefahaman antara PIBG dan pihak sekolah. Sekolah yang mempunyai keharmonian antara PIBG dan Guru-guru , pelajar-pelajar mereka akan cemerlang dunia dan akhirat.

Tapi kalau sekolah yang banyak ibu bapa cari kesalahan guru , guru cari kesalahan ibu bapa , maka yang menjadi mangsa ialah pelajar dan anak-anak kita.

Buangkanlah sikap ego dalam masyarakat. Rendahkanlah sayap kita demi untuk memperkasakan Sekolah Agama di Negeri Sembilan ini. Buangkanlah sikap ego di kalangan ibu bapa , di kalangan guru , di kalangan Pengerusi MAINS , di kalangan Pengarah Jabatan Agama , di kalangan Pegawai Jabatan dan seterusnya.

Inilah satu-satunya institusi pendidikan yang dapat mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Ingat mati banyak-banyak , apa bekalan kita nak bawa. Apakah salah satu bekalan ialah usaha dan sumbangan kita membangunkan sekolah agama di Negeri Sembilan atau hanya sekadar tunggu dan lihat serta tak kisah.

Tiada ulasan: