KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081130

Kedai Gunting Rambut Shamsul kini di pekan Senawang

Kedai Gunting Rambut Shamsul kini berada di pekan Senawang lama , Taman Senawang Jaya . Berhampiran kedai 7 Eleven. Pekan Senawang lama di mana ada stesen minyak Shell. Maklumat lanjut hubungi Shamsul 019-6524990

6 tahun tak bangun pulih dgn rawatan anak Rembau


Sahabat saya Sharizal merupakan anak muda dari Kg Sawah Raja , Rembau. Baru-baru ini saya jumpa dia di surau di Senawang , tanya dia buat apa datang sini. Katanya dia datang untuk merawat seorang pakcik warga emas di taman berhampiran yang sudah 6 tahun tak dapat bangun kerana masalah sakit tulang belakang. Pakcik tersebut sebelum ini ada mendapatkan rawatan dan nasihat pakar tapi tak berhasil lagi.

Sharizal kata lagi dia mengamalkan rawatan urut kiropraktik , refleksologi , bekam dan terapi herba. Menurutnya setelah 4 kali rawatan dalam masa tak sampai sebulan , Alhamdulillah dengan izin ALLAH , pakcik tadi dah boleh bangun.

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi Sdr Sharizal 017-2218189. Sdr Sharizal adalah merupakan salah seorang sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan yang pernah menyertai misi membantu mangsa Tsunami di Acheh , Indonesia. Beliau hanyalah merupakan anak muda yang bekerja di kampung. Disebabkan beliau tidak mempunyai kenderaan selain motosikal pergerakan beliau hanyalah sekitar Rembau dan Seremban jika ada permintaan untuk rawatan.

Gambar di atas Sdr Sharizal membawa pakcik berkenaan jalan-jalan di taman permainan berhampiran.

20081129

Bagaimana merawat Melayu ketagih judi ?

Judi adalah perbuatan yang dilarang keatas mereka yang beragama Islam. Tidak perlu keluar fatwa mengatakan ianya haram , kerana ianya jelas dinyatakan dalam Al Quran. Namun orang Melayu di Malaysia ini yang beragama Islam masih ada yang berjudi samada secara terbuka di kedai ekor atau tersembunyi walaupun mereka tahu ianya haram.

Orang Melayu yang berjudi pun tahu mereka tidak akan menjadi kaya dengan berjudi. Orang Melayu yang berjudi pun tahu , duit hasil judi tidak berkat. Namun mereka tetap berjudi dan terus berjudi kerana mereka ini telah sampai ke satu tahap ketagihan judi.

Oleh itu kita sepatutnya kasihan melihatkan orang Melayu yang ketagih berjudi ini , dalam pada masa yang sama kita bencikan perbuatan mereka yang berjudi ini.

Tidak pernah kita dengar setakat ini klinik untuk merawat ketagihan judi. Sudah sampai masanya semua kita mengusahakan kaedah rawatan samada secara individu , melalui persatuan mahu pun Majlis Agama Islam untuk merawat orang Islam yang ketagihan berjudi ini.

Orang yang ketagihan judi , mereka sendiri tidak mahu berjudi , apabila mereka dalam keadaan waras atau beriman.

Judi secara tidak langsung adalah merupakan “dadah” kepada mereka yang ketagihan judi.

Terdapat dua kategori kaki judi iaitu :
“Action gamblers” iaitu “Kaki Judi Aksi” yang ketagih bermain judi untuk melihatkan risiko dan aksi. Seperti bertaruh dalam perlawanan sukan dan bermain daun terup.

Kedua ialah “Escape gamblers” iaitu “Kaki Judi Melarikan Diri” iaitu kaki judi yang berjudi kerana masalah tekanan emosi , kesunyian dan kerungsingan.

Berikut ialah Program 5 Langkah untuk merawat ketagihan judi.

Langkah 1 : Menyedari keinginan untuk berjudi adalah merupakan tanda kepada penyakit ketagihan judi dan yakin ianya boleh dirawat.

Langkah 2 : Jangan salahkan diri sendiri dan cuba fahami bahawa keinginan untuk berjudi boleh menyebabkan kerosakan fizikal pada otak.

Langkah 3 : Tumpukan perhatian. Apabila keinginan untuk berjudi datang jangan tunggu ianya akan hilang. Alihkan perhatian untuk melakukan perkara yang bermanafaat.

Langkah 4 : Lama kelamaan apabila tiga langkah di atas diamalkan penagih judi akan menyedari bahawa judi tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuatkan mereka ketagih. Keinginan berjudi hanyalah “sisa toksik” dalam otak.

Langkah 5 : Doa. Doa adalah merupakan senjata paling utama untuk orang Islam. Sentiasa berdoa setiap waktu , setiap hari agar dipulihkan dari penyakit ketagihan judi.

Tip kepada ahli keluarga penagih judi untuk membantu penagih judi :
Berterus terang dengan mereka yang ketagih judi
Galakkan mereka yang ketagih judi berjumpa kaunselor , ustaz atau pendakwah
Beritahu mereka yang ketagih judi ini ALLAH Maha Pengampun

Sayanglah umat manusia. Kita merasa amat kasihan apabila mereka mencampakkan diri mereka sendiri dalam kebinasaan. Yang kita benci hanyalah perbuatan mereka yang melanggar perintah ALLAH. Pandanglah semua insan dengan perasaan belas kasihan.
Bantulah mereka yang zalim dan dizalimi.

Rujukan : http://helpguide.org/mental/gambling_addiction.htm

20081128

Motivasi Anak Soleh NJ 20 Dis Seremban

PROGRAM MOTIVASI ANAK SOLEH
Bersama Nazrey Johani (ex Raihan)
Tarikh : 20 Dis 08 (Sabtu)
Masa : 8 pg – 6 ptg
Tempat : Surau As Sobirin , Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 , Seremban

Terbuka kepada pelajar lelaki/perempuan 7 – 17 tahun
Yuran : RM 20

Hubungi :
Pn Wani 013-3851202 , Pn Hjh Nurciana 017-3629686 , Pn Mashitah 019-2655059

Anjuran bersama Nurdeen Management http://nurdeen-mind.blogspot.com

20081125

Seminar Perubatan Islam 25 Dis Seremban

SEMINAR RAWATAN DAN PERUBATAN ISLAM
Bersama Ustaz Hanafi Abd Rahman Fesfanji

Tarikh : 25 Disember 2008 ( Khamis/Cuti Umum )
Masa : 8 pg - 1tgh
Tempat : Al-Hufaz Training and Services , Tmn Sri Pulai 3 , Seremban, N.Sembilan

Yuran Penyertaan : RM 35 (Kertas kerja dan makan)
( Tiada had umur penyertaan )

Pengesahan Penyertaan sebelum 20 Disember melalui SMS atau tel.
019 365 6203 ( Ust. Ayub )
019 224 5321 ( Ust. Khairul Azhar )
019 640 0062 ( Ust. Nor Azman )
019 323 1429 ( Ust. Khir )

Info lanjut di laman web http://alhufaz.blogspot.com/

Rawatan penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus adalah satu bidang yang amat rumit ,sama rumitnya dengan penyakit itu sendiri.Pada kebiasaannya penyakit yang sedemikian tidak dapat dikesan oleh perubatan Alopty. Bidang rawatan ini memerlukan persediaan rohani dan jasmani dengan pengetahuan yang menyeluruh tentang hakikat kejadian dan kewujudan makhluk tersebut yang dipelajari dari Al-Quran dan As-Sunnah

Ustaz Haji Hanafi Abd Rahman Fesfanji adalah merupakan aktivis Islam yang bergiat sekitar Kuala Lumpur. Pernah menjadi panel forum Ehwal Islam RTM dan pengkuliah tetap beberapa masjid utama di Wilayah Persekutuan. Beliau memperolehi BA Shariah Universiti Al-Azhar, Diploma Tinggi Pengajian Islam di Maahad Aly Lil Dirasat Islamiyyah , Mesir. Beliau menyambung ke peringkat Master dalam bidang Islamic Studies di University of Portsmouth, UK. Pernah menjadi pensyarah sambilan di UTP, KUIM, Upitaj dan Kudqi.

Sekarang beliau mengendalikan Rawatan Islam dan Alternatif di samping aktif dalam beberapa pertubuhan NGO Islam.

Wabak Malaria pula melanda N.Sembilan

Belum reda lagi dengan wabak denggi , wabak Chikungunya , kini Negeri Sembilan ditambah dengan satu lagi wabak , iaitu wabak Malaria. Semua wabak ini disebarkan oleh nyamuk. Dulu wabak JE , juga nyamuk. Apalah bala atau musibah yang melanda N.Sembilan pada ketika ini ? Marilah kita sama-sama bertaubat , perbanyakkan amal serta menjaga kebersihan rumah dan kejiranan kita. Apa sudah jadi dengan semangat gotong royong kita ?

Kes malaria tertinggi di Jempol - Berita Harian 25 Nov 2008
SEREMBAN: Sebanyak 69 kes malaria dilaporkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini dengan kes tertinggi dikesan di daerah Jempol dan Seremban.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), Dr Zainal Ariffin Omar, berkata dua daerah itu masing-masing mencatatkan 46 dan 16 kes, diikuti Kuala Pilah dengan tiga kes serta masing-masing dua kes di Jelebu dan Port Dickson.

"Setakat 15 November lalu juga, tiada kes malaria dilaporkan di daerah Rembau dan Tampin, manakala dua lokaliti wabak malaria ialah di Felda Serting Hilir 3 dengan enam kes, membabitkan empat warga asing dan dua tempatan selain di Felda Palong 13 dengan lima kes, semuanya membabitkan warga asing.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20081125080620/Article/index_html

20081123

Yoga hanya haram untuk umat Islam , Jogging ?

Jangan risau , Yoga hanya diharamkan untuk umat Islam sahaja. Penganut agama lain bebas untuk mengamalkan Yoga. Bagaimana pula dengan Jogging , Haram , Wajib , Sunat , Makruh apa hukumnya ? Ini bukan nak bincang fatwa mengenai Jogging , tapi ini apa pendapat seorang ahli tasauf mengenai jogging atau berjogging.

Pernah saya mengikuti Kuliah Tasauf Tuan Haji Basiron , seorang yang begitu tawadhu , umurnya hampir mencecah 80 tahun , dia pergi mengajar kuliah memandu kereta sendiri , kadang-kadang sampai ke Kuala Lumpur. Wajahnya berseri-seri , setiap kali jumpa semakin cerah dan ceria wajahnya. Apabila dia mengetuai zikir dan selawat , suaranya begitu lantang dan merdu , mengalahkan suara anak muda. Kalau dengar suara sahaja mungkin sangka kita anak muda.

Kuliahnya banyak memuji sifat Rasulullah saw , banyak memuji kebesaran Allah , banyak menceritakan mengenai azab kubur.

Dia pesan dalam kuliahnya , banyakkan solat sunat , solat tahajjud. Kalau masuk waktu terus solat , jangan tangguh tangguh. Kalau boleh 5-10 minit sebelum masuk waktu dah berada di masjid atau surau , berzikir atau baca Al Quran sementara menunggu masuk waktu.

Kemudian dia pesan lagi , buat apa nak jogging-jogging untuk jaga kesihatan (dia tak kata jogging itu haram , dia cuma kata buat apa jogging). Dia kata ada orang jogging mati juga , dan ada orang semasa jogging pun ada yang meninggal dunia. Dia kata cukup dengan kita banyakkan solat. Pada dia memanglah mudah , tapi untuk kebanyakkan kita seperti saya ini mungkin sukar. Apa yang dia katakan itu memang semuanya benar , walaupun kita tak mampu lakukan.

Pernah sekali Tuan Haji Basiron pesan pada seseorang di pejabat apabila masuk waktu solat terus sembahyang, tapi orang tu selalu tangguh dan tidur dulu. Akhir sekali orang yang dia pesan supaya sembahyang tu meninggal dunia ketika tidur.

Pernah juga dia pesan pada seseorang dalam perjalanan supaya berhenti sembahyang dulu. Tapi orang itu kata nanti sembahyang kemudian. Akhirnya orang itu kemalangan sebelum sempat sampai ke destinasi yang dituju.

Pernah sekali ada orang beri pada dia sumbangan RM 2000 , apabila dia tidur malam , dia keluh kesah tidak lena. Akhirnya dia pulang semula RM 2000 tersebut , kerana katanya itu ialah hasil judi , orang yang berikan wang tadi mengaku memang itu wang judi.

Pernah sekali orang menjemput kenduri kata tuan rumah tadi “Jemputlah makan , lauk tak ada sangat (walaupun terhidang pelbagai lauk)” Akhirnya dia hanya makan nasi tanpa lauk , kerana tuan rumah seperti kita sudah terbiasa cakap lauk tak ada apa sangat.

Kesimpulannya ialah , walaupun kita nampak alim ulama , ahli tasauf, ahli ibadah ni macam tidak mengikuti perkembangan teknologi , tapi kita jangan merendah-rendahkan mereka kerana mereka ini golongan yang hampir dengan ALLAH , dan mereka ini sebenarnya memiliki ilmu yang lebih tinggi daripada kita walaupun kita ini golongan professional , jurutera , doktor , negarawan dan sebagainya.

Masalah Pemberhentian Kerja di N.Sembilan

Pada hujung Oktober 2008 sebuah kilang yang telah lama beroperasi di N.Sembilan dengan tenaga kerja sekitar 1000 orang telah menghentikan operasi. Semua pekerja yang diberhentikan telah mendapat pampasan yang sewajarnya. Sebelum dari itu beberapa kilang di N.Sembilan telah mengecilkan saiz operasi mereka.

Ada yang menawarkan Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS – Voluntary Seperation Scheme) , ada yang memotong elaun pekerja dan pelbagai langkah lain. Ada juga kilang yang telah memberhentikan operasi mereka di Negeri Sembilan ini tanpa notis , akibatnya pekerja di kilang tersebut langsung tidak mendapat pampasan dan pembelaan yang sewajarnya juga dalam kes yang lebih teruk beberapa bulan gaji mereka yang terakhir tidak diperolehi.

Kalau kita membuat tinjauan sendiri di beberapa kawasan industri di N.Sembilan ini , terdapat begitu banyak premis industri , tapak kilang , tanah industri yang terbiar samada milik swasta mahupun milik perbadanan kerajaan negeri contohnya seperti di kawasan industri Chembong , Rembau dan Kawasan Perindustrian Senawang.

Akibat dari masalah pemberhentian kerja ini , ianya membawa rantaian kepada pelbagai masalah lain. Antaranya ialah masalah banyak taman perumahan di Negeri Sembilan ini yang mempunyai rumah-rumah kosong yang tidak dihuni. Kesukaran untuk mencari penyewa-penyewa , jika ada pun penyewa bayaran sewa adalah kurang dibanding dengan bayaran bulanan pinjaman bank. Bayangkan ada rumah teres 2 tingkat 20 ka x 60 ka di Seremban ini yang bayaran pinjaman bulanannya RM 800 , disewa pada harga RM 350 sebulan.

Justeru itu akhir-akhir ini banyak terdapat gerai-gerai nasi lemak , gerai-gerai kuih tumbuh bagai cendawan di Seremban ini , sebagai salah satu usaha untuk mencari rezeki yang halal.

Peniaga kecil di Senawang ini berniaga kebanyakan mereka atas usaha mereka sendiri. Tiada usaha yang bersepadu untuk membantu mereka ini untuk memulakan perniagaan. Saya kenal seorang peniaga di Senawang ini yang pada tahun ini saja sudah 3 kali berpindah premis perniagaan kerana tidak mampu membayar sewa kedai. Tidak hairanlah peniaga Melayu yang berjinak-jinak berniaga hanya mampu berniaga di warung dan gerai-gerai.

Boleh dikatakan tiada langsung konsep Gerai MARA , Bengkel MARA seperti satu masa dahulu di Senawang ini untuk membantu usahawan-usahawan terutamanya mereka yang baru lulus IKM, ILP, Giat Mara mahu pun Universiti. Kalau ada pun hanya di kawasan Ampangan , itu pun bengkel dan gerai-gerainya begitu usang.

Ada pula gerai milik pihak berkuasa tempatan lokasinya tidak strategik , konsep pembinaannya pula bukan mengikut kehendak semasa , contohnya seperti di Taman Tuanku Jaafar , Senawang yang telah bertahun-tahun siap namun tidak dapat disewakan , walaupun setelah siap ada dibuat pengubahsuaian.

Oleh itu semua pihak di negeri ini baik kerajaan negeri , persatuan mahu pun individu harus bersama memikirkan cara untuk mengatasi masalah pengangguran , masalah pemberhentian kerja , masalah banyak rumah kosong , masalah banyak kilang ditinggalkan yang membawa kepada pelbagai masalah lain seperti kes jenayah yang meningkat , masalah penyakit berjangkit yang meningkat dan sebagainya.

Antara langkah mengatasi pengangguran yang boleh diambil ialah :

1. Mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yand terdiri dari semua parti politik baik pemerintah mahu pun pembangkang untuk mempastikan mereka yang memerlukan bantuan mendapat pembelaan yang sewajarnya melalui pelbagai skim bantuan yang ada sekarang ini seperti pinjaman TEKUN, pinjaman MARA, kelulusan Lesen Perniagaan, bantuan Baitul Mal dan sebagainya.

2. Mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk mempastikan pekerja yang diberhentikan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

3. Menawarkan pelbagai insentif baru yang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa untuk menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini seperti potongan cukai , khidmat nasihat kelulusan perniagaan dan sebagainya.

4. Menawarkan tambahan insentif kepada pelabur yang mengambil ramai pekerja tempatan khususnya anak Negeri Sembilan di negeri ini agar pengambilan pekerja asing dapat dikurangkan.

5. Menawarkan bantuan kepada anak Negeri Sembilan yang bekerja di negeri ini yang bekerja di sektor swasta dengan status pekerja tetap serta memperolehi gaji kurang dari RM 600 dengan bantuan kupon makanan asas dan sebagainya. Ini adalah kerana antara masalah utama kenapa pelabur sukar mencari pekerja tempatan ialah pekerja tempatan sering bertukar-tukar kerja mencari kerja yang menawarkan gaji yang lebih kerana ada industri dan syarikat swasta di negeri ini menawarkan gaji kurang RM 500 sebulan di negeri ini.

6. Memulakan kembali konsep bengkel MARA, gerai MARA yang bukan sahaja diusahakan oleh MARA , malah agensi kerajaan yang lain untuk membantu peniaga-peniaga kecil seperti bengkel motosikal, bengkel kereta, kedai komputer, kedai elektrik dan sebagainya.

7. Menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan yang boleh menambahkan peluang pekerjaan dengan mempastikan setiap premis pelancongan di negeri ini yang masih tidak dikenali oleh anak Negeri Sembilan ini sentiasa dalam keadaan ceria , bersih dan terjaga untuk menggamit kedatangan pelancong seperti Muzium Kota Lukut , Muzium Negeri , Muzium Adat , Muzium Seri Menanti , Muzium Angkatan Tentera Port Dickson dan sebagainya.

8. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini dengan mengekalkan jawatan tetap yang sedia ada dan menambah jawatan kontrak.

9. Mewujudkan lebih banyak SARA dan kelas KAFA di setiap daerah di negeri ini , dengan ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sebagai guru SARA atau KAFA serta menaikkan gaji guru SARA yang agak rendah di Negeri Sembilan ini dibandingkan dengan negeri lain. Buat sasaran setiap masjid di negeri ini perlu ada sekurang-kurangnya satu SARA.

10. Mewujudkan jawatan Pegawai Baitul Mal untuk setiap masjid di negeri ini , dengan ini dapat mempastikan mereka yang mendapat bantuan Baitul Mal ialah mereka yang benar-benar memerlukan bantuan serta mendapat bantuan segera.

Banyak cadangan lain yang boleh difikirkan untuk menangani masalah pengangguran di negeri ini. Pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri harus memainkan peranan mereka.

Pihak persatuan, pihak masjid malahan individu juga harus memainkan peranan mereka dengan membantu mereka-mereka yang kita kenali yang memerlukan bantuan kita bantu mengikut kemampuan kita samada memberi khidmat nasihat , memberi bantuan modal berniaga , memberi pinjam premis perniagaan , berkongsi premis perniagaan dan sebagainya.

InsyaALLAH jika kita sama-sama mengharungi kesukaran kegawatan ekonomi ketika ini , kita akan berjaya menghadapinya. Tapi jika kita jadi buat tak kisah, terpulanglah , jawablah nanti di akhirat bila ditanya oleh ALLAH.

20081122

Jangan Syok Sendiri Buat Laman Web Blog

Semakin ramai yang membuat web sekarang ini. Ianya murah, mudah dan cepat. Pelajar sekolah rendah pun sekarang ramai yang sudah ada laman web mereka sendiri. Oleh itu adalah penting pengendali laman web sentiasa mengemaskini maklumat. Yang penting pastikan laman web yang dicipta mudah diakses oleh sesiapa sahaja.

Mungkin sebab terlalu ghairah ada yang membuat laman web mereka dengan pelbagai grafik , muzik dan sebagainya. Akibatnya laman web mereka akan susah dan lambat diakses kerana sesetengah tempat di Malaysia ini khidmat jalur lebar , khidmat talian tetap , khidmat tanpa wayarnya tidak sepantas di tempat yang telah lama ada perkhidmatan internet.

Oleh itu kepada pengendali laman web cuba dapatkan maklumbalas daripada pelayar internet lain adakah laman web mereka mudah atau payah diakses. Kerana jika sukar diakses , pelayar internet mungkin tidak gemar untuk melayari laman web yang payah diakses walaupun ianya laman web yang cantik , warna warni , berkelap kelip , ada muzik dan sebagainya.

Sekali sekala cuba akses laman web yang kita reka di tempat yang tiada perkhidmatan jalur lebar atau menggunakan internet tanpa wayar.

Kadar Pengangguran Kelantan cuma 2.8 , N.Sembilan ?

Statistik kadar pengangguran mengikut negeri suku tahun pertama 2008 menyatakan Kelantan ialah negeri yang ke 5 terbaik kerana kadar pengangguran yang rendah iaitu pada 2.8%. Tahniah kerajaan Negeri Kelantan. Kadar pengangguran di N.Sembilan pula ialah pada kedudukan k 8 iaiti 3.5% , tahniah juga kepada kerajaan N.Sembilan kerana kadar pengangguran Malaysia pada puratanya ialah 3.6%.

Tapi pujian harus diberikan kepada kerajaan Negeri Melaka kerana kadar pengangguran yang terendah di Malaysia pada 1.6%.

Kerajaan N.Sembilan mungkin perlu belajar dari Melaka dan Kelantan bagaimana hendak menambahkan peluang pekerjaan di Negeri Sembilan ini.

Mungkin kerana Melaka dan Kelantan ramai dikunjungi pelancong sebab itu banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di sana ?

Nak tahu kedudukan negeri lain dalam kadar pengangguran sila ke pautan berikut http://www.melaka.gov.my/userfiles/file/Artikel/Kadar%20Pengangguran%20Q1%202008.pdf

Jangan Risau Jika Diberhenti Kerja Waktu Gawat Ni

Sekarang ekonomi makin gawat , ada syarikat di Malaysia ini sudah hentikan operasi mereka , kurangkan pekerja mereka , buat tawaran VSS , potong elaun , potong gaji dan macam-macam lagilah cara dilakukan untuk menghadapi masalah ekonomi global yang semakin meruncing. Cakap memanglah senang jangan risau kalau diberhentikan kerja tapi kalau kena pada diri sendiri nak tak nak runsing juga kerana ini ialah lumrah insan.

Berikut ialah PANDUAN (TIP) Bagaimana Hendak Mengatasi Kemurungan Akibat Diberhentikan Kerja yang saya ambil dari beberapa sumber. Semoga ALLAH permudahkan kita menghadapi krisis ekonomi ini sebagaimana ALLAH memberi ilham kepada Nabi Yusuf satu ketika dulu ketika kerajaan negeri Mesir yang hebat menghadapi masalah krisis ekonomi yang lebih hebat.

PANDUAN ini adalah percuma dan boleh disebarkan , niat saya agar kita sama-sama mendapat manafaat dan keredhaan ALLAH hendaknya.

1. Sedih – Rasa sedih kerana pengangguran atau hilang pekerjaan adalah perkara biasa , tumpukan perhatian pada masa depan.

2. Komunikasi – Jangan memendam perasaan – berceritalah pada rakan-rakan atau saudara mara yang dipercayai mengenai masalah anda.

3. Kemaskini Resume – Kemaskini resuma anda dengan maklumat pengalaman pekerjaan yang terkini. Resume hendaklah dicetak atas kertas yang berkualiti tidak lebih dua mukasurat.

4. Kumpulkan Surat Sokongan – Mohon surat sokongan dari bekas majikan , guru-guru atau pemimpin setempat.

5. Hubungan – Maklumkan kepada semua yang kita kenali yang kita sedang mencari pekerjaan. Beberapa pekerjaan boleh didapati mungkin melalui kenalan kita.

6. Buka Mata – Cari Expo Pekerjaan , Seminar , Kumpulan Sokongan yang mungkin boleh membantu anda.

7 Jangan Hanya Bergantung Pada Iklan Di Akhbar – Tahu tidak pada hanya 5% kerja kosong diiklankan di akhbar ? Bina perhubungan atau tanya mana-mana syarikat yang ada kerja kosong atau borang kerja kosong.

8. Firma Swasta – Jadi pekerja sementara jika tiada pekerjaan tetap. Kadang-kadanag pekerja sementara akan diambil sebagai pekerja tetap.

9. Persatuan Bekas Pelajar – Hubungi bekas teman sama belajar kita dahulu samada di sekolah , kolej atau universiti jika mereka tahu ada kekosongan kerja.

10. Khidmat Tentera – Cuba fikirkan perkhidmatan tentera dan lain-lain sebagai satu alternatif. Hubungi pihak ATM peluang untuk menyertai sebagai tentera secara tetap atau sebagai askar wataniah.

11. Skim Latihan – Hubungi agensi kerajaan yang menyediakan skim latihan khusus untuk mereka yang diberhentikan kerja atau menganggur.

12. Internet – Internet adalah cara terbaik untuk mencari kerja. Guna laman web mencari pekerjaan yang banyak terdapat ketika ini.

13. Jadikan Hobi Sebagai Sumber Pendapatan – Hobi kita mungkin menjadi satu sumber pendapatan. Hubungi agensi kerajaan yang berkaitan yang boleh membantu usahawan kecil.

14. Sukarelawan – Luangkan lebih masa menjadi sukarelawan di mana-mana pertubuhan. Banyak pengalaman akan ditimba dan banyak orang yang kita akan kenali. Pastikan pengalaman kita sebagai sukarelawan dinyatakan dalam resume kita. Di Negeri Sembilan saya membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai Sukarelawan AMAL , maklumat lanjut di pautan berikut http://yam-ns.blogspot.com atau http://unitamaln9.blogspot.com

15. Suka-Suka Temuduga – Pergilah hadir mana-mana sessi temuduga bukan setakat suka-suka tapi untuk kumpul maklumat dan meningkatkan kemahiran ketika di temuduga. Pastikan anda tanyakan beberapa soalan kepada penemuduga untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda.

16. Tanya Selepas Temuduga – Jangan fikir jika anda tidak dihubungi selepas temuduga kerja tersebut sudah diambil oleh orang lain – hubungi semula syarikat berkenaan untuk kepastian.

17. Maklumbalas Temuduga – Jika anda tidak diambil pekerja , tanya dengan cara yang baik kepada penemuduga kenapa mereka tidak memilih anda. Adakah kerana kurang pengalaman , bidang pengajian , gaji yang tinggi dan sebagainya. Supaya anda tahu kelemahan anda untuk diperbaiki.

18. Kunjungi Perpustakaan – Buat kajian terhadap syarikat yang anda hendak pergi temuduga atau buat kajian syarikat atau industri yang hampir serupa.

19. Matlamat Harian – Tentukan objektif harian kita berapa syarikat untuk dihubungi setiap hari. Jadikan pekerjaan mencari kerja sebagai pekerjaan anda dan buatkan jadual harian.

20. Bajet Kewangan – Bajet kewangan yang anda ada dan pastikan anda tidak berbelanja melebihi bajet anda.

21. Keutamaan – Bincang dengan ahli keluarga anda mengenai keutamaan harian. Jika perlu hentikan perkhidmatan televisyen berbayar , makan luar , telefon kedua dan sebagainya

22. Pertukaran Kerja – Buat sistem TUKAR (BARTER) samada barter barangan atau perkhidmatan dengan sanak saudara atau rakan-rakan anda. Contohnya anda membersihkan laman rumah kenalan anda dan kenalan anda yang tahu baiki kereta akan baiki kereta anda yang rosak.

23. Tunai Dan Kredit – Jangan bawa wang tunai lebih dari apa yang anda perlukan setiap hari. Juga sorokkan atau batalkan ked kredit anda. Apabila anda keluar berjalan nak tak nak kita akan terdorong membeli sesuatu jika ada lebih wang tunai atau kad kredit.

24. Kaunseling Kredit – Jika anda ada masalah kredit cuba hubungi kaunselor yang menyediakan perkhidmatan percuma. Mereka akan menasihati anda bagaimana hendak menguruskan kredit tertunggak anda seperti memohon rayuan pada pihak bank mengurangkan bayaran ansuran bulanan dan sebagainya.

25. Perkhidmatan Kerajaan – Cari perkhidmatan atau program kerajaan yang percuma seperti kursus , latihan , bantuan makanan dan sebagainya.

26. Bersenam Setiap Hari – Pergilah berjogging. Ianya akan menjadikan anda bertenaga untuk mencari pekerjaan. Untuk umat Islam yang lelaki amalkan solat jemaah di masjid berhampiran.

27. Sentiasa Ceria – Pastikan anda sentiasa kemas , menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Ianya akan menjadikan anda rasa yakin. Sentiasa pastikan pakaian untuk ke temuduga sentiasa kemas dan tersedia dalam almari.

28. Jaga Pemakanan – Makan makanan yang sihat dan jangan makan makanan mengarut. Ianya mempengaruhi sikap anda.

29. Rokok – Fikir wang yang akan anda jimatkan jika tidak merokok. Seorang perokok boleh membelanjakan purata RM 300 sebulan hanya untuk rokok. Rokok membahayakan kesihatan itu Amaran Kerajaan Malaysia. Merokok adalah Haram atau Makruh itu pendapat ulama. Tak ada pula kita pernah dengar merokok itu wajib atau sunat.


30. Belanja Diri Sendiri – Tak salah sekali sekala anda belanja diri anda sendiri , tapi pastikan biarlah berjimat cermat.

INGAT ! Bukan anda seorang yang dibuang kerja atau menganggur. Dibuang kerja, diberhentikan kerja, menganngur adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi kepada mereka yang bekerja. Sentiasa berfikiran positif dan jadikannya sebagai satu proses pembelajaran. Lebih banyak kita berfikiran positif , lebih cerah peluang kita untuk mendapatkan pekerjaan. Befikiran positif ini ialah sentiasa berlapang dada dan redha dan terus berusaha.

20081118

Ceramah Pengurusan Wasiat 24 NOV Rembau

MAJLIS ILMU
Tajuk Ceramah : Perancangan , Pengurusan dan Pewarisan Islam
Tarikh : 24 Nov 2008 ISNIN
Masa : 7:30 malam
Tempat : Masjid Kariah Senama , Rembau
Penceramah : Wakil Al Ansar Consultancy (Syarikat Penulisan Wasiat dilantik oleh Amanah Raya)
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690 (Agen Perunding Wasiat Rembau/Tampin)

Kem Bestari Anak Ku 29 Nov Senawang

KEM BESTARI ANAK-ANAK KU
Tarikh : 29 & 30 Nov 2008 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Persatuan JKDS, Lot Banglo No 993 , Taman Marida , Senawang

Hubungi :
Tn Hj Pazilan Abd Hadi/Puan Azizah Manaf
06-6785160 / 012-6257289 / 012-2303760

PENGISIAN :
Pembinaan Jati Diri
Akhlak
Latihan Dalam Kumpulan
Kawad
Senaman
Latihan sekiranya kemalangan/kebakaran di rumah
Balutan dan rawatan kecemasan

FASILITATOR :
En Shamsuddin bin Jiman , BA Kauseling , MSc Pendidikan
En M Fadzil b Pardi , Pegawai JPA3
Ustaz Nasaruddin , Pendakwah Bebas

Anak-anak bermasalah membaca , menulis , mengira

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan.

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

Hubungi :
Persatuan Jagaan Kanak-Kanak Dyslexia Seremban
Lot Banglo No. 993 , Taman Marida , 70400 Senawang , N.Sembilan
Tel : 06-6785160 / 012-6257289 / 012-2303760

PROGRAM YANG DISEDIAKAN :
Teknik Pembelajaran “One To One” ( dari umur 4 hingga 16 tahun )
- Bahasa Malaysia Pembacaan/Kefahaman
- Bahasa Inggeris Pertuturan/Kefamahan
- “Motorskill” untuk ketajaman minda
- Bilangan murid yang kecil semasa sesi pembelajaran

Ujian Pendidikan dan Psikologi
Seminar dan Bengkel

Maklumat lanjut mengenai Dyslexia di http://pkbpsksj.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

Rumah Amal perlukan pakaian dan kasut sekolah terpakai

Jangan lupuskan , pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok , pihak Rumah Kasih Harmoni akan melancarkan KEMPEN MARI KESEKOLAH. Kutipan akan dijalankan bermula pada bulan Disember 2008.

Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni di Bandar County Homes , Rawang , Selangor kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan menaiki sekolah rendah pada tahun 2009.

Justeru itu pihak pengurusan RKH sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini , dan menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut sekolah bagi anak-anak ini.

Pakaian atau kasut sekolah terpakai yang disumbangkan perlulah dalam keadaan yang masih boleh digunakan serta bersih.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Layari : www.ummuain.com/rumahamal.htm

Temuduga Kemasukan Pelajar MTAS 09 22 Nov

Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah ( www.saidiyyah.com ) menjemput :-
1. Calon-calon yang telah mendaftar secara online melalui internet
2. Calon-calon yang telah mendaftar terus ke pejabat kami
3. Mana-mana individu yang berminat

untuk hadir sesi Temuduga Kemasukan Pelajar Baru 2009 yang akan dilaksanakan sebagaimana berikut :-
Tarikh/Hari : 22 November 2008 (Sabtu)
Tempat : Dewan As-Syatibi, Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tingkatan : Ting. 1 hingga Ting. 5

Juru Runding Motivasi , Pembangunan Insan dan Kerjaya

NURDEEN MANAGEMENT ( NS0047302-P)
Menawarkan perkhidmatan juru runding dalam motivasi, pembangunan insan, kerjaya, persembahan dan grafik komputer.

Hubungi Pn Hjh Nur: 017-3629686, Pn Wani: 013-3851202 dan En Hakki: 013-3840022
Atau layari lamn web http://nurdeen-mind.blogspot.com/

Prinsip NURDEEN MANAGEMENT ialah untuk mengutamakan golongan yang memerlukan kursus-kursus pembangunan insan dan motivasi ini dengan kadar yuran yang cukup minimum di samping memberi kursus percuma kepada insan dhaif yang memerlukan.

BIDANG KEPAKARAN
Pengendalian latihan, bengkel dan khidmat nasihat berkaitan motivasi, kerjaya, psikologi dan teknik persembahan.

Memberi fokus utama kepada usaha untuk membangunkan kualiti individu melalui program-program latihan, bengkel dan khidmat nasihat yang berfokus, terancang dan berkesa.

20081114

Umat Islam Malaysia semakin tiada segan silu hina Islam

Sekarang sembahyang Jumaat waktu masuk awal , pukul 1 tengahari dah masuk waktu. Habis kerja pukul 12:45 tgh , isteri pun habis kerja lebih kurang waktu tu juga. Jadi tak sempatlah beli makan tengahari, lalu talipon isteri belikan makan tengahari. Kerana teringatkan kuliah Al Fadhil Ustaz Dato Haji Arshad Abd Samad Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang mengatakan haram bagi orang Islam lelaki yang baligh berjual beli tatkala azan Jumaat hinggalah selesai solat Jumaat.

Kita dengar , kita amalkanlah, mudah sahaja. Masuk waktu Jumaat untuk lelaki Islam janganlah membeli , janganlah menjual.

Lepas solat Jumaat , balik rumah dan makanlah , makanan yang dibeli isteri. Saya tanya isteri tadi beli nasi kat kedai Melayu/Islam di Senawang , yang menjualnya lelaki atau perempuan. Isteri saya kata lelaki Melayu. Bukan setakat lelaki Melayu sahaja yang menjual malah ramai lelaki Melayu yang makan di kedai tersebut. Isteri saya kata tak tahu malu betul mereka , sah tak pergi sembahyang Jumaat.

Nampaknya orang Islam di Malaysia ini semakin hari semakin tak hormat Islam , semakin tak hormat hari Jumaat. Secara tidak langsung mereka ini menghina Islam tanpa segan dan silu , tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Apakah perlu dikeluarkan fatwa haram berjual beli untuk lelaki Islam pada waktu Jumaat sepertimana fatwa Pengkid ? Apakah lelaki yang berjual beli pada waktu Jumaat akan berdemonstrasi membantah fatwa ini ?

Apakah perlu Jabatan Agama Islam melantik Pegawai Penguatkuasa dari kalangan wanita agar dapat menahan lelaki Islam yang berjual beli pada waktu Jumaat apabila ada fatwa yang menyatakan hukum ini dengan jelas ?

Kalau ada keraguan jangan debat dengan saya. Saya dengar kuliah Dato dan ikut saja. Ada masalah jumpalah Dato Arshad sendiri.


Surah Al-Jumu'ah

Menerangkan kewajipan meninggalkan jual beli apabila azan Jumaat dikumandangkan.
Sumber ambilan ialah:

Ayat 9 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

Kem Motivasi Anak Kembali Ke Sekolah 2008

Kem Motivasi Anak Kembali Ke Sekolah – MAKES CAMP

Tarikh : 19 – 21 Dis 2008 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Pusat Penyelidikan UPM , Port Dickson , N.Sembilan

Peserta : Terbuka kepada lelaki dan perempuan umur 12 ke 17 tahun.

Yuran : RM 100 ( Termasuk penginapan , makan minum , fail , sijil dan cenderamata )

Apa Yang Menarik ?
* Kembara ilmu menuju kejayaan dunia dan akhirat
* Gerak kerja berpasukan
* Sukan pantai dan tradisional
* Sufi’s rhythm
* Anak soleh dan banyak lagi ……..

Anjuran bersama Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre dan Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan

Maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi :
Ustaz Khairul Anuar 017-2138834 , Ustaz Fuad Othman 017-6460080
Ustaz Fakhrulrazi 019-2269001 , Ustaz Faizal Jaafar 013-6641694

Pembayaran atas nama PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AT-TIBYAN 0510-0002631-058 (CIMB)

Berpengalaman 10 Tahun Mengendalikan Kem-Kem Motivasi

FASILITATOR 1
Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa
Pengarah Urusan Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre
Dip. Usuluddin KUSZA , B.A. (Hons) Universiti Al Azhar
Bekas Penterjemah berita Arab Al Jazeera
Kempimpinan Utama Pelajar KUSZA dan MESIR


FASILITATOR 2
Ustaz Mohd Fuad bin Othman
Pengarah Urusan Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan
B.A. (Hons) Universiti Malaya
Kepimpinan Utama Pelajar SHAMS dan PMIUM

Dapatkan Borang Penyertaan pada laman web YAMNS http://yam-ns.blogspot.com/2008/11/kem-motivasi-anak-kembali-ke-sekolah.html

UPSR Sek Ren Islam N.Sembilan 24.5 peratus 5A

ALHAMDULILLAH Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah Seremban sekali lagi mencipta sejarah untuk UPSR 2008. 24.5% pelajarnya mendapat 5A.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar, guru , ibu bapa dan penjaga Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah, Seremban.

Pendaftaran untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 kini sedang dibuka. Tempat amat terhad. Keutamaan pelajar yang daftar awal.

Maklumat lanjut di http://puspa-ns.blogspot.com/2008/10/pendaftaran-pelajar-sek-ren-islam.html

20081112

Kuiz Rakan Muda Masjid N.Sembilan

KUIZ RAKAN MUDA MASJID 2008
Kuiz ini terbuka kepada pelajar lelaki sekolah rendah atau menengah yang menetap di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang.

Maklumat lanjut kuiz di laman Web Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com

Tarikh tutup penyertaan 31 Disember 2008

Penyertaan percuma

Hadiah merupakan Baucer Gunting Rambut di Kedai Gunting Rambut Shamsul , pekan Senawang ( Taman Senawang Jaya , Tel : 019-6524990 )

Anjuran : Biro Rakan Muda Surau Taman Alamanda Senawang

PIBG Sek Agama N.Sembilan perlu prihatin

Saya mempunyai anak-anak di Sekolah Agama Rendah Swasta , Sekolah Menengah Agama Negeri , Sekolah Menengah Agama Kementerian , mereka juga pernah belajar di KAFA dan TASKI serta PASTI di Negeri Sembilan ini.

Walaupun kemudahan di sekolah agama ini tidaklah sehebat dan secanggih dengan sekolah elit yang lain , tapi saya rasa ianya adalah pilihan terbaik untuk anak-anak saya. Walaupun gaji guru-guru di sekolah agama swasta , sekolah agama negeri , KAFA dan SARA ini amat rendah dan dibawah paras kemiskinan iaitu kurang RM 1000 sebulan , namun saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Memang banyak kelemahan sekolah agama ini kalau hendak dibilang satu demi satu. Tapi sama-samalah kita membantu. Contohnya Guru KAFA atau SARA di N.Sembilan ini saya rasa sekitar RM 500 sahaja sebulan , itu pun kalau yang baru masuk 3-4 bulan belum dapat gaji lagi.

Disinilah peranan PIBG untuk prihatin akan masalah di sekolah agama di Negeri Sembilan ini. Fahami betul-betul peranan ibu bapa dalam PIBG saling tampung menampung. Jangan sangka sekolah agama di Negeri Sembilan ini baik yang swasta mahupun yang kerajaan negeri banyak duit. Mana PIBG boleh bantu , bantulah.

Yang penting wujudkan keharmonian dan kesefahaman antara PIBG dan pihak sekolah. Sekolah yang mempunyai keharmonian antara PIBG dan Guru-guru , pelajar-pelajar mereka akan cemerlang dunia dan akhirat.

Tapi kalau sekolah yang banyak ibu bapa cari kesalahan guru , guru cari kesalahan ibu bapa , maka yang menjadi mangsa ialah pelajar dan anak-anak kita.

Buangkanlah sikap ego dalam masyarakat. Rendahkanlah sayap kita demi untuk memperkasakan Sekolah Agama di Negeri Sembilan ini. Buangkanlah sikap ego di kalangan ibu bapa , di kalangan guru , di kalangan Pengerusi MAINS , di kalangan Pengarah Jabatan Agama , di kalangan Pegawai Jabatan dan seterusnya.

Inilah satu-satunya institusi pendidikan yang dapat mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Ingat mati banyak-banyak , apa bekalan kita nak bawa. Apakah salah satu bekalan ialah usaha dan sumbangan kita membangunkan sekolah agama di Negeri Sembilan atau hanya sekadar tunggu dan lihat serta tak kisah.

Kem Remaja Muslim Kontemporari 28 Nov NS

Program KEM REMAJA MUSLIM KONTEMPORARI 2008 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28 - 30 November 2008 (Jumaat-Ahad)
Lokasi : Kem SMA , Kg. Gadong, Labu, N.Sembilan
Penyertaan : Remaja Lelaki Sahaja ( 13 - 17 Tahun )
Yuran : RM 50.00 sahaja ( 3 Hari 2 Malam )
Tarikh Tutup Penyertaan : 23 November 2008

Hubungi :
En. Norhelmi Jamil 019-2445736 ibnujamil@yahoo.com
Us. Yusri Mohd Salleh 012-6188038 juliussalleh@yahoo.com

Maklumat lanjut di http://isman9.wordpress.com/2008/11/11/kem-remaja-muslim-kontemporari-2008/

Anjuran :
KELAB REMAJA ISMA (KRIM) N.SEMBILAN
www.krimns.wordpress.com
No. 32A, Jalan Bunga Raya 9 , Senawang Business Centre ,Taman Tasik Jaya , Seremban

Kem Hafazan Motivasi Anak Soleh 23 Nov Selangor

KEM HAFAZAN DAN MOTIVASI ANAK SOLEH
Tarikh : 23 – 29 November 2008 (Ahad-Sabtu)
Tempat : Maahad Integrasi Tahfiz Sains , Istana Bandar , Jugra , Banting , Selangor
Yuran : RM 350

Peserta akan dibekalkan senaskhah Al Quran , jus kurma , ubat gigi dan sabun mandi halal
Kawalan Keselamatan 24 jam

Hubungi : Ustaz Hassan 013-2121031

Modul dan Aktiviti Menarik :
Hafazan Al Quran
Motivasi Diri
Klinik Tajwid
Fardu Ain
Sahsiah Diri
Latihan Berdikari
Memanah
Mendaki

20081111

Kem Motivasi Remaja 17 Nov Seremban

KEM MOTIVASI REMAJA 2008
Tarikh : 17 - 19 November 2008 ( Isnin – Rabu )
Tempat : Taman Rimba Rekreasi Seremban
Peserta : 11 - 16 tahun (Lelaki / Perempuan)
Yuran : RM30 sahaja

Tempat Terhad
Peserta dikehendaki membawa peralatan asas seperti kasut , seluar sukan , selimut dan lain-lain peralatan persendirian yang sesuai dan diperlukan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran hubungi Sdr Suhaire 019-2998345

Anjuran : Masjid Al-Muhsinin , Kuala Lumpur dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu N.Sembilan

****************
Laman web TERAS di http://temanteras.wordpress.com

Laman web Centre For International Muslim Minority Affairs (CIMMA) http://muslimminority-cimma.blogspot.com (Pusat Hal Ehwal Minoriti Umat Islam Antarabangsa)

Kursus Profesional untuk Guru SARA dan KAFA

KURSUS PROFESIONAL GURU SRA / KAFA SEKOLAH NOV-DIS 2008

Pakej Kursus (Nov-Dis 2008)
Kursus 1 Hari : RM1800.00 ( untuk 40 – 60 orang peserta )
Kursus 2 Hari : RM 2500.00 ( untuk 40 – 60 orang peserta )

Masa kursus : 9 pg - 5 ptg
Harga pakej termasuk buku & bahan kursus
Harga pakej boleh dirunding dan diperolehi daripada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri

Dikendalikan oleh :
E-Rehal Training and Services Sdn Bhd (779798 A)
11B, Jalan 15/1B, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43600 Bangi, Selangor
Tel: 03-8920 1110 , HP: 017-646 1750
Fax: 03-8926 7439
Emel: sdeen2001@yahoo.com

FOKUS: "Kaedah dan Teknik Pengajaran Berkesan"

Pendidikan yang berkesan bergantung kepada banyak faktor, namun faktor guru merupakan faktor yang sangat signifikan dalam mempengaruhi kejayaan sesuatu sekolah dan kejayaan anak-anak. Kajian menunjukkan guru yang mempunyai sikap yang positif, menguasai 7 pengetahuan asas, KAEDAH dan TEKNIK pengajaran mengajar mampu mendidik generasi murid-murid dengan lebih berkesan terutamanya dalam suasana "petang, letih dan tidak selesa" di dalam kelas-kelas KAFA di seluruh negara.

Perubatan Homeopathy di Bazaar MAINS Seremban

PERUBATAN HOMEOPATHY HARMONI
Lot A – 38 , Bazaar MAINS , Seremban
Hubungi : 019 3973086 Dr (H) Ruslan Yusoff , 0182207295
Email : drruslany@yahoo.com.my

Masa Rawatan : 10.00 am - 6.00 pm


Berikhtiar merawat penyakit samada biasa (demam , batuk atau selesema) mahu pun kronik (tumor, skin disease, gastrik dll) melalui kaedah perubatan homeopathy serta menjual produk homeopathy seperti Bio Brain Tonic (pil kecergasan minda sesuai untuk pelajar), Pil sihat resdung, pil serbaguna homeo dan lain-lain produk.

Maklumat terkini Bazaar MAINS , Seremban di http://bazaarmains.blogspot.com




 

20081110

Tip elak beg dicuri ketika wanita bersolat

Tip yang diterima melalui e-mel bagi mengelakkan kecurian beg tangan untuk wanita yang solat di masjid , surau atau bilik sembahyang awam :

Letakkan tali beg tangan antara dua kaki (sebelah kaki berada dalam gelung tali beg tangan) dan hadapkan beg tangan di bahagian depan (supaya semasa sujud beg tangan berada di bawah perut).

Latihan Aktivis Dakwah 17 Nov N.Sembilan

Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu-Isu Sosial (LANDAS) – Teori Dan Praktikal
Tarikh : 17 – 19 November 2008 ( Isnin – Selasa )
Tempat : Port Dickson , Negeri Sembilan

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Ustaz Khairul Anwar Mustafa di talian 013-6714932

Laman Web Blog http://urusetialandas.blogspot.com
Email: urusetialandas@yahoo.com , kama54us@yahoo.com

Boleh dapatkan Emas Cotek di PKM DUN Paroi

Kepada mereka yang ingin mendapatkan bekalan teh herba tradisional Emas Cotek boleh dapatkannya di :

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609 , 019-2171942

Harga ialah RM 6 untuk pek daun kering dan RM 12 untuk pek uncang.

8.3% dari harga jualan adalah untuk Tabung Pusat Khidmat DUN Paroi.

Alhamdulillah setakat ini setelah mengamalkan setiap hari sebulan yang lalu , sudah empat kali khutbah Jumaat saya tidak terlelap , kerana saya mengalami masalah teramat mengantuk semasa khutbah Jumaat dan apabila lama bekerja di pejabat.

Rakan-rakan saya yang mengamalkannya juga memberi reaksi yang positif , mereka berasa segar semasa bekerja , memandu dan apabila kerja lebih masa.

Juga baik untuk mereka yang mempunyai darah tinggi , menurut sepupu saya yang ada darah tinggi.

Maklumat lanjut khasiat Emas Cotek di http://emascotekn9.blogspot.com

20081109

Keadaan umat Islam Mindanao makin genting dan kritikal

Berikut SMS yang baru saya terima pada 9 Nov 2008 daripada Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan :
“ Assalamualaikum, saya Hj Husin Yayasan Amal Malaysia, baru pulang buat tinjauan mangsa perang di Mindanao. Keadaan amat teruk. Lebih 600,000 menjadi pelarian , rumah dibakar , tanah dirampas. Bantuan NGO asing minima. Yayasan Amal akan buat Program Korban dan Bantuan Perubatan semasa Hari Raya Haji ini. Lembu sebahagian RM 290 , kambing RM 320. Pakat bantu umat Islam Moro yang dianiaya”.

Maklumat lanjut layari laman web NGO-NGO berikut :
Yayasan Amal Malaysia di http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com
NGO ACT di http://qurbanact.blogspot.com
JIM http://www.jim.org.my

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan juga melancarkan program bantuan kemanusiaan di Mindanao. Maklumat lanjut hubungi Sdr Sufian Ibrahim Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di 013-3589328 , e-mel xupmxutm@yahoo.com

Kalau kita tak mampu bantu setidak-tidaknya doakan agar umat Islam di Mindanao dikuatkan iman mereka serta mendapat pertolongan Allah.

Juga jika kita tidak mampu sila sebarkan maklumat ini seluas-luasnya.

20081107

Tak percaya hukum Islam , tak sah solat

Hari ini Jumaat 7 November 2008 seperti biasa saya solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang. Tapi hari ini terlewat sikit , tak sempat balik rumah , mandi sunat dan pakai baju Melayu. Ada perkara penting dengan Boss di tempat kerja , pukul 1 tengahari baru habis, terus ke masjid.

Sampai saja masjid , bilal sedang azan. Seperti biasa saya mengambil tempat di sayap kiri masjid , anjung luar. Senang nak keluar , sebab nak berkejar masuk kerja pukul 2:30 ptg.

Khatib hari ini ialah Imam Masjid Bandar Baru Senawang , Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad , bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan. Seorang yang lemah lembut , kalau beri kuliah cakap perlahan , kalau buat jenaka pun perlahan tidak berseloroh , rajin masak kenduri kendara dan sodap , kalau nak sembelih lembu dialah juga orangnya , kalau nak nikah kahwin , dialah juga orangnya yang dicari.

Topik khutbah hari ini ialah sekitar undang-undang Islam. Apa yang tersentuh mendengar khutbah beliau apabila Ustaz Arshad mengatakan bahawa tidak sah ibadah , tidak sah solat , tidak sah puasa , tidak sah zakat jika tidak percaya dengan undang-undang Islam.

Pada sebelah malamnya pula , sekali lagi Us Arshad beri kuliah Feqah bab Mahkamah Syariah. Saya minta ustaz ulas mengenai isi khutbah siang tadi. Dia kata memang sia-sia ibadah jika tidak percaya hukum Islam. Yang penting kita umat Islam mesti yakin dan percaya hukum Islam kerana ianya adalah perintah ALLAH. Soal samada bagaimana hendak melaksanakannya , bila hendak melaksanakanyya itu perkara lain.

Sebagai yang arif tentang hukum Islam menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan kepada semua umat Islam. Samada umat Islam hendak mendengar dan menuruti itu perkara lain katanya, yang penting katanya dia sudah menunaikan tanggungjawabnya untuk memberi penerangan.

Kata beliau lagi orang sekarang suka melakukan Amar Maaruf tapi takut untuk melakukan Nahi Munkar.

Ustaz Arshad hanyalah seorang imam , seorang bekas kadi , tanggungjawab beliau untuk menerangkannya sudah tertunai. Beliau bukanlah ahli politik , malah beliau tidak pernah memberi ceramah atas mana-mana pentas politik. Beliau lebih gemar bercampur bersama masyarakat.

Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar masa khutbah Jumaat tadi dan kuliah maghrib tadi , kerana kesian tengok umat Islam kita jika mereka melakukan ibadah haji , solat , puasa yang sia-sia termasuklah diri kita sendiri yang belum pasti adakah amal ibadah kita selama ini diterima, hanya kita berdoa dan sentiasa mengharapkan ALLAH terima amal ibadah kita. Kalau sesiapa ada masalah boleh jumpa Ustaz Arshad di Masjid Bandar Baru Senawang bila-bila masa.

20081106

Awas , apabila wanita sembahyang di masjid

Saya fikir kejadian ini bukan sahaja berlaku di Masjid Negeri , Seremban ianya telah dan boleh berlaku di mana-mana masjid di Malaysia ini. Oleh itu kepada wanita yang bersembahyang di masjid haruslah berhati-hati menjaga keselamatan.

Sekitar bulan Oktober 2008 ketika seorang muslimat sedang bersolat zuhur di Masjid Negeri , Seremban. Dia telah meletakkan beg tangannya disebelahnya, apabila selesai solat didapati beg tangannya telah hilang.

Belum sempat hendak buat repot polis dan aduan pada bank , kad kreditnya telah digunakan di sebuah stesen minyak berhampiran.

Modus operandinya ialah kemungkinan pasangan lelaki dan wanita yang berpakaian kemas dan sopan , menggunakan kereta MPV.

Kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja , dan di mana jua. Berhati-hatilah walau dimana-mana hatta dalam masjid sekali pun. Berhati-hatilah dengan sesiapa yang tidak dikenali walaupun perwatakannya baik. Ianya bukan sahaja boleh berlaku pada wanita bahkan lelaki pun boleh menjadi mangsa.

Jika ada kejadian serupa atau modus operandi yang serupa harap laporkan kepada polis. Jika ada saspek yang disyakki juga laporkan kepada polis.

20081105

Arak jadikan dia syaitan. Siapa kata ?

Arak jadikan dia ‘syaitan’. Kenyataan ini bukan dikeluarkan oleh mufti , ulamak atau ustaz. Tapi dikeluarkan oleh bekas kekasih penerbit muzik terkenal di Amerika Syarikat Phil Spector yang sedang menghadapi perbicaraan kes bunuh.

Ex-Spector girlfriend: Alcohol made him a 'demon'
LOS ANGELES – A woman who dated Phil Spector for four years testified Tuesday in his murder retrial that liquor transformed the legendary music producer into "a demon."
Sumber : http://news.yahoo.com/s/ap/20081104/ap_en_mu/phil_spector

Di Amerika Syarikat ada sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan yang diberi nama MADD (Mothers Against Drunk Driving : Ibu-Ibu Yang Menentang Pemandu Mabuk ) Laman web http://www.madd.org

Malang sekali kita di Malaysia , Islam entah ke mana yang bukan Islam pun entah ke mana. Penguatkuasaan dan penjualan arak terhadap umat Islam longgar , penguatkuasaan dan penjualan arak terhadap bukan Islam yang bawah umur pun longgar , apatah lagi usaha bersepadu membanteras pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi.

Tak percaya cuba tengok orang Islam yang beli arak di kedai serbaguna 24 jam , ada pemilik kedai minta MyKad untuk membuktikan dia bukan Islam, atau cuba tengok anak-anak bukan Islam bawah umur 18 tahun beli arak di kedai runcit , ada pemilik kedai minta MyKad untuk membuktikan dia berumur lebih 18 tahun ?

Ibu-ibu yang Islam dan ibu-ibu yang bukan Islam , bangkitlah. Jangan sampai anak kita yang mabuk atau anak kita dilanggar (dibunuh) pemandu mabuk.

Firman Allah Ta'ala :
Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." ( Surah al-Ma'idah : 90)

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu 'Anhu dia berkata :
Maksudnya : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak."
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Sumber dari Laman Web Mufti Kerajaan Brunei Darus Salam http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun98/h_fatwa6.htm

20081104

Kenapa Kita Harus Membantu Umat Islam Mindanao?

Umat Islam Mindanao sangat memerlukan bantuan kita khususnya dari Malaysia sebagai jiran yang berdekatan.Bantuan yang diperlukan bukan setakat bantuan kebendaan semata-mata (makanan, ubat-ubatan dan sebagainya), tetapi dari segi suntikan semangat bagi memulihkan trauma yang menimpa mereka selama ini.

Mengikut statistic terkini dari agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), lebih dari 500,000 orang umat Islam Mindanao menjadi pelarian atau “internally displaced people” disebabkan oleh pertempuran di antara tentera Filipina dan kumpulan pemisah Moro Islamic Liberation Front (MILF). Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana sahaja tempat yang boleh dijadikan berteduh dan perlindungan dari panas dan hujan.

Artikel lanjut “Kenapa Kita Harus Membantu Umat Islam Mindanao?” di Laman Web Blog Centre For International Muslim Minority Affairs (CIMMA) http://muslimminority-cimma.blogspot.com

Kuiz Menarik Pelajar KAFA N.Sembilan

Kuiz menarik untuk Pelajar KAFA sempena cuti sekolah hujung tahun 2008 dan pembukaan sekolah tahun 2009.

HADIAH MENARIK ! PENYERTAAN PERCUMA !

Maklumat lanjut dan syarat penyertaan di laman web Blog di http://kafa-alamanda.blogspot.com/2008/11/kuiz-menarik-pelajar-kafa-nsembilan.html

HADIAH SETIAP KATEGORI
1. Tempat Pertama – Set Alat Tulis bernilai RM 50
2. Tempat Kedua – Set Alat Tulis bernilai RM 30
3. Tempat Ketiga – Set Alat Tulis bernilai RM 20

20081103

Tip Kilatkan Lampu Kereta Yang Pudar

Kereta sekarang lampu hadapan (head lamp) dan lampu belakang (tail lamp) biasanya diperbuat daripada plastik.

Selepas beberapa tahun permukaan luar lampu ini akan menjadi kasar dan pudar disebabkan oleh habuk , sinar matahari dan sebagainya.

Ini akan menyebabkan cahaya lampu pada malam hari tidak terang.

Untuk mengembalikan permukaan ini kepada asal iaitu licin dan berkilat , kita boleh menggunakan “polishing compound” atau krim pengilat yang banyak terdapat di pasaran seperti Autosol atau polish kereta yang biasa ( Polish bukan Wax ) yang dalam bentuk krim seperti ubat gigi.

Cubalah kilatkan lampu kereta yang pudar menggunakan “polishing compound” tadi. Gunakan kain untuk gosok “polishing compound” pada permukaan lampu, tekan sedikit apabila menggosok. Pastikan ianya rata dan sekata, sebaiknya gosok dalam bentuk bulatan.

Selepas kering (dalam 1-2 minit) , gosok permukaan lampu dengan kain kering yang bersih. Gosok atau lap sehingga tiada lagi “polishing compound”.

Pastikan “polishing compound” tidak terkena pada cat kereta kerana ia boleh menghakis cat kereta jika banyak terkena.

Polish kereta kurang berkesan jika dibandingkan dengan “polishing compound” seperti Autosol atau Brasso dan sebagainya.

Ubat gigi biasa pun boleh digunakan untuk mengilatkan lampu kereta jika lampu kereta tidak berapa teruk pudarnya.

Kesan calar pada kereta jika tidak boleh dihilangkan mengguna wax , boleh cuba polish kereta , ubat gigi atau “polishing compound”. Tapi harus berhati-hati semasa menggosok tempat yang calar.

Sekarang ekonomi dunia dan negara teruk , jadi kenalah fikir cara untuk jimat kos dengan DIY iaitu Do It Yourself. Perkara kecil buat sendiri , yang besar baru hantar kedai.

Kuliah Ust Dato Arshad 7 Nov Alamanda

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke
Kuliah Feqah
Oleh Ustaz Dato Hj Arshad , Imam Masjid Bandar Baru Senawang
Jumaat 7 Nov 08
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

20081101

Ceramah Ibadah Korban Mindanao 15 Nov Senawang

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput ke program :

CERAMAH BANTUAN KEMANUSIAAN DAN PROGRAM IBADAH KORBAN DI MINDANAO , FILIPINA http://www.qurbanact.blogspot.com
Oleh : Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini , Presiden ACT http://www.actmalaysia.org
SABTU 15 November 2008
Jam 8:30 malam ( Selepas Solat Isya )
Di Surau Taman Alamanda , Senawang , N.Sembilan

Pendaftaran Pelajar KAFA Taman Alamanda 2009

HARI PENDAFTARAN KAFA TAMAN ALAMANDA , SENAWANG
KEMASUKAN TAHUN 2009

30 & 31 Dis 2008 ( Selasa & Rabu ) , 5 – 9 Jan 2009 ( Isnin – Jumaat )
8:30 pg – 10 pg ( Pendaftaran Pelajar Tahun 2 & 3 )
2:30 – 5 ptg ( Pendaftaran Pelajar Tahun 1 hingga 5 )

Satu kelas terhad 30 pelajar sahaja

Maklumat lanjut hubungi :
Ustazah Siti Nawani 012-9433839 , Ustazah Zaidah 013-6440554
KAFA Alamanda
No 3A/4A & 4B , Jalan 1 , Taman Alamanda , 70450 Senawang , NS
Laman Web http://kafa-alamanda.blogspot.com

KEISTIMEWAAN
* Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5
* Kelas selesa 30 pelajar satu kelas
* Buku Teks dan Aktiviti Percuma
* Pengajian Al Quran , Fardhu Ain , Tauhid , Feqah , Tajwid , Akhlak , Sirah
* Kelas Sesi Pagi 8:30 pg – 11 pg ( Isnin , Selasa dan Khamis )
* Kelas Sesi Petang 2:30 ptg – 5 ptg ( Isnin , Selasa dan Khamis )
* Hari Jumaat Kelas Al-Quran ( Sesi Pagi 8:30 pg – 10 pg , Sesi Petang 3 ptg – 4:30 ptg )
* Pakaian Seragam Sekolah atau SARA , bersongkok untuk pelajar lelaki
* Baju Kurung Sekolah atau SARA , bertudung untuk pelajar perempuan