KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091005

Hantar Pasukan Peninjau ke Padang, Sumatera

Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah menghantar satu pasukan peninjau iaitu Misi Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Padang, Sumatera, Indonesia awal pagi tadi. Mereka menaiki pesawat AirAsia pada pukul 7.50 pagi tadi (2 Okt 09) waktu Malaysia. Pasukan itu terdiri dari Tuan Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden AMAL dan En. Jamel Saring, Naib Pengerusi 1 AMAL Selangor. Tujuan pasukan ini adalah untuk melihat dan menilai keadaan selepas gempa bumi yang melanda di situ, bagi persiapan pasukan bantuan seterusnya dari AMAL.

AMAL melihat keperluan memberi bantuan kemanusiaan kepada negara jiran yang menerima musibah tersebut. AMAL akan mendapatkan maklumat awal dari pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan MUAMALAT iaitu NGO di Indonesia. Selapas penilaian dari pasukan tersebut, tindakan susulan akan di ambil oleh AMAL untuk menghantar pasukan sukarelawan seperti Pasukan Perubatan dan lain-lain jika perlu.

Maklumat lanjut, akan di perolehi dari pasukan ini kelak. Oleh itu, pihak AMAL sangat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan dari semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa rakyat di Pandang, Indonesia.

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796.

http://www.amalmalaysia.net

Tiada ulasan: