Sekarang sembahyang Jumaat waktu masuk awal , pukul 1 tengahari dah masuk waktu. Habis kerja pukul 12:45 tgh , isteri pun habis kerja lebih kurang waktu tu juga. Jadi tak sempatlah beli makan tengahari, lalu talipon isteri belikan makan tengahari. Kerana teringatkan kuliah Al Fadhil Ustaz Dato Haji Arshad Abd Samad Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang mengatakan haram bagi orang Islam lelaki yang baligh berjual beli tatkala azan Jumaat hinggalah selesai solat Jumaat.
Kita dengar , kita amalkanlah, mudah sahaja. Masuk waktu Jumaat untuk lelaki Islam janganlah membeli , janganlah menjual.
Lepas solat Jumaat , balik rumah dan makanlah , makanan yang dibeli isteri. Saya tanya isteri tadi beli nasi kat kedai Melayu/Islam di Senawang , yang menjualnya lelaki atau perempuan. Isteri saya kata lelaki Melayu. Bukan setakat lelaki Melayu sahaja yang menjual malah ramai lelaki Melayu yang makan di kedai tersebut. Isteri saya kata tak tahu malu betul mereka , sah tak pergi sembahyang Jumaat.
Nampaknya orang Islam di Malaysia ini semakin hari semakin tak hormat Islam , semakin tak hormat hari Jumaat. Secara tidak langsung mereka ini menghina Islam tanpa segan dan silu , tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Apakah perlu dikeluarkan fatwa haram berjual beli untuk lelaki Islam pada waktu Jumaat sepertimana fatwa Pengkid ? Apakah lelaki yang berjual beli pada waktu Jumaat akan berdemonstrasi membantah fatwa ini ?
Apakah perlu Jabatan Agama Islam melantik Pegawai Penguatkuasa dari kalangan wanita agar dapat menahan lelaki Islam yang berjual beli pada waktu Jumaat apabila ada fatwa yang menyatakan hukum ini dengan jelas ?
Kalau ada keraguan jangan debat dengan saya. Saya dengar kuliah Dato dan ikut saja. Ada masalah jumpalah Dato Arshad sendiri.
Surah Al-Jumu'ah
Menerangkan kewajipan meninggalkan jual beli apabila azan Jumaat dikumandangkan.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 9 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan