KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091001

Lampu isyarat berbahaya di Bagan Pinang


Malam tadi kami ke Bagan Pinang. Kami melalui jalan utama ke bandar Port Dickson dari arah Telok Kemang. Sampai sahaja di depan stesen minyak Petronas di Batu 4 kami terkejut ada 2 orang gadis melintas.

Rupa-rupanya di situ ada tempat lintasan pejalan kaki menuju ke kawasan pantai. Mujur sempat brek. Lampu isyarat pejalan kaki tidak kelihatan, puas mencarinya. Disebabkan oleh terlalu banyaknya lampu hiasan ketupat merentangi jalan, lampu isyarat tidak kelihatan.

Rupanya ada satu lampu isyarat di tepi jalan, memang tak perasan. Lepas tu pula garisan kuning melintas tidak berapa terang.

Dalam perjalanan balik , kami melalui jalan yang sama. Kelihatan ada kemalangan dan ambulan telah sampai , betul-betul di tempat lintasan pejalan kaki tersebut.

Kepada pihak berwajib seperti JKR, mohonlah tambah lagi lampu isyarat yang tinggi dan tambah garisan kuning yang terang atau buat bonggol jalan atau speed breaker di sini.

Kepada Majlis Perbandaran Port Dickson, janganlah letak lampu hiasan berhampiran lampu isyarat.

Ni nak pilihanraya ni, tindakan perlu cepat, kereta makin banyak, sebelum makin ramai menjadi mangsa.

Kepada pengguna jalanraya , berhati-hati bila melalui kawasan ini.

1 ulasan:

Mutiara NS berkata...

Jangan pandu laju-laju. Berhati2x dijalan raya.Alhamdulillah, sempat break