Kereta sekarang lampu hadapan (head lamp) dan lampu belakang (tail lamp) biasanya diperbuat daripada plastik.
Selepas beberapa tahun permukaan luar lampu ini akan menjadi kasar dan pudar disebabkan oleh habuk , sinar matahari dan sebagainya.
Ini akan menyebabkan cahaya lampu pada malam hari tidak terang.
Untuk mengembalikan permukaan ini kepada asal iaitu licin dan berkilat , kita boleh menggunakan “polishing compound” atau krim pengilat yang banyak terdapat di pasaran seperti Autosol atau polish kereta yang biasa ( Polish bukan Wax ) yang dalam bentuk krim seperti ubat gigi.
Cubalah kilatkan lampu kereta yang pudar menggunakan “polishing compound” tadi. Gunakan kain untuk gosok “polishing compound” pada permukaan lampu, tekan sedikit apabila menggosok. Pastikan ianya rata dan sekata, sebaiknya gosok dalam bentuk bulatan.
Selepas kering (dalam 1-2 minit) , gosok permukaan lampu dengan kain kering yang bersih. Gosok atau lap sehingga tiada lagi “polishing compound”.
Pastikan “polishing compound” tidak terkena pada cat kereta kerana ia boleh menghakis cat kereta jika banyak terkena.
Polish kereta kurang berkesan jika dibandingkan dengan “polishing compound” seperti Autosol atau Brasso dan sebagainya.
Ubat gigi biasa pun boleh digunakan untuk mengilatkan lampu kereta jika lampu kereta tidak berapa teruk pudarnya.
Kesan calar pada kereta jika tidak boleh dihilangkan mengguna wax , boleh cuba polish kereta , ubat gigi atau “polishing compound”. Tapi harus berhati-hati semasa menggosok tempat yang calar.
Sekarang ekonomi dunia dan negara teruk , jadi kenalah fikir cara untuk jimat kos dengan DIY iaitu Do It Yourself. Perkara kecil buat sendiri , yang besar baru hantar kedai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan